omniture

TrinaTracker kemas kini laporan keupayaan menjana keuntungan dengan Vanguard 1P oleh DNV

TrinaTracker
2023-07-17 15:00 61

CHANGZHOU, China, 17 Julai 2023 /PRNewswire/ -- TrinaTracker, penyedia penyelesaian pintar di bawah Trina Solar Co., Ltd. telah menerima "Laporan Kajian Semula Teknologi Sistem Penjejakan Paksi-tunggal: Vanguard-1P" yang dikeluarkan oleh DNV, pakar tenaga bebas dan penyedia jaminan. Ini merupakan laporan kedua yang diperoleh oleh TrinaTracker daripada DNV sejak tahun 2021 yang menunjukkan barisan produk keseluruhan Trina Tracker kesemuanya telah dikaji semula secara bebas oleh DNV.

Project in Myanmar with TrinaTracker Vanguard 1P
Project in Myanmar with TrinaTracker Vanguard 1P

Vanguard 1P (sistem penjejakan paksi-tunggal satu-dalam-potret) merupakan produk unggulan TrinaTracker dan serasi dengan modul kuasa ultra-tinggi dwi muka terkini. Produk ini menggabungkan perkakasan termaju dan perisian yang utama dalam industri untuk menawarkan penyelesaian Kos Tenaga Teraras (LCOE) lebih rendah kepada EPC dan pemilik projek.

Bagi menilai penjejak Vanguard 1P secara komprehensif, DNV mengaplikasikan sistem penilaian yang lengkap bagi merangkumi semua aspek perniagaan penjejak termasuk tetapi tidak terhad kepada reka bentuk dan penghitungan struktur dua projek sampel, keupayaan rantaian bekalan, sistem kawalan kualiti dan keselamatan alam sekitar, prestasi dan prospek pasaran, keandalan, jaminan dan prestasi O&M. Pasukan DNV juga menjalankan kajian semula peringkat tinggi terhadap pelbagai laporan penjejak Vanguard 1P sepanjang kitaran hayat produk, termasuk laporan ujian terowong angin, manual pemasangan dan laporan profesional yang lain.

Menurut laporan berkenaan, pensijilan serta reka bentuk, pembuatan dan perkhidmatan TrinaTracker yang tersedia umumnya selaras dengan keperluan antarabangsa yang lazim bagi pengurusan kualiti dan alam sekitar. Laporan berkenaan turut memuji hala tuju penyelidikan dan pembangunan (R&D) aktif TrinaTracker sebagai satu trend dalam teknologi industri yang akan memberi nilai kepada pelanggan.

DNV menganggap sistem Vanguard 1P dapat memenuhi keperluan reka bentuk struktur berdasarkan kepada maklumat yang diberikan dan tanpa melakukan penghitungan bebas. Laporan tersebut menunjukkan Vanguard 1P Vanguard 1P melangkaui piawaian industri dari segi perspektif seperti ralat penjejakan yang lebih tepat dan tempoh jaminan kakisan. Di samping itu, laporan berkenaan memberi ulasan positif tentang kaedah ujian terowong udara dan keputusan untuk ujian statik, dinamik dan aeroelastik serta kajian ke atas cerun EW sehingga 8° (15%).

DNV juga menganggap bahawa input SBA untuk rupa bumi tidak sekata dan input STA untuk persekitaran dengan sinaran rendah merupakan penambahbaikan berbanding modul terdahulu.

"Selepas kajian menyeluruh dijalankan selama beberapa bulan, DNV melihat Vanguard 1P TrinaTracker memenuhi keperluan reka bentuk dan kualiti piawaian industri," kata Eskandari Morteza, Jurutera Awam/Struktur Kanan DNV. TrinaTracker turut membawakan pendekatan teknologi R&D berpandangan jauh yang maju bagi memenuhi dinamik pasaran dan keperluan pelanggan.

Source: TrinaTracker
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Electrical Utilities Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Utilities