omniture

Vision China kaji pengaruh budaya purba ke atas dunia moden

China Daily
2023-07-17 08:42 21

CHAOYANG, China, 17 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Pegawai-pegawai dan pakar-pakar Cina serta asing di acara Vision China di Chaoyang, wilayah Liaoning pada 13 Julai.

Chinese and foreign officials and experts at the Vision China event in Chaoyang, Liaoning province, on July 13.
Chinese and foreign officials and experts at the Vision China event in Chaoyang, Liaoning province, on July 13.

Acara Vision China, dianjurkan secara bersama oleh Pentadbiran Warisan Budaya Negara, China Daily dan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Wilayah Liaoning Parti Komunis China, telahpun diadakan pada 13 Julai di Chaoyang, wilayah Liaoning.

Bertemakan "Menelusuri asal-usul tamadun Cina dan mewariskannya kepada generasi-generasi masa depan," acara tersebut menjemput pakar-pakar Cina dan asing yang terlibat dalam penyelidikan arkeologi dan sejarah, kajian tamadun serta perlindungan warisan budaya untuk berkongsi pandangan tentang Budaya Hongshan, pembangunan tamadun dunia serta warisan budaya dan inovasi.

Di sebuah simposium tentang warisan dan pembangunan budaya pada 2 Jun, Presiden Xi Jinping, yang juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat CPC, merumuskan lima ciri menonjol berkaitan tamadun Cina — kekonsistenan, keaslian, keseragaman, keterangkuman dan kedamaian.

Li Qun, pengarah Pentadbiran Warisan Budaya Negara, menyeru kajian yang mendalam serta pelaksanaan panduan oleh Xi mengenai kerja-kerja warisan budaya di acara itu.

"Kami akan memperdalam kajian kami dalam program penting termasuk projek yang terlibat dalam menelusuri asal-usul tamadun China, mendedahkan secara sistematik penemuan masyarakat Cina purba dan corak pembangunannya yang bersejarah," kata Li.

Budaya Hongshan merupakan budaya Neolitik yang terkenal dengan jed yang sangat cantik. Pada awal tahun 1980-an, sekumpulan ahli arkeologi menemui tapak Niuheliang yang berusia 5,000 hingga 5,500 tahun di Chaoyang, menandakan pencapaian penting dalam kajian terhadap Budaya Hongshan.

Liu Huiyan, ketua jabatan publisiti Jawatankuasa CPC Wilayah Liaoning berkata penemuan besar Niuheliang bukan sahaja meluaskan skop kajian arkeologi terhadap sejarah Cina purba dari Lembangan Sungai Kuning ke wilayah barat Lembangan Sungai Liaohe, tetapi juga melanjutkan sejarah tamadun Cina yang direkodkan selama 1,000 tahun, memberi bukti arkeologi sebenar tentang tamadun Cina yang berusia lebih daripada 5,000 tahun.

Qu Yingpu, penerbit dan ketua sidang pengarang China Daily, mengetengahkan rujukan bersejarah penting yang disediakan oleh Budaya Hongshan untuk pembangunan moden dan berjanji untuk memperluaskan platform komunikasi, mencipta produk multimedia berkualiti tinggi yang memaparkan budaya Cina serta menggalakkan pertukaran dan pembelajaran bersama antara tamadun-tamadun dunia.

"Kami akan tetap bertapak kukuh dalam budaya Cina. Kami akan mengumpul dan memperhalusi simbol penentu serta unsur terbaik dalam budaya Cina dan memaparkannya kepada dunia," kata beliau.

Source: China Daily
Keywords: Art Publishing/Information Service