omniture

Pemaju Hartanah Thai Terkemuka SC Asset Lantik Ejen Jualan Global Thaiway

SC Asset Corporation Public Company Limited (SC)
2023-07-14 09:10 102

Sebagai Rakan Kongsi Eksklusif untuk Menyasarkan Pasaran China Lumayan dengan Pelancaran Projek Kondominium COBE Ratchada-Rama9

BANGKOK, 14 Julai 2023 /PRNewswire/ -- SC Asset Corporation Public Company Limited (SC), perintis dalam sektor-sektor hartanah mewah berkualiti tinggi dan ekonomi, dengan bangganya disenaraikan pada The Stock Exchange of Thailand (SET), bersiap sedia untuk mengukuhkan kehadirannya di seluruh Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan dengan menjemput pembeli Cina untuk menerokai COBE Ratchada-Rama9 dan peluang untuk "Tinggal dalam Komuniti dengan Segala Kemungkinan."

Dalam satu langkah strategik untuk meluaskan jangkauannya dan mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama hartanah ulung Thailand, SC Asset dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Thaiway Property Company yang disegani. Terkenal dengan kepakarannya yang tiada tandingan dalam pasaran Cina, Thaiway Property Company dilantik sebagai Rakan Kongsi Eksklusif SC Asset di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan bagi memperkukuh profil Projek Kondominium COBE Ratchada-Rama9 baharu yang amat dinanti-nantikan.

Kolaborasi yang dinamik ini memperlihatkan langkah yang penting dalam misi berterusan SC Asset untuk merancakkan pertumbuhan dan memupuk hubungan yang berkekalan dengan pelabur hartanah daripada pasaran Cina. "Kami teruja untuk bekerjasama dengan Thaiway Property Company, pakar yang terbukti dalam mengemudi pasaran China," kata Pitchakorn Meesak (kiri), Ketua Jabatan Rangkaian Global SC Asset.

Ms. Pitchakorn Meesak (left), Head of SC Asset’s Global Network Department
Ms. Pitchakorn Meesak (left), Head of SC Asset’s Global Network Department

"Kami percaya kepakaran mereka, digabungkan dengan komitmen kami untuk menyampaikan penyelesaian hartanah yang unggul, akan mengukuhkan reputasi kami dalam kalangan pelabur hartanah Cina arif, yang kini merupakan negara sumber terbesar bagi pembeli asing di Thailand dan memberi kedudukan kepada kami untuk mencapai pertumbuhan yang menarik di wilayah ini." Cik Pitchakorn menambah, "Kami mengambil keputusan untuk memperluaskan perkongsian kami bersama Thaiway dengan menamakan mereka sebagai Rakan Kongsi Eksklusif di China untuk COBE Ratchada-Rama9 memandangkan ciri-ciri projek itu amat dicari-cari terutamanya dalam pasaran Cina."

COBE Ratchada-Rama9 benar-benar merangkumkan falsafah inklusif SC Asset, "Bangunan Tinggi Milik Semua" ("Everybody's High Rise") dengan menyediakan kondominium mampu milik yang berkualiti tinggi di lokasi-lokasi utama untuk generasi muda. Pembangunan kondominium sembilan-menara itu didatangkan dengan setiap kemudahan idaman yang dicari-cari oleh pembeli rumah hari ini dan terdiri daripada 1,612 unit kediaman dan dua unit komersial, dengan kediaman terdiri daripada saiz bermula dengan studio berkeluasan 23 meter persegi hingga hartanah 3 bilik tidur berkeluasan 106 meter persegi.

Terutama sekali, COBE Ratchada-Rama9 terletak di kawasan kejiranan Ratchada-Rama 9 yang disukai, yang dianggap sebagai CBD Baharu Bangkok. Kawasan ini menjadi sangat popular dengan diaspora Cina yang mana kini ia dikenali sebagai Chinatown Baharu. Lokasinya ideal untuk pembeli rumah yang mencari kediaman tetap atau pied-a-terre, memandangkan ia menawarkan kesemua kemudahan dan tarikan yang diingini oleh seseorang, selain daripada berada berdekatan dengan Stesen MRT Pusat Kebudayaan Thailand untuk mengakses tempat tarikan yang lebih jauh.

Cik Jessica Cao (Kanan), Ketua Pegawai Eksekutif Thaiway Property Co., Ltd., menyatakan, "Kami tidak mungkin mengharapkan hartanah yang lebih sesuai untuk menekankan komitmen SC Asset kepada pasaran Cina dan memulakan perkongsian global kami. Lokasi dan kemudahan, dikelilingi oleh keterujaan dan kelebihan kawasan itu, adalah segala-gala yang dicari-cari oleh pembeli Cina terhadap hartanah. Sementara itu, harga setiap meter persegi daripada 100,000 hingga 150,000 baht dioptimumkan khususnya untuk pembeli Cina demografi yang lebih muda. Justeru itu, kami komited untuk bekerjasama erat dengan SC Asset dan jaringan ejen global kami untuk menawarkan peluang pelaburan ini kepada pelabur asing di seluruh China."

SC Asset Corporation Plc (SC)

SC Asset Corporation Public Company Limited, bersama-sama subsidiarinya, beroperasi sebagai sebuah syarikat pembangunan hartanah di Thailand. Ia beroperasi melalui segmen jualan Hartanah; Penyewaan dan Penyampaian Perkhidmatan; serta Perkhidmatan Perundingan dan Pengurusan. Syarikat ini membangunkan dan menjual rumah sesebuah tunggal, rumah bandar dan kondominium serta pejabat rumah; dan menyewa pejabat dan bangunan teknikal. Ia juga menyediakan perkhidmatan perundingan dan pengurusan. Syarikat ini diperbadankan pada tahun 1989 dan beribu pejabat di Bangkok, Thailand.

Untuk maklumat lanjut:

Kunjungi: www.scasset.com 
Line O/A: @SCASSETGLOBAL
Akaun rasmi WeChat: @SCASSETGLOBAL

Source: SC Asset Corporation Public Company Limited (SC)
Related Stocks:
Bangkok:SC
Keywords: Commercial Real Estate Real Estate