SHENZHEN, China, 18 Julai 2023 /PRNewswire/ -- AroundDeal, platform perisikan dan automasi yang terkemuka untuk penjualan, pemasaran dan perekrutan golongan profesional, yang dibina berasaskan kepada pangkalan data perniagaan global yang komprehensif, baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpul berjuta-juta dolar dalam pusingan pendanaan Pra-A, yang dipimpin oleh Chengwei Capital. Dengan dana ini, AroundDeal merancang untuk memperluaskan pangkalan data B2B APACnya yang kukuh dan teknologi berkuasa AI, dengan meningkatkan kualiti data serta kemudahan penggunaan, terus memacu pengembangan dan pertumbuhan antarabangsa AroundDeal.
Sepanjang pertumbuhan pesat landskap perniagaan global, jualan B2B, pemasar dan perekrut menghadapi cabaran dalam mencapai prospek bersasar mereka dengan cekap dan berkesan. Plaform berkuasa AI AroundDeal menyediakan kepada golongan profesional perniagaan dengan akses mudah kepada alatan mesra pengguna dan pangkalan data perniagaan yang komprehensif, membolehkan mereka mencari dan terlibat dengan proses bersasar mereka melalui cara yang mudah. Hasilnya, masa dan usaha yang berharga dapat dijimatkan dan dihalakan semula ke arah aktiviti yang menyumbang secara langsung kepada penjanaan hasil.
"Kita semua mengharapkan teknologi melangkah lebih jauh dan memberi kesan kepada kehidupan kita dan dunia kita. AroundDeal memenuhi harapan berkenaan," kata Bill Huang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AroundDeal. "Kami merupakan salah satu platform perisikan dan automasi yang berkembang paling pantas, mengintegrasikan pangkalan data perniagaan yang paling tepat dengan alatan prospek dan penglibatan berkuasa serta tumpuan kukuh pada pasaran APAC."
AroundDeal membantu lebih 100,000 ahli profesional dan pelanggan mengautomasikan proses kerja mereka seperti mencari pelanggan yang ideal, mengautomasikan penglibatan jualan, penyumberan bakat AI dan banyak lagi. Ketika ini, AroundDeal memberi akses kepada lebih 120 juta rekod maklumat perhubungan dan maklumat syarikat dan berintegrasi secara lancar dengan alatan popular yang lain, termasuk LinkedIn, Salesforce, HubSpot dan Gmail.
"Hasil daripada pusingan pendanaan ini, kami akan meningkatkan lagi teknologi berkuasa AI kami untuk memperkasa komuniti golongan profesional perniagaan yang lebih besar untuk mencari prospek, terlibat dan memuktamadkan urus niaga yang lancar dengan amat cekap," kata Bill Huang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, AroundDeal.
Latar Belakang AroundDeal
AroundDeal ialah platform yang terkemuka untuk risikan penjualan dan pemasaran serta automasi, yang dibina berasaskan pangkalan data perniagaan global komprehensif yang mengandungi lebih 120 juta maklumat perhubungan dan maklumat syarikat.
AroundDeal memberi tumpuan kukuh pada pasaran Asia-Pasifik dan pasaran baru muncul. Matlamat mereka adalah untuk membantu perniagaan berhubung dengan pembeli yang paling sesuai di rantau APAC, menghasilkan petunjuk berkualiti tinggi, mengoptimumkan strategi pasaran bersasar mereka dan meningkatkan pertumbuhan hasil dengan mengakses data risikan B2B untuk pengguna mereka dan keperluan penjualan, pemasaran serta perekrutan dan operasi pelanggan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.arounddeal.com.