omniture

Hisense kekal tempat pertama bagi eksport peti sejuk Cina semasa suku pertama

Hisense Group
2014-05-14 13:24 1924

QINGDAO, China, 14 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Menurut data yang baru dikeluarkan oleh Kastam China tentang eksport peti sejuk bagi suku pertama tahun ini, China masih terus menunjukkan peningkatan yang mantap daripada segi eksport peti sejuk bagi suku pertama ini. Hisense mendahului senarai daripada segi jumlah eksport dan nilai eksport, masing-masing dengan 13.6 peratus serta 9.7 peratus saham, berbanding kesemua pesaing lain dan terus kekal di tempat pertama.

Pada tahun 2013, China telah mengeksport peti sejuk, mesin basuh dan perkakas rumah lain bernilai AS$21.3 bilion, peningkatan tahun demi tahun sebanyak 3.8 peratus dan turut menyumbang sebanyak 56.6 peratus daripada kesemua eksport perkakas rumah. Sektor peti sejuk dan mesin basuh terus menunjukkan arah aliran peningkatan yang menggalakkan. Ketika suku pertama tahun ini, industri peti sejuk masih mengekalkan arah aliran ini dan Hisense menerajui dengan kadar peningkatan sebanyak tiga kali kadar peningkatan purata dalam industri.

Pada tahun 2012 pula, Hisense sudah pun berada pada kedudukan pertama dalam industri peti sejuk dengan saham eksport berdasarkan jumlah sebanyak 11.9 peratus. Pengeluar peti sejuk kemudiannya memantapkan kedudukannya sebagai peneraju industri pada tahun 2013 dengan jumlah eksport meningkat sehingga 12.2 peratus saham, manakala nilai eksport pula meningkat sehingga 9.1 peratus saham. Pada masa yang sama, syarikat tersebut terus menunjukkan prestasi yang baik dalam pasaran peti sejuk domestik serta berada pada kedudukan dua teratas secara konsisten.

Walaupun terdapat pelbagai ketidaktentuan melingkari ekonomi global, eksport perkakas rumah China terus mengekalkan pertumbuhan yang mantap. Hasil daripada kefahaman yang tepat berkenaan permintaan oleh pengguna dan juga usaha penyelidikan & pembangunan terhadap teknologi sihat, menjimatkan tenaga dan juga mesra alam, pengeluar perkakas rumah dari China yang diterajui oleh Hisense secara beransur-ansur telah menjadi pilihan utama ramai pengguna di seluruh dunia. Jenama Cina terus menunjukkan potensi pembangunan serta tahap daya saing yang lebih tinggi.

Menerusi peningkatan eksport peti sejuk yang amat luar biasa, Hisense telah menduduki tempat pertama dalam industri peti sejuk selama dua tahun berturut-turut. Ini menunjukkan kekuatan daya saing antarabangsa yang dimiliki oleh peti sejuk Hisense dan hasilnya, syarikat tersebut telah mencapai kemajuan besar dalam pasaran eksport melalui strategi jenama bebas globalnya. Dengan mematuhi piawaian yang paling ketat di seluruh dunia, syarikat tersebut telah meraih bukan sekadar kepercayaan pada peringkat domestik, bahkan juga kepercayaan pengguna luar negara serta rakan kongsi perniagaan yang agak mendesak. Seterusnya, kepercayaan ini dapat mengukuhkan lagi kelebihan daya saing syarikat itu dalam pasaran China dan pasaran global bagi peti sejuk sederhana dan peti sejuk mewah.

Source: Hisense Group
Keywords: Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail