omniture

FBS Dermakan Lebih $62,000 kepada Pertubuhan Amal di Tujuh Negara Serata Dunia

FBS Trading
2023-07-17 10:05 16

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Julai 2023 /PRNewswire/ -- FBS, broker antarabangsa dengan kehadiran di lebih 150 negara, menunjukkan komitmennya untuk membina masyarakat yang berdikari dan berdaya bingkas dengan menderma lebih $62,000 kepada 7 pertubuhan amal di negara-negara sedang membangun. Dana tersebut dikumpul pada bulan Ramadan yang mulia dan akan membantu kira-kira 5,000 orang daripada masyarakat yang kurang bernasib baik di Malaysia, Indonesia, Nigeria, Mesir, Turkiye, Pakistan dan Yaman.


"Sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, FBS bermatlamat untuk menyumbang bagi mewujudkan masyarakat yang lebih makmur dan sama rata. Sejak tahun 2014, FBS terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti amal pada bulan Ramadan, mengumpul dan menderma sekitar $1.3 juta kepada lebih daripada 30 pertubuhan di Asia Tenggara, Afrika dan Timur Tengah, demi memberi impak yang positif kepada ribuan nyawa. Dengan memanfaatkan sokongan daripada pelanggan kami, FBS menggalakkan perubahan yang bermakna di dunia," kata Ksenia Molodkina, Pengarah Pemasaran Strategik FBS.

Lebih daripada 29,000 pedagang dari 17 negara seluruh dunia mengambil bahagian dalam promosi amal FBS Trade & Aid Ramadan 2023. Dana tersebut digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan ini untuk memperbaiki kehidupan rakyat tempatan, termasuk keluarga, pelajar dan warga emas.

Sebagai contoh, MyCare Foundation cawangan Malaysia menggunakan sumbangan daripada FBS untuk mewujudkan tapak ternakan ikan air tawar, bagi memperkasa masyarakat untuk menjana pendapatan yang berterusan. Projek ini bertujuan untuk menyokong kumpulan miskin-bandar di kawasan Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

"Dengan sokongan yang tidak ternilai daripada FBS, kami telah membina projek penternakan ikan perintis yang menjanjikan faedah yang besar untuk masyarakat. Wawasan projek ini adalah ringkas lagi transformatif: apabila populasi ikan kami berkembang, komuniti akan mendapat hasil daripada peningkatan jualan. Keuntungan yang dijana daripada jualan ikan akan disalurkan ke dalam tabung komunal, sumber kewangan berwawasan yang berfungsi sebagai pemangkin untuk pertumbuhan ekonomi dalam komuniti kami, membolehkan individu mengakses dana untuk pelbagai usaha niaga atau keperluan peribadi," kata Haji Kamarul Halim Sakrani, wakil daripada MyCare Foundation Malaysia.

Sementara itu, program amal FBS bersama Ramadan Memo, sebuah pertubuhan Islam di Nigeria, menyasarkan lebih 3,000 benefisiari daripada kumpulan rentan, seperti balu, anak yatim, murid sekolah rendah dan pelajar daripada institusi pengajian tinggi yang mengalami kekurangan dari segi kewangan. "FBS bekerjasama dengan Ramadan Memo untuk berkongsi barangan makanan dengan golongan kurang bernasib baik, menderma bahan bantuan kepada rumah anak yatim, mengagihkan kotak pakaian kepada balu dan kanak-kanak di kawasan setinggan dan bahan pendidikan kepada murid sekolah rendah bagi membantu pendidikan akar umbi serta membantu usahawan institusi pengajian tinggi meningkatkan perniagaan mereka," kata Giwa Habeeb A. daripada Ramadan Memo.

FBS tetap komited untuk menyokong inisiatif amal yang menyumbang kepada kebajikan sosial dan pemerkasaan ekonomi di negara-negara sedang membangun. Usaha ini sejajar dengan rancangan pembangunan negara melibatkan negara-negara yang mengambil bahagian seperti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Malaysia, Wawasan 2045 Indonesia dan Rancangan Pembangunan Negara Nigeria 2021-2025. Mereka berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang makmur serta sama rata dan setiap pemegang kepentingan, termasuk syarikat swasta seperti FBS boleh memainkan peranan mereka untuk mencapai agenda negara berkenaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana inisiatif amal FBS berjalan, sila lihat laporan video.

Latar Belakang FBS
FBS ialah broker berlesen seluruh dunia dengan pengalaman selama lebih 14 tahun dan lebih daripada 75 anugerah antarabangsa. FBS terus berkembang sebagai salah satu broker yang paling dipercayai dalam pasaran, dengan pedagangnya berjumlah lebih daripada 27 000 000 dan rakan kongsinya melebihi 500 000 di seluruh dunia. Volum dagangan tahunan pelanggan FBS adalah lebih $8.9 trilion.

 

 

 

Source: FBS Trading
Keywords: Banking/Financial Service Education Corporate Social Responsibility