LONDON, 13 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Buat julung kalinya, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dinamakan sebagai institusi terbaik Asia dalam Pemeringkatan Universiti QS 2014: Asia, seperti yang dipaparkan di http://www.TopUniversities.com.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130909/638188 )
Pemeringkatan tersebut memperlihatkan peralihan kuasa, memandangkan Singapura dan Korea mengatasi kedudukan Jepun serta Hong Kong yang telah mendominasi kedudukan tersebut secara tradisional.
Kejayaan NUS diikuti dengan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) yang meningkat untuk berada pada kedudukan ke-7, kedudukan tertinggi yang pernah dicapai olehnya. KAIST di Korea pula meningkat untuk berada pada kedudukan kedua daripada kedudukan keenam, sementara Universiti Kebangsaan Seoul (ke-4) serta Postech (ke-9) juga berjaya berada dalam senarai 10 terbaik.
Tiga belas daripada 20 institusi terbaik China telah meningkatkan kedudukan masing-masing bagi tahun ini. Universiti Peking jatuh tiga anak tangga dan berada pada kedudukan ke-8, sementara Universiti Tsinghua pula kekal pada kedudukan ke-14. Bilangan institusi di India yang menerima pemeringkatan pula meningkat kepada 17 berbanding hanya 11 pada tahun lalu, namun tujuh daripada lapan institusi terbaiknya jatuh daripada segi kedudukan. IIT Delhi menunjukkan prestasi terbaik di India kerana berada pada kedudukan ke-38.
Institusi yang berada pada kedudukan pertama tahun lalu, Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong turun untuk berada pada kedudukan ke-5. Universiti Hong Kong yang mempunyai prestasi terbaik pada tahun 2011 turun satu anak tangga untuk berada pada kedudukan ketiga. Ini merupakan kali pertama tiada universiti dari Hong Kong berada pada kedudukan teratas dalam sejarah pemeringkatan. Universiti Tokyo, Jepun pula mengalami kemerosotan untuk berada pada kedudukan ke-10 yang merupakan kedudukan paling rendah untuk universiti ini.
Kedudukan 2014 Kedudukan 2013
1 |
2 |
UNIVERSITI KEBANGSAAN SINGAPURA |
SG |
2 |
6 |
KAIST – INSTITUT LANJUTAN SAINS DAN TEKNOLOGI KOREA |
KR |
3 |
2 |
UNIVERSITI HONG KONG |
HK |
4 |
4 |
UNIVERSITI KEBANGSAAN SEOUL |
KR |
5 |
1 |
UNIVERSITY SAINS DAN TEKNOLOGI HONG KONG |
HK |
6 |
7 |
UNIVERSITI CINA HONG KONG |
HK |
7 |
10 |
UNIVERSITI TEKNOLOGI NANYANG |
SG |
8 |
5 |
UNIVERSITI PEKING |
CN |
9 |
7 |
UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI POHANG |
KR |
10 |
9 |
UNIVERSITI TOKYO |
JP |
Lihat 300 Universiti Terbaik: www.TopUniversities.com
"Pemeringkatan ini mengesahkan kemunculan Singapura dan Korea sebagai peneraju utama bagi rantau ini dengan berjaya mengatasi kedudukan yang didominasi oleh Hong Kong serta Jepun selama ini," ujar ketua penyelidikan QS, Ben Sowter. "Kedua-dua NUS dan juga KAIST telah beroleh manfaat daripada pelaburan kerajaan yang besar dalam penyelidikan, sementara pengendalian dalam Bahasa Inggeris telah membantu mereka memperoleh tahap penglibatan global yang baharu."
Kini, NUS serta NTU beroleh faedah daripada skim kerajaan yang bernilai S$16.1 bilion bagi meningkatkan prestasinya dalam bidang sains, teknologi serta inovasi, sementara Korea pula kini membelanjakan 3.6 peratus daripada KDNK negara itu bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan, antara yang tertinggi dalam OECD (Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi).
Kedudukan terbaik lain mengikut negara ialah:
Sumber: QS Quacquarelli Symonds