omniture

Toy State ambil alih Nikko dan Nikko Entertainment BV

Toy State
2014-05-13 22:00 155

- Pengambilalihan membuat kenyataan R/C yang berani, memantapkan jejak global Toy State yang kian berkembang

NORWOOD, Massachusetts, 13 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Toy State, syarikat mainan global yang semakin berkembang dan baru meraikan ulang tahun ke-30, hari ini telah mengumumkan pengambilalihan pertama dalam sejarah korporatnya. Menerusi beberapa transaksi, Toy State telah memperoleh hak sedunia terhadap Nikko dengan mengambil alih operasi gabungan bagi pejabatnya di Jepun dan Hong Kong. Toy State turut mengambil alih Nikko Entertainment BV, cawangan Eropah bagi syarikat ini yang merupakan peneraju global dalam kategori mainan kawalan radio (R/C).

Setelah diasaskan pada tahun 1958, Nikko menghasilkan portfolio mantap yang terdiri daripada mainan R/C berkualiti tinggi, termasuklah kenderaan tersuai khusus, bot serta mainan boleh terbang dan juga rangkaian mainan prasekolah R/C. Mainan Nikko dipasarkan menerusi perkongsian berlesen dengan pembuat kereta yang menerajui pada peringkat global dan beberapa jenama seperti Transformers™, Hello Kitty®, Fast & Furious™ serta Angry Birds™.

Pengambilalihan ini akan memperkukuh jejak global Toy State secara signifikan, dengan mewujudkan beberapa pejabat baharu di Amsterdam dan Jepun serta perluasan ibu pejabat sedia ada di Hong Kong. Pejabat syarikat tersebut di A.S. terletak di Boston, Massachusetts.

"Dalam tempoh 30 tahun yang lalu, kami telah memajukan Toy State sehingga menjadi pemain global menerusi tumpuan yang berterusan terhadap kualiti dan inovasi," kata Simon Cheng, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Toy State. "Sejarah panjang Nikko sendiri daripada segi kualiti dan inovasi menjadikannya amat bertepatan untuk menyertai kumpulan Toy State."

"Pengambilalihan ini juga merupakan langkah penting untuk Toy State kerana ia memberikan kami ruang yang lebih kritikal dalam kategori R/C global yang penting, serta mengukuhkan kedudukan peruncitan kami yang sudah pun mantap."

Kekuatan jenama Nikko dan rangkaian pengedarannya pada peringkat antarabangsa merupakan faktor utama yang menarik minat Toy State terhadap syarikat itu. Pengambilalihan ini akan bertindak sebagai platform untuk perluasan berterusan Toy State di Eropah.

Selain mengukuhkan kedudukan Nikko yang mantap pada peringkat antarabangsa, Cheng berkata Toy State akan memanfaatkan kepakaran pemasaran dan jualannya bagi memulihkan populariti Nikko di A.S. Peminat mainan R/C di A.S. masih mengingati barangan Nikko yang pernah popular sebelum ini seperti Turbo Panther dan Hercules serta kejayaan semasa termasuk VaporizR

"Rangkaian produk Nikko akan memperhebat tawaran dan jejak peruncitan kami secara signifikan serta meningkatkan profil Toy State daripada segi kenderaan R/C," kata Andy Friess, Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Pengurus Besar Operasi A.S. bagi syarikat tersebut. "Kami amat teruja untuk menyertakan hubungan pelesenan semasa Nikko ke dalam portfolio kami. Kami telah beroleh faedah daripada harta berlesen berimpak tinggi dalam program semasa kami dan kami amat teruja untuk memulakan penghasilan produk bersama kumpulan rakan jenama ikonik Nikko."

Syarat transaksi antara kedua-dua syarikat persendirian tersebut tidak didedahkan.

Toy State telah pun berkembang pantas sebelum pengambilalihan Nikko. Toy State telah memperoleh program berlesen dengan Hot Wheels® dan James Bond 007™, untuk melengkapkan perkongsian jangka panjangnya bersama Caterpillar®. Pada awal tahun ini, Toy State telah melancarkan rangkaian mainan baharu untuk bayi yang mendapat sambutan hebat di Eropah, di bawah jenama Papillon™.

Latar Belakang Toy State:

Selama 30 tahun, Toy State merupakan inovator dan peneraju industri dalam pembuatan kenderaan kawalan radio serta lampu & bunyi berlesen dan amat bergaya. Setelah diasaskan pada tahun 1984, portfolio teras Toy State termasuklah kenderaan kawalan radio serta lampu & bunyi Road Rippers®, Hot Wheels® dan juga James Bond 007™, serta mainan pembinaan Cat® dan Cat® Preschool. Menerusi kerjasama dengan pembuat kereta yang menerajui di dunia dan Caterpillar, pengeluar kelengkapan pembinaan yang menerajui bidangnya, produk Toy State dapat memberikan keriangan selama berjam-jam lamanya kepada kanak-kanak pada semua peringkat usia. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.toystate.com.

Maklumat Perhubungan Media:

Ian Meropol
allen & gerritsen
imeropol@a-g.com
+1-781-608-2958

Maklumat Perhubungan Syarikat:

Andy Friess
Toy State
Naib Presiden Kanan Pemasaran & Pengurus Besar Operasi di AS
afriess@toystate.com
+1-781-349-1000 x15

Source: Toy State
Related Links:
Keywords: Retail Toys Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion