omniture

Trina Solar menjadi peneraju dalam inisiatif pemiawaian untuk menyatukan dimensi modul

Trina Solar Co., Ltd
2023-07-17 08:36 119

CHANGZHOU, China, 17 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Pada 7 Julai, sembilan pengeluar modul termasuk Trina Solar telah mencapai kata sepakat untuk menyeragamkan dimensi modul wafer silikon segi empat tepat kepada 2382*1134mm, berdasarkan kepada modul 210R Trina Solar dengan dimensi 2384*1134mm yang dilancarkan pada April 2022. Dalam masa yang sama, sembilan syarikat itu menuntut reka bentuk semasa dan masa depan untuk modul siri 210mm bagi mematuhi spesifikasi untuk dimensi modul dan lubang pemasangan yang digariskan oleh China Photovoltaic Industry Association.

Trina Solar telah berada di barisan hadapan industri ini, menerajui pemiawaian dengan konsep reka bentuk dan produk Saiz Emasnya. Justeru itu, Trina Solar telah meletakkan asas kukuh bagi pemiawaian dimensi modul dalam seluruh industri ini.

Pada April, syarikat ini melaksanakan pengenalan perintis kepada industri ini menerusi produk 210R format-sederhana inovatif yang berasaskan kepada wafer segi empat tepat. Pada Mac, Trina Solar memperkenalkan penyelesaian produk 210R yang komprehensif termasuk dimensi modul 2384*1134mm, kedudukan lubang pemasangan, reka bentuk bingkai, proses bahan, pempakejan dan parameter logistik.

Trina Solar menjadi peneraju dalam menyokong pemiawaian dimensi modul wafer silikon. Pada April, ia menyampaikan nilai komprehensif modul 210R di bengkel saiz modul yang dianjurkan oleh persatuan itu. Kelebihan ini termasuk konsep reka bentuk yang memaksimumkan penggunaan bekas (mencapai kadar 98.5%), peningkatan nilai pelanggan, kebolehkilangan serta keselamatan dan keandalan terbukti, dengan penghantaran kumulatif melebihi 30GW+. Trina Solar mencadangkan agar dimensi 2384*1134mm diterima pakai sebagai piawaian industri sejagat, satu cadangan yang dipersetujui oleh persatuan itu dan syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

Di Ekspo Kuasa PV SNEC tahun ini di Shanghai, dimensi 2384/2380*1134mm diterima pakai oleh pengeluar-pengeluar modul utama dalam produk mereka. Kini, bersama lapan syarikat yang lain, Trina Solar akan terus berusaha untuk mencapai piawaian industri.

Berhubung dimensi modul format besar, dipromosikan oleh Trina Solar, pada Mei 2021 China Photovoltaic Industry Association mewujudkan piawaian industri untuk modul 60-sel dengan dimensi keseluruhan 2172*1303mm dan lokasi lubang pemasangan berdasarkan kepada sel 210mm serta modul 66-sel dengan dimensi keseluruhan 2384*1303mm. 

Teknologi wafer 210mm menunjukkan kelebihan padu terutamanya dalam modul Vertex 600W+. Berdasarkan kepada teknologi 210 yang canggih, dengan penyepaduan teknologi jenis-n, Trina Solar menerajui industri ini untuk menerima 700W+. Menerusi inisiatif bersama ini, industri PV mengambil langkah yang selanjutnya menuju teknologi 210mm.

Melalui pelbagai peringkat pembangunan, trend ke arah format lebih besar dan output kuasa lebih tinggi telah menjadi pemacu penting untuk memajukan dan menaik taraf industri ini. Di sebalik kemajuan ini, pemiawaian dimensi modul memainkan peranan yang amat penting.

Trina Solar percaya bahawa inisiatif bersama yang terkini ini menunjukkan penamat kepada variasi bersejarah dari segi saiz modul, menonjolkan trend modul 210mm yang lebih jelas dengan kuasa ultra tinggi dan prestasi lebih tinggi yang akan mempunyai faedah besar untuk industri fotovolta di peringkat global.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Utilities New products/services Survey, Polls & Research