omniture

30 Jenama Asia Tenggara Teratas Paling Berharga bernilai gabungan $119.6 bilion, menurut kedudukan Kantar BrandZ baharu

Kantar
2023-07-13 18:14 38
  • Bank Central Asia (BCA) ialah jenama paling berharga Asia Tenggara 
  • Perkhidmatan Kewangan dan Penyedia Telekomunikasi mendominasi kedudukan Kantar BrandZ sulung
  • Jenama-jenama wilayah ini merupakan antara yang paling dipercayai di dunia dan relevan dengan kehidupan pengguna

SINGAPURA, 13 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Bank Central Asia (BCA) Indonesia ialah jenama yang paling berharga di Asia Tenggara, bernilai $23.5bn, menurut laporan 30 Jenama Asia Tenggara Teratas Paling Berharga Kantar BrandZ. 30 yang Teratas – meliputi Vietnam, Thailand, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura – memiliki gabungan nilai jenama keseluruhan sebanyak $119.6bn. Dilancarkan pada tahun 1957, BCA telah mempelopori transformasi digital perkhidmatan kewangan dengan perkhidmatan perbankan mudah alih popularalihnya yang popular. Ia memiliki rangkaian luas merentas kepulauan Indonesia serta kehadiran serantau yang semakin berkembang.

10 Jenama Asia Tenggara Teratas Paling Berharga 2023 Kantar BrandZ

 

Kedudukan 2023

Jenama

Kategori Penilaian

Nilai Jenama 2023 (USD juta)

Negara Asal

1

BCA

Perkhidmatan Kewangan

23,447

Indonesia

2

DBS

Perkhidmatan Kewangan

11,755

Singapura

3

BRI

Perkhidmatan Kewangan

8,644

Indonesia

4

UOB

Perkhidmatan Kewangan

7,180

Singapura

5

 

AIS

Penyedia Telekomunikasi

6,801

Thailand

6

Mandiri

Perkhidmatan Kewangan

6,596

Indonesia

7

Telkomsel

Penyedia Telekomunikasi

4,661

Indonesia

8

Shopee

Peruncitan

4,593

Singapura

9

Marina Bay Sands

Perkhidmatan Pelancongan

4,433

Singapura

10

True

Penyedia Telekomunikasi

3,134

Thailand

 

Perkhidmatan Kewangan dan Penyedia Telekomunikasi bersama-sama menyumbang dua pertiga daripada kesemua jenama dalam kedudukan itu dan 79% daripada nilainya. BCA merupakan salah satu daripada 11 bank dalam 30 Teratas dan salah satu daripada lima dalam 10 Teratas. Dominasinya mencerminkan bahawa ia memiliki jenama yang berhadapan dengan pelanggan disatukan, tunggal yang didapati oleh pengguna sangat menonjol dan relevan. Kategori seterusnya yang paling banyak diwakili ialah Penyedia Telekomunikasi, dengan sembilan jenama menyumbang kira-kira satu perlima daripada nilai keseluruhan 30 Teratas. Seterusnya ialah Peruncitan, dengan 8% daripada nilai keseluruhan dan Perkhidmatan Pelancongan dengan 6%.

Indonesia memiliki lapan jenama dalam 30 Teratas dan menyumbang bahagian nilai jenama terbesar pada 43%. Singapura merupakan pusat kepada 10 jenama, angka tertinggi antara enam pasaran, yang menyumbang 35% daripada nilai keseluruhan. Jenama paling berharga ialah bank berpandukan tujuan tinggi DBS (No.2; $11.8bn), yang memfokuskan pada perbankan yang bertanggungjawab dan mencipta impak sosial. Ia membantu pelanggannya 'Kurangkan bank, lebihkan hidup' (''Live more, bank less') dengan pengalaman pengguna tanpa tekanan.

Malaysia memiliki tujuh jenama dalam 30 Teratas yang antaranya bertanggungjawab terhadap 10% daripada nilai keseluruhan. Di kedudukan teratas ialah penyedia telekomunikasi Maxis (No.13; $2.6bn), yang meletakkan kedudukannya sebagai penginovasi dan memperluaskan liputan 5Gnya serta melanjutkan infrastruktur untuk meluaskan akses internet. Thailand mempunyai tiga jenama dalam 30 Teratas, juga menyumbang sebanyak 10% daripada nilainya. Jenama utamanya, AIS (No.5; $6.8bn) menduduki kedudukan teratas dalam kumpulan ini dan merupakan rangkaian telefon bimbit GSM terbesar Thailand serta meletakkan kedudukannya sebagai rangkaian premium dengan perkhidmatan berkualiti tinggi dan nilai hebat untuk wang.

