omniture

Penyedia TrustTech Gogolook menyempurnakan penyenaraian IPO di Taiwan

Gogolook
2023-07-13 15:53 27

Syarikat anti-penipuan AI utama APAC bermatlamat untuk mempercepatkan pengembangan dan inovasi luar negara bagi memajukan industri ini

TAIPEI, 13 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Penyedia TrustTech Gogolook mengumumkan pada hari ini penyempurnaan penyenaraian IPO pada Lembaga Inovasi Taiwan (TIB) Bursa Saham Taiwan (TWSE), di bawah nombor saham 6902. Gogolook ialah syarikat perisian AI tulen pertama di Taiwan yang menyasarkan pasaran global yang disenaraikan pada TWSE. Dengan sokongan daripada pasaran modal, Gogolook bermatlamat untuk mempercepatkan pengembangan dan inovasi luar negara bagi mengatasi industri ini dalam tempoh jangka panjang.

Penyedia TrustTech Gogolook mengumumkan pada hari ini penyempurnaan penyenaraian IPO pada Lembaga Inovasi Taiwan (TIB) Bursa Saham Taiwan (TWSE), di bawah nombor saham 6902.
Penyedia TrustTech Gogolook mengumumkan pada hari ini penyempurnaan penyenaraian IPO pada Lembaga Inovasi Taiwan (TIB) Bursa Saham Taiwan (TWSE), di bawah nombor saham 6902.

Gogolook ditubuhkan pada tahun 2012 dan kini menawarkan perkhidmatan anti-penipuan berpandukan AI dan data di seluruh Taiwan dan pasaran-pasaran penting di Asia Utara dan Asia Tenggara. Whoscall, satu aplikasi ID pemanggil dan penyekat spam popular yang telah dibangunkan oleh syarikat ini, bergabung dengan perkhidmatan Gogolook yang lain telah berjaya menyekat lebih 10 bilion panggilan dan pesanan teks penipuan di seluruh dunia. Hari ini, Gogolook menyaksikan lebih 40% hasilnya daripada pasaran luar negara, bermatlamat untuk memanfaatkan kepakaran AI dan pangkalan data untuk memperluaskan perkhidmatan pengesanan dan pencegahan penipuan yang dihadapi oleh perusahaan dan pengguna untuk lebih banyak pasaran.

"AI generatif membawa cabaran baharu kepada industri pencegahan penipuan bermula daripada mengurangkan halangan kemasukan untuk mencipta kandungan berunsurkan penipuan dan pemaisuan dalam talian," kata Jeff Kuo, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Gogolook. "Dengan sokongan daripada pasaran modal, kami bermatlamat untuk mempercepatkan pengembangan dan inovasi luar negara bagi mengatasi industri ini dalam tempoh jangka panjang. Kami akan terus berinovasi dalam perkhidmatan dan teknologi untuk kegunaan peribadi dan perusahaan yang mengikuti nilai teras kami iaitu 'Dicipta untuk Kepercayaan (Build For Trust)' dan menjadikan Gogolook sebagai salah sebuah syarikat TrustTech yang terbaik di dunia."

Gogolook menawarkan servis kepada pasaran yang berkembang pesat bagi anti-penipuan digital, identiti digital dan perkhidmatan pematuhan yang bersama-sama bernilai lebih US$250 bilion di seluruh dunia dengan CAGR 18-22%. Syarikat ini menyaksikan hasil disatukannya pada tahun 2022 berkembang 64% YoY dan mengekalkan margin kasarnya antara 85% hingga 90% sejak 3 tahun lalu, konsisten dengan tahap tinggi industri perisian ini. Hasil dalam 1H23 berkembang 100% YoY, mencapai hasil setengah tahun mencatat rekod dan syarikat ini terus meneroka lebih banyak pasaran yang membolehkannya mengulangi kejayaan yang sama.

Gogolook memperkenalkan produk pertama Whoscall sedekad yang lalu, yang kini mencapai lebih 100 juta muat turun seluruh dunia. Hari ini, syarikat ini menawarkan perkhidmatan anti-penipuan dan perkhidmatan pengurusan risiko di Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Thailand, Malaysia, Hong Kong dan Brazil melalui pangkalan data anti-penipuan terbesar di Asia Timur dan Asia Tenggara. Gogolook juga merupakan salah satu peneraju di hadapan untuk mengembangkan perkhidmatan anti-penipuan daripada panggilan telefon, pesanan teks, media sosial hingga transaksi Web3.

Gogolook turut menawarkan perkhidmatan berpacukan data dan AI untuk perusahaan. Penyelesaian Identiti Digital membantu mengurus KYC ("Know Your Customer" Kenali Pelanggan Anda), AML ("Anti-Money Laundering" Anti Pengubahan Wang Haram), risiko kredit dan suai tugas penjanaan petunjuk untuk institusi kewangan dan platform e-dagang. Perkhidmatan perlindungan reputasi perniagaan, Watchmen, membolehkan syarikat-syarikat mengenal pasti dengan pantas dan menyelesaikan isu penipuan pada saluran seperti panggilan telefon, pesanan teks dan media sosial. Gogolook selanjutnya beralih ke sektor kewangan, bermula dengan laman sesawang perbandingan produk kewangan peribadi Roo.cash, yang mewujudkan kedudukan yang kukuh dan utama di Taiwan.

Sebagai ahli pengasas Global Anti-Scam Alliance (GASA), Gogolook bekerjasama dengan organisasi kerajaan dan industri di Taiwan, Korea, Thailand, Jepun dan Malaysia untuk bertukar-tukar pengalaman dalam memerangi aktiviti penipuan bagi meminimumkan kes dalam pasaran-pasaran ini. Selain daripada menjadi syarikat "perisian ekonomi baharu" yang pertama disenaraikan pada TIB, Gogolook akan terus membangunkan produk baharu dengan kepercayaan sebagai terasnya dan mengamalkan tanggungjawab sosial korporat dan menjadi perintis dalam memerangi penipuan digital.

Untuk mengetahui lebih lanjut, saksikan mesyuarat prapenyenaraian IPO Gogolook: https://youtu.be/UKVg4dgDKoo

Latar Belakang Gogolook
Ditubuhkan pada tahun 2012, penyedia TrustTech Gogolook ditubuhkan dengan "Dicipta untuk Kepercayaan" ("Built for Trust") sebagai terasnya dan menawarkan Pengurusan Risiko sebagai satu Perkhidmatan digital global yang dipacu oleh AI dan data. Gogolook mencipta teknologi yang memperkasa kepercayaan untuk pelbagai aplikasi, termasuk komunikasi dan teknologi kewangan serta SaaS perusahaan. Gogolook ialah ahli pengasas Global Anti-Fraud Alliance (GASA) dan berkolaborasi dengan Biro Siasatan Jenayah Agensi Polis Nasional Taiwan, Perkhidmatan Penyeliaan Kewangan Korea Selatan, Polis Thai, Kerajaan Bandar Fukuoka di Jepun, Polis Diraja Malaysia dan agensi-agensi kerajaan Malaysia untuk memerangi isu penipuan secara kolektif. Dengan pangkalan data nombor telefon terbesar di Asia Timur dan Asia Tenggara sebagai asasnya, Gogolook berdedikasi untuk mewujudkan "persekitaran bebas penipuan". Maklumat tentang perkhidmatan Gogolook tersedia di: https://gogolook.com/en.

Source: Gogolook
Related Stocks:
Taiwan:6902 Taiwan:6902.TW
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Financial Technology