omniture

Xinhua Silk Road: Pengeluar Baijiu Cina Wuliangye memulakan Jelajah Global Keharmonian dan Keindahan di Paris, Perancis

Xinhua Silk Road
2023-07-17 08:20 56

BEIJING, 17 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Pada hari Isnin, pembuat Baijiu terkemuka China, Wuliangye memulakan Jelajah Global Keharmonian dan Keindahan (Harmony and Beauty Global Tour) di Paris, Perancis.

Photo shows that the launching ceremony of "Harmony and Beauty Global Tour" of China's leading baijiu maker Wuliangye kicked off in Paris, France on Monday.
Photo shows that the launching ceremony of "Harmony and Beauty Global Tour" of China's leading baijiu maker Wuliangye kicked off in Paris, France on Monday.

Bertemakan "Keharmonian dan Keindahan", acara tersebut menandakan aktiviti kebudayaan luar negara pertama syarikat berkenaan selepas pelarasan China terhadap respons pandemik COVID-19, bertujuan untuk memaparkan budaya Baijiu Cina kepada dunia melalui seni, fesyen dan bentuk budaya yang lain serta memudahkan pertukaran budaya dan juga persefahaman antara China dan Perancis.

Diiringi oleh lagu merdu "La vie en rose" yang dimainkan menggunakan alat muzik tradisional Cina Guzheng, jurukhat Zhu Jingyi menulis aksara Cina "Keharmonian dan Keindahan" di lapangan bagi mentafsirkan pelbagai aspek tema itu melalui kaligrafi beliau.

Kemudian, di bankuet, tetamu mengangkat gelas mereka dan menikmati rasa Wuliangye yang harmoni dan aromatik dengan pengenalan kepada Fabrice Prochasson, presiden bagi persatuan cef Perancis, memuji usahanya untuk mencapai kecemerlangan dari segi kualiti dan warisannya yang mendalam.

Semasa acara itu, kotak hadiah edisi terhad "Harmony and Beauty" turut didedahkan, yang dicipta bersama oleh artis dari kedua-dua negara, menampilkan unsur-unsur Perancis seperti Menara Eiffel dan Sungai Seine serta unsur budaya Cina seperti kaligrafi dan lukisan tradisional Cina.

Dimaklumkan bahawa kotak hadiah itu dijadualkan untuk dilancarkan secara rasmi pada tahun 2024 sempena sambutan ulang tahun ke-60 pembentukan hubungan diplomatik antara China dan Perancis.

"Tatkala kami menghampiri ulang tahun ke-60 pembentukan hubungan diplomatik antara China dan Perancis pada tahun 2024, hentian pertama Jelajah Global Keharmonian dan Keindahan Wuliangye ditetapkan di Perancis. Ia merupakan bab baharu dalam jalinan persahabatan antara China dan Perancis," kata Zeng Congqin, Pengerusi Wuliangye Group.

Beliau menyebut selanjutnya bahawa acara itu akan dihoskan di Oceania, Amerika, Asia Tenggara dan wilayah-wilayah lain untuk merapatkan jurang pertukaran budaya dan persefahaman antara negara-negara dan tamadun-tamadun berbeza dan bagi membolehkan pengguna global merasai kekayaan aroma minuman keras berkualiti terbaik.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/335076.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Publishing/Information Service New products/services