BEIJING, 13 Julai 2023 /PRNewswire/ -- China dan Kepulauan Solomon mengumumkan pemeteraian perkongsian strategik komprehensif yang menampilkan "saling hormat-menghormati dan pembangunan bersama demi era baharu" sebagai langkah untuk meningkatkan hubungan dua hala semasa kunjungan pemimpin negara Pasifik itu ke Beijing.
Sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik, kerjasama mesra mereka menjadi pemacu untuk hubungan antara China dan negara-negara pulau yang lain di Pasifik meskipun permulaannya agak lewat, Presiden Cina Xi Jinping berkata pada petang Isnin semasa bertemu Perdana Menteri Kepulauan Solomon Manasseh Sogavare.
Kepulauan Solomon menjalin hubungan diplomatik dengan China pada tahun 2019 selepas memutuskan hubungan dengan wilayah Taiwan, mengiktiraf secara rasmi prinsip satu-China bersama-sama lebih 180 negara di serata dunia.
Projek-projek kerjasama berkembang maju
Kerjasama antara kedua-dua pihak merupakan satu paradigma perpaduan, kerjasama dan pembangunan bersama untuk negara-negara dengan saiz yang berbeza serta untuk negara-negara yang sedang membangun, kata Xi.
"China bersedia untuk meningkatkan komunikasi yang strategik dan mempererat kerjasama dalam pelbagai bidang dengan Kepulauan Solomon bagi menjamin kemajuan berterusan hubungan dua hala dan membawa lebih banyak manfaat kepada kedua-dua rakyat," kata Xi.
China merupakan rakan dagangan terbesar negara Pasifik dengan jumlah volum mencecah $498 juta pada tahun 2022, mengikut angka rasmi. Eksport dari Kepulauan Solomon ke China melibatkan dua pertiga daripada jumlah eksport negara.
Presiden Cina menambah bahawa negara ini bersedia untuk memastikan pembangunan dan kestabilan jangka panjang negara pulau dan bersedia untuk berkongsi peluang pembangunan yang dibawa oleh pemodenan Cina, mengukuhkan sinergi antara Inisiatif Jalur dan Jalan serta Strategi Pembangunan Kepulauan Solomon 2035, meluaskan kerjasama praktikal dalam pelbagai bidang serta meluaskan import dari Kepulauan Solomon.
"China menyokong lebih banyak perusahaan China untuk melabur dan menjalankan perniagaan di Kepulauan Solomon dan akan terus menyediakan bantuan ekonomi dan teknikal kepada negara itu tanpa sebarang ikatan politik," kata Xi. Beliau menyeru kedua-dua pihak untuk meluaskan pertukaran persahabatan dalam bidang seperti penjagaan perubatan serta pendidikan dan berkata bahawa China menyokong Kepulauan Soloman untuk menganjurkan Sukan Pasifik ke-17.
'Menghormati kedaulatan satu sama lain'
Semasa perbincangan mereka, Xi menegaskan bahawa China menghormati sepenuhnya kedaulatan dan kemerdekaan negara-negara kepulauan Pasifik serta mendukung kesamarataan semua negara, besar atau kecil.
China menghormati sepenuhnya kehendak negara-negara kepulauan Pasifik dan meneruskan perundingan yang ekstensif, sumbangan bersama, faedah yang dikongsi bersama dan hasil yang saling menguntungkan. China menghormati sepenuhnya tradisi budaya negara-negara kepulauan Pasifik dan berpegang kepada keharmonian dalam kepelbagaian dan keindahan pelbagai budaya yang dikongsi bersama. China menghormati sepenuhnya perpaduan dan kemandirian negara-negara kepulauan Pasifik dan menyokong mereka dalam melaksanakan Strategi untuk Benua Pasifik Biru 2050, menyumbang kepada pembinaan Pasifik Biru yang damai, harmoni, selamat, inklusif dan makmur, kata Xi.
Beliau juga amat menghargai kepatuhan teguh Kepulauan Solomon terhadap prinsip satu-China menyokong Kepulauan Solomon dalam melindungi kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negaranya serta menyokong laluan pembangunan yang telah dipilih oleh negara itu sendiri.
China komited untuk menjalankan urusannya sendiri dengan baik dan akan sentiasa menjadi pembina keamanan dunia, penyumbang kepada pembangunan global dan pembela aturan antarabangsa, ujar Xi.
China memahami bahawa negara-negara pulau di Pasifik menghadapi cabaran teruk yang disebabkan oleh perubahan iklim dan bersiap sedia untuk mengukuhkan pertukaran dan kerjasama bersama mereka dalam bidang seperti perkhidmatan meteorologi, pencegahan dan mitigasi bencana serta tenaga bersih bagi membantu mereka melaksanakan Agenda untuk Pembangunan Mampan 2023 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kata Xi.
Beliau juga berkata bahawa China bersedia untuk mengukuhkan penyelarasan dan kerjasama dengan Kepulauan Solomon, mendukung multilateralisme yang sejati, melindungi kesaksamaan dan keadilan antarabangsa, menentang secara bersama mentaliti Perang Dingin dan hegemonisme serta menjaga keamanan dan kestabilan di rantau Asia-Pasifik.
Mengambil maklum bahawa keputusan untuk menjalin hubungan diplomatik bersama China merupakan pilihan yang betul, Sogavare berkata hasil yang bermanfaat telahpun dicapai dalam hubungan dua hala dan China telah menjadi rakan kongsi infrastruktur terbesar dan rakan kongsi pembangunan andal Kepulauan Solomon.
Kepulauan Solomon berpegang teguh kepada prinsip satu-China dan bersedia untuk mengekalkan pertukaran peringkat-tinggi yang erat bersama China, mengukuhkan pertukaran dan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, kebudayaan dan sub-nasional serta bertindak balas bersama-sama terhadap cabaran global seperti perubahan iklim, kata Sogavare, menambah bahawa negara ini menentang sebarang tindakan yang membendung atau bertujuan untuk membendung pembangunan China.
Pautan YT untuk video: https://www.youtube.com/watch?v=ZkAMlIa-4tQ