omniture

Xinhua Silk Road: Pasaran pelancongan musim panas di Lijiang, Barat Daya China dihangatkan dengan produk inovatif

Xinhua Silk Road
2023-07-14 21:53 108

BEIJING14 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Pada malam 8 Julai, kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada penyanyi, pemain gitar, pemain bass, pemain dram dan sebagainya mendendangkan lagu-lagu rakyat di dataran Bandar Lama Lijiang di Wilayah Yunnan, barat daya China, bagi menarik minat pelancong untuk menikmati muzik yang santai.

This aerial photo taken on May 17, 2023 shows the summer scenery of Lanyue (Blue Moon) Valley in Lijiang, southwest China's Yunnan Province. (Xinhua/Chen Xinbo)
This aerial photo taken on May 17, 2023 shows the summer scenery of Lanyue (Blue Moon) Valley in Lijiang, southwest China's Yunnan Province. (Xinhua/Chen Xinbo)

Produk pelancongan inovatif, format dan pengalaman seperti persembahan lagu rakyat telah menghangatkan pasaran pelancongan musim panas di Bandar Lijiang. Destinasi pelancongan popular itu menyaksikan kira-kira 170,000 lawatan pelancong secara purata setiap hari sejak awal bulan Julai, menurut Yin Liangqin, timbalan pengarah Pentadbiran Kebudayaan dan Pelancongan Perbandaran Lijiang yang meramalkan bilangan pelancong yang diterima oleh Lijiang semasa cuti musim panas akan meningkat dengan ketara berbanding beberapa tahun yang lalu.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Lijiang memperkenalkan produk baharu secara berterusan bagi merancakkan pelancongan.

Sebagai contoh, berdasarkan kepada Gunung Salji Yulong yang dilitupi salji dan sumber haiwan dan tumbuhan yang banyak di kawasan sekitarnya, bandar tersebut melancarkan satu siri produk pelancongan untuk pelancong bagi menghargai pemandangan matahari terbit di gunung salji, melihat ke langit berbintang dan menjalankan kajian saintifik ke atas tumbuh-tumbuhan.

Bagi memperkayakan pengalaman pelancong, ia mencipta beberapa tarikan pelancong yang menampilkan "pelancongan + pertanian", bagi membolehkan pelancong menangkap ikan di sawah padi, memetik buah-buahan di dusun, membuat kek bunga mawar sambil menikmati pemandangan alam semula jadi di Daerah Gucheng dan Daerah Yulong.

Sementara itu, Lijiang telahpun melancarkan produk pelancongan seperti lawatan sambil belajar, lawatan keluarga dan lawatan khas untuk memenuhi permintaan pasaran yang berubah-ubah. Sebagai contoh, pelancong yang memilih lawatan sambil belajar di Lijiang akan memakai pakaian tradisional kumpulan etnik minoriti tempatan Naxi, melawat kampung Naxi, belajar bertutur dalam bahasa Naxi, menikmati tarian dan memasak bersama penduduk Naxi dalam lawatan selama sehari yang diiringi oleh pemandu pelancong.

Difahamkan bahawa Lijiang mengambil langkah-langkah bersasar untuk menambah baik perkhidmatan pelancongan dan pengurusan tempat pemandangan yang indah agar dapat mewujudkan suasana percutian yang menyenangkan buat para pelancong pada musim panas ini.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/335075.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Publishing/Information Service Travel