CANGZHOU, China, 14 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Forum Maritim China dan majlis perasmian Minggu Maritim China 2023 telahpun diadakan pada 11 Julai di Cangzhou, sebuah bandar di Wilayah Hebei, China Utara. Minggu Maritim 2023, dengan "Belayar untuk Jalan Sutera Maritim Baharu, Menuju Ke Arah Paradigma Pembangunan Baharu" sebagai temanya, dihoskan oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Cangzhou dan China Energy Investment Group.
"Cangzhou mempercepatkan pembinaan 21 projek termasuk terminal kontena dan LNG dengan jumlah pelaburan mencecah 55.8 bilion yuan (kira-kira 7.75 bilion dolar AS), sebagai percubaan untuk berusaha sedaya upaya bagi menggalakkan penaiktarafan pelabuhan dan penyepaduan sumber," kata datuk bandar Cangzhou Xiang Hui.
Forum ini telah merangkumi pelbagai tema termasuk Teknologi dan Keselamatan Kapal, Kejuruteraan Kapal dan Lautan serta Pembangunan Mampan Lautan dan Perkapalan.
Pusat Pameran Cangzhou akan turut mengadakan Ekspo Sains dan Teknologi Maritim 2023 bagi mempamerkan pencapaian pembangunan industri navigasi China seperti inovasi saintifik dan teknologi sektor-sektor huluan dan hiliran dalam bidang-bidang berkaitan.
Cangzhou akan menganjurkan satu siri aktiviti dengan ciri-ciri tempatan, termasuk "Hari Terbuka Pelayaran" ("Sailing Open Day"), "Pameran Pencapaian Bersejarah Pelabuhan Huanghua" ("Exhibition of Historical Achievements of Huanghua Port"), kebudayaan dan budaya marin kreatif, budaya bukan legasi serta pameran dan persembahan lain.
"Minggu Maritim China 2023 memainkan peranan penting dalam meningkatkan populariti Cangzhou dan meluaskan lingkungan rakan Cangzhou. Kami berharap agar rakan-rakan di dalam dan luar negara akan berjalan sepanjang Terusan Besar semasa Minggu itu dan melawat Pelabuhan Huanghua bagi menghargai kevitalan dan daya tarikan bandar ini serta Laut Bohai," kata Liu Qiang, naib datuk bandar Cangzhou, sambil menjemput rakan-rakan di dalam dan luar negara dengan penuh mesra pada sidang akhbar.
Cangzhou, sebuah bandar yang penting di lingkungan ekonomi Beijing-Tianjin-Hebei, telah membina 46 himpitan produktif di Pelabuhan Huanghua dan membuka 34 laluan perdagangan domestik dan asing, mencapai 39 negara dan wilayah di seluruh dunia. Tahun lalu, daya pengeluaran Pelabuhan Huanghua mencecah 315 juta tan manakala kontena melebihi satu juta TEU, antara sepuluh pelabuhan pantai terbaik China.
Cangzhou akan mengambil peluang daripada Minggu Maritim China 2023 untuk membina sebuah bandar ekonomi moden dengan daya saing dan tarikan serta dengan menulis bab baharu mengenai pemodenan Cina di Hebei.