Vietnam dan Filipina masing-masing diwakili oleh jenama tunggal. Vietcombank (No.21; $1.8bn) melabur dengan banyak dalam membangunkan perkhidmatan digitalnya bagi meningkatkan pengalaman pelanggan. Selain daripada pasaran tempat asalnya, Red Horse Beer (No.28; $1.3bn) terjual dalam 71 pasaran di luar Filipina. Komunikasi jenama mengaitkannya dengan sifat kelelakian yang nekad dan berani disimpulkan dalam istilah tempatan 'astig' (tenang).

Fokus tempatan, peluang global. Sebagai perbandingan dengan jenama-jenama paling kuat dalam kebanyakan pasaran lain yang ditinjau oleh Kantar BrandZ, jenama-jenama Asia Tenggara terkemuka menjana hampir kesemua perniagaan mereka 'di negara asal', dengan hanya 20% dijana dalam pasaran antarabangsa. Ini menonjolkan peluang untuk mereka berkembang ke wilayah-wilayah baharu untuk membina nilai.

Kuasa permintaan tinggi. Dengan mencipta hubungan yang hebat bersama pengguna tempatan, jenama-jenama Asia Tenggara memiliki Kuasa Permintaan tertinggi, berbanding dengan pasaran-pasaran lain dengan kedudukan Kantar BrandZ. Kuasa Permintaan merupakan ukuran Kantar BrandZ bagi keupayaan sesuatu jenama untuk memacu kecenderungan pengguna untuk membeli dan jenama-jenama Asia Tenggara dengan Kuasa Permintaan tertinggi memiliki dua kali ganda nilai purata, berbanding dengan mereka yang berprestasi lebih rendah bagi ukuran ini.

Dipacu oleh nilai. Jenama-jenama di Asia Tenggara cemerlang dalam mewajarkan harga yang mereka kenakan, dengan menunjukkan mengapa ia 'berbaloi'. Walaupun dengan kekangan belanjawan, pengguna bersedia untuk membayar lebih untuk jenama-jenama yang memenuhi keperluan mereka dan menonjol daripada persaingan. Komitmen Singapore Airlines (No.11; $2.9bn) terhadap kecemerlangan, perhatian kepada butiran dan khidmat pelanggan yang luar biasa menyokong keupayaannya untuk mengenakan bayaran premium.

Katie McClintock, Pengarah Urusan, Asia Tenggara, Kantar, berkata, "Jenama-jenama utama rantau kami mempunyai alasan yang baik untuk meraikannya. Mereka menyumbang nilai yang signifikan kepada syarikat-syarikat di belakang mereka, dengan berhubung bersama pengguna dan beradaptasi kepada keperluan mereka yang berubah-ubah. Di wilayah yang berubah pantas, pelbagai dan berkembang pesat, jenama-jenama perlu tangkas – dan 30 Teratas mempunyai kekuatan yang hebat untuk kekal relevan. Terdapat potensi yang besar untuk mencapai pertumbuhan signifikan yang selanjutnya sekiranya mereka dapat memperluaskan kekuatan tempatan mereka ke pasaran Asia malah pasaran global yang lain."

Adji Saputro, Ketua Penyelesaian Panduan Jenama, APAC, Kantar, mengulas, "Jenama mempunyai kepentingan – terutamanya pada waktu bergolak. Jenama-jenama paling berharga Asia Tenggara berkembang maju dengan mengukuhkan kedudukan mereka sebagai jenama-jenama berbeza yang bermakna kepada pengguna dan ini akan menjadi kunci kepada pertumbuhan tatkala belanjawan menjadi semakin ketat. Memikirkan semula bagaimana untuk mendapatkan kepercayaan pengguna di tengah-tengah evolusi nilai pengguna, sekali gus turut menyampaikan keunikan sebenar dalam tawaran jenama mereka merupakan keseimbangan halus yang perlu diusahakan oleh jenama-jenama untuk mencapainya. Jenama-jenama juga perlu terus berkomunikasi; menahan keinginan untuk mengurangkan perbelanjaan dan menceritakan kisah yang relevan dari segi budaya yang menunjukkan peranan mereka dalam menjadi sebahagian daripada hidup pengguna." 

