BEIJING, 13 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Pada 27 dan 28 Jun, Persidangan Teknologi Perisian Geospatial 2023 telahpun diadakan di Pusat Konvensyen Kebangsaan China di Beijing, dengan tema "Kecerdasan Geospatial, Ditingkatkan oleh Integrasi." Pemimpin kerajaan dan ahli akademik dari China, pakar serta wakil perniagaan baik dari China mahupun luar negara dijemput untuk bertukar-tukar idea yang berkaitan dengan teknologi kecerdasan geospatial dan memberi pandangan tentang prospek aplikasinya yang luas.
Di persidangan pleno pada 27 Jun, SuperMap Software Group, pengeluar platform GIS yang terkemuka di Asia dan kedua di peringkat global, melancarkan secara rasmi versi terkini produk siri GIS SuperMap - SuperMap GIS 2023. Selain daripada mengemas kini produk semasa, SuperMap turut melancarkan beberapa produk baharu dalam SuperMap GIS 2023, termasuk SuperMap ImageX Pro (Beta), SuperMap iMaritimeEditor, SuperMap iDesigner3D, SuperMap iClient3D for WebGPU (Beta). Siri produk ini akan membantu merealisasikan pemprosesan dan aplikasi data penderiaan jarak jauh sepanjang proses keseluruhan, lalu mencapai integrasi penderiaan jarak jauh dan GIS.
Dr. Song Guanfu, Pengerusi Lembaga SuperMap Software Group, memperkenalkan konsep kecerdasan geospatial dan piramid kecerdasan geospatial dalam pembentangan beliau. Beliau turut memperkenalkan generasi baharu perisian pemprosesan penderiaan jarak jauh yang menampilkan integrasi, platform-silang, pemprosesan pintar dan prestasi pengkomputeran yang tinggi. Dengan mempercepatkan proses daripada pengeluaran hingga aplikasi dan memanfaatkan AI, generasi baharu perisian penderiaan jarak jauh dapat mempercepatkan transformasi data ruangan kepada kecerdasan geospatial. Melalui penyepaduan dengan penderiaan jarak jauh, BIM, AI, Data Raya dan teknologi lain, GIS akan menyediakan kecerdasan geospatial lebih kukuh yang hasilnya akan meluaskan prospek aplikasi GIS.
Pada 28 Jun, Forum Antarabangsa GIS mengulangi suasana hangat persidangan pleno. Sekitar 150 hadirin antarabangsa dari 28 negara berhimpun di tempat itu, membincangkan perkembangan terkini dan keadaan aplikasi di negara-negara mereka sendiri, meliputi topik-topik termasuk penderiaan jarak jauh, data berbilang sumber, sekolah pintar, bandar pintar, AI, kadaster dan mineral.
Pada akhir forum itu, Cik Diane Dumashie, Presiden International Federation of Surveyors (FIG) menyampaikan ucapan penutup beliau melalui panggilan video. "Memandangkan kuasa teknologi geospatial terus direalisasikan merentas industri dan aplikasi yang semakin bertambah, peranan geospatial serta profesion juruukur sekarang ini menjadi amat penting," kata beliau.