Bintang Crash Landing Lancarkan Patung Lilin Beliau pada Paparan Terhad di Singapura
SINGAPURA, 14 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Madame Tussauds Singapore, muzium lilin yang terkenal di dunia, bersedia untuk mencetuskan keterujaan dengan pelancaran patung lilin pertama seumpamanya bagi Hyun Bin, pelakon Korea Selatan yang popular.
Pelakon Korea Selatan, Hyun Bin menggayakan lagak yang sama seperti patung lilinnya di Madame Tussauds. (gambar oleh Madame Tussauds Singapura)
Hyun Bin, yang melonjak naik meraih populariti di peringkat antarabangsa melalui watak beliau dalam drama Korea terkenal "Crash Landing on You," mempunyai ramai peminat di serata dunia. Peminat pelakon tersebut kini akan dapat mendekati patung lilin seakan-akan hidup beliau di Madame Tussauds Singapore, yang akan menyertai barisan selebriti terkenal yang lain di Madame Tussauds Singapore, termasuk Michelle Yeoh, Leonardo DiCaprio dan Nicole Kidman.
Patung lilin Hyun Bin mengambil masa lebih enam bulan lamanya untuk dicipta, bersama pasukan pengukir dan artis pakar yang bekerja tanpa mengenal penat lelah bagi memastikan setiap perincian adalah sempurna. Pasukan tersebut menjalankan kajian meluas bagi memastikan figura tersebut merangkumkan persamaan dan personaliti Hyun Bin, bermula daripada senyuman tersendiri beliau hingga gaya unik beliau. Di samping itu, figura beliau dihidupkan dengan menggabungkan teknologi dan lilin, yang mana tetamu boleh merasakan jantungnya berdegup apabila mereka merapati dengan buah hati Korea itu.
"Kami teruja untuk mendedahkan patung lilin Hyun Bin kami yang pertama seumpamanya di Madame Tussauds Singapore," kata Steven Chung, Pengurus Besar Madame Tussauds Singapore. "Hyun Bin ialah salah seorang pelakon yang paling popular dan disukai di Korea Selatan dan kami tahu peminat beliau di serata dunia akan teruja melihat patung lilin beliau yang seakan-akan hidup secara dekat."
Pelakon Korea Selatan, Hyun Bin menggayakan jari berbentuk hati istimewanya di sisi “kembar seiras” beliau. (gambar oleh Madame Tussauds Singapura)
Peminat boleh menjangkakan persamaan yang hebat dan peluang bergambar yang tidak berkesudahan bersama patung lilin itu seperti yang dikongsi oleh Hyun Bin sendiri, "Saya sangat teruja kerana akhirnya dapat mendedahkan patung lilin saya kepada peminat di seluruh dunia. Banyak masa dan usaha telah dilakukan oleh pasukan di Madame Tussauds. Mereka sangat teliti dalam tugas mereka mencipta semula diri saya dan saya sangat berterima kasih atas peluang ini."
Pelancaran patung lilin Hyun Bin merupakan bukti komitmen Madame Tussauds Singapore untuk menyediakan pengalaman yang imersif dan tidak dapat dilupakan kepada pengunjung. Muzium ini berbangga dapat menjadi tempat tarikan utama di Singapura dan tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan pengunjung dari seluruh dunia untuk melihat penambahan baharu kepada koleksinya.
Patung lilin Hyun Bin merupakan figura jelajah dan akan berada di Singapura untuk masa yang terhad sahaja! Mulai 14 Julai – akhir September 2023, peminat yang ingin melihat patung lilin Hyun Bin boleh mengunjungi laman web Madame Tussauds Singapore di www.madametussauds.com/singapore untuk membeli tiket tarikan sebelum patung lilin itu dialihkan ke destinasi jelajah Asia yang seterusnya.
Latar Belakang Madame Tussauds Singapore
Terletak di Imbiah Lookout, Sentosa, Madame Tussauds Singapore dibuka pada Oktober 2014 dan membawakan pelbagai pengalaman yang interaktif di bawah satu bumbung; bermula daripada Madame Tussauds Singapore hingga Images of Singapore serta menaiki bot "Spirit of Singapore"– satu-satunya tapak Madame Tussauds yang mempunyai aktiviti menaiki bot, Marvel Universe 4D Cinema dan akhir sekali Ultimate Film Star Experience! Membawakan 12 zon luar biasa bermula daripada pelakon-pelakon Hollywood yang glamor hinggalah bintang-bintang K-pop kegemaran anda, para artis, ahli-ahli muzik serta wira sukan, Madame Tussauds Singapore yang hebat ini menempatkan lebih 75 patung lilin. Galeri keajaiban bukan sekadar tarikan yang menarik – para tetamu akan berpeluang untuk merasai pengalaman teknologi kami yang imersif dan interaktif di setiap sudut!
Mengalu-alukan 10 juta tetamu yang hebat melalui pintu kami yang terkenal di dunia setiap tahun, Madame Tussauds memberi peluang kepada anda untuk merasai pengalaman kemasyhuran TERUNGGUL. Kami memiliki lebih 23 lokasi unik di serata dunia, bermula dari New York hingga Singapura, Amsterdam serta Sydney - dan pastinya London, di tempat kisahnya bermula. Sepanjang sejarah kami selama lebih 250 tahun, Madame Tussauds telah menghidupkan ribuan selebriti, bintang dan wira – dengan perincian tepat yang mengagumkan – memberi peluang kepada pengunjung untuk berselisih bahu dengan idola mereka dan BENAR-BENAR menggapai bintang!
Madame Tussauds Singapore mengalu-alukan tetamu mulai jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari (kemasukan akhir jam 5 petang). Untuk pertanyaan tentang tiket, sila hubungi (65) 6715 4000 atau kunjungi www.madametussauds.com/singapore/.
Latar Belakang Merlin Entertainments
Merlin Entertainments ialah peneraju global bagi hiburan keluarga berasaskan lokasi. Sebagai Nombor Satu di Eropah dan pengendali tempat tarikan pengunjung yang kedua terbesar di dunia, kini Merlin mengendalikan 130 tempat tarikan, 20 hotel dan 6 kampung percutian di 25 negara dan merentas 4 benua. Tujuan Merlin adalah untuk menyampaikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada 67 juta tetamunya di seluruh dunia, melalui jenama-jenamanya yang ikonik dan pelbagai format tarikan selain komitmen dan keghairahan 28,000 pekerjanya (musim puncak). Untuk maklumat lanjut, http://www.merlinentertainments.biz.