Trend lain daripada analisis 30 Jenama Asia Tenggara Teratas Paling Berharga Kantar BrandZ termasuk:

  • Jenama-jenama Asia Tenggara merupakan yang kedua paling dipercayai di dunia. Jenama-jenama yang paling dipercayai secara mendalam berkembang dengan pantas dan konsisten, terutamanya pada waktu yang tidak menentu. Indomie (No.15; $2.4bn) menerajui bidang ini dalam 30 Teratas, mendapat kepercayaan dengan menawarkan citarasa biasa yang digemari sejak turun temurun.
  • Kerelevenan mewujudkan permintaan. Jenama-jenama yang dianggap oleh pengguna sebagai 'disesuaikan dengan baik dalam kehidupan seharian' mempunyai hampir dua kali ganda Kuasa Permintaan daripada rakan-rakan setara mereka yang kurang relevan. Platform Grab Malaysia (No.19; $2.0bn) dilihat sebagai paling relevan. Jenama ini menawarkan rangkaian perkhidmatan komprehensif yang menjadikannya pilihan utama untuk keperluan harian – termasuk GrabCar, GrabFood dan perkhidmatan kurier GrabExpress.
  • Kemampanan merupakan pemacu nilai. Pengguna menjangkakan perniagaan memainkan peranan utama dalam menangani isu-isu alam sekitar dan sosial serta membantu mereka membuat pilihan yang mampan. Beberapa jenama di Asia Tenggara dianggap memiliki kelayakan kemampanan yang cemerlang, bererti terdapat kelebihan penggerak utama yang kukuh untuk dimenangi.

Kedudukan, laporan dan analisis ekstensif 30 Jenama Asia Tenggara Teratas Paling Berharga Kantar BrandZ sulung tersedia sekarang di http://www.kantar.com/campaigns/brandz/southeast-asia

NOTA UNTUK EDITOR

Latar Belakang Kantar BrandZ: Kantar BrandZ ialah mata wang global apabila meneliti nilai jenama, mengukur sumbangan jenama-jenama kepada prestasi kewangan perniagaan. Kedudukan penilaian jenama global dan tempatan tahunan Kantar menggabungkan data kewangan yang dianalisis dengan teliti, dengan kajian ekuiti jenama yang meluas. Sejak tahun 1998, BrandZ berkongsi pandangan membina jenama bersama pemimpin perniagaan berdasarkan kepada temu bual dengan 4.2 juta pengguna, untuk 21,000 jenama dalam 54 pasaran. Terokai lebih lanjut tentang Kantar BrandZ di sini.

30 Jenama Asia Tenggara Teratas Paling Berharga Kantar BrandZ merupakan kedudukan paling definitif dan mantap bagi jenama-jenama rantau ini yang tersedia. Kedudukan 2023 ini memanfaatkan pendapat daripada lebih 98,048 responden, kira-kira 1,744 jenama unik dalam 78 kategori dan 6 pasaran. Jenama-jenama yang disenaraikan harus memenuhi sekurang-kurangnya satu daripada kriteria kelayakan ini:

  • Jenama itu mestilah berasal dari Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand, Vietnam, atau Malaysia
  • Jenama itu harus dimiliki oleh syarikat yang disenaraikan dan syarikat itu harus menerbitkan penyata kewangannya dalam domain awam
  • Syarikat unikorn harus memastikan penilaian terkini mereka tersedia dalam domain awam.
  • Bagi bank, minimum 30 peratus daripada pendapatan kendaliannya harus dijana oleh segmen peruncitannya
  • Skop kedudukan ini terhad kepada jenama-jenama yang berhadapan dengan pengguna.

Latar Belakang Kantar – Kantar ialah perniagaan data pemasaran dan analitis terkemuka di dunia dan rakan kongsi jenama yang amat diperlukan untuk syarikat-syarikat terkemuka dunia. Kami menggabungkan data sikap dan tingkah laku paling bermakna dengan kepakaran mendalam serta analitis termaju untuk membongkar bagaimana manusia berfikir dan bertindak. Kami membantu pelanggan memahami apa yang telah berlaku serta mengapa dan bagaimana untuk merancang strategi pemasaran yang dapat membentuk masa depan mereka. Ketahui lebih lanjut: www.kantar.com

 

Source: Kantar
Keywords: Banking/Financial Service Survey, Polls & Research