FREIBURG, Jerman, 13 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Jedox akan mengadakan jelajah global bagi memperkenalkan penyelesaian kepintaran perniagaan (BI) dan pengurusan prestasi (PM) yang memenangi anugerah. Pameran Bergerak Jedox 2014 akan memperlihatkan perisian perintis BI dan PM menggunakan aplikasi dunia sebenar. Bermula pada bulan Mei ini, ia akan menjelajah bandar termasuk Paris, London, Washington, Bandar Mexico, Singapura dan juga Tokyo.
Pameran Bergerak Kepintaran Pacuan Perniagaan Jedox 2014 akan bertumpu terhadap usaha menampilkan perisian BI dan PM syarikat tersebut menggunakan contoh dunia sebenar dengan penekanan terhadap pemerolehan data berpusat, analisis dan juga perancangan korporat bersepadu serta penunjuk prestasi. Ia akan turut menyediakan gambaran terperinci tentang perisian baharu Jedox 5.1 itu.
"Pameran bergerak ini akan memberi tumpuan terhadap usaha membawakan nilai kepada pengguna akhir. Kami mahu melangkau persembahan PowerPoint dan sebaliknya menunjukkan penyelesaian dunia sebenar. Pada setiap acara berkenaan, seorang pelanggan tempatan akan berkongsi pengalaman Jedox mereka," jelas Ketua Pegawai Operasi Jedox, Bernd Eisenblätter.
Para pengunjung pameran bergerak tersebut akan berpeluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Jedox 5.1. Versi terkini penyelesaian BI oleh Jedox yang memenangi anugerah ini mempunyai lebih 50 ciri baharu, termasuk fungsi pemodelan pacuan data yang inovatif. Pemodelan pacuan data ini membolehkan para pengguna untuk menghasilkan laporan BI dan PM yang hebat dan berasaskan analisis secara terus daripada data inventori hanya dengan satu klik sahaja. Sama ada menerusi aplikasi laman web, peranti mudah alih atau antara muka pengguna yang bersepadu dengan Microsoft Excel, penyediaan capaian data yang mudah merupakan ciri tersendiri penyelesaian Jedox ini, manakala teknologi pemodelan pacuan data yang baharu pula dapat memudahkan lagi proses tersebut.
Para pengunjung pameran juga dapat melihat dengan lebih dekat fungsi analisis ramalan milik perisian baharu tersebut yang membolehkan fungsi ramalan automatik penunjuk korporat yang penting. "Kami juga akan menunjukkan betapa mudahnya capaian mudah alih dengan Jedox 5.1 menggunakan contoh dunia sebenar. Para pengunjung juga dapat mengetahui hala tuju Jedox daripada segi mobiliti dan teknologi awan," Naib Presiden Perundingan Perniagaan Jedox, Dr. Rolf Gegenmantel pula berkata.
Di samping itu, Jedox akan memperkenalkan program rakan kongsi dikhususkan yang baharu iaitu Kejayaan Bersama di acara Pameran Bergerak tersebut. Pada setiap acara, para hadirin akan menerima maklumat berguna tentang bagaimana rakan kongsi boleh mendapat manfaat daripada teknologi BI dan PM Jedox serta kemajuan berterusan syarikat itu. Selepas mengadakan demonstrasi proses amalan terbaiknya, pakar penyelesaian Jedox akan bersedia untuk sesi perbincangan.
Tarikh dan lokasi Pameran Bergerak Jedox 2014: Bandar Mexico, 2 hingga 3 Jun; Boston, New York dan Washington, 17 Jun hingga 7 Julai; Singapura, 15 Julai; serta Tokyo, 17 Julai. Bagi membuat pendaftaran, melihat lokasi lain serta mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://www.jedox.com/de/rs2014.
Latar Belakang Jedox: http://www.jedox.com/en/about-jedox/press
Maklumat perhubungan akhbar Jedox: Dr. Joachim Eicher. presse@jedox.com. Tel: +49-761-15147-0.
Sumber: Jedox AG