omniture

TCL Mempersembahkan Produk Baharu menerusi TV QD-Mini LED dan Pengumuman Kategori Penuh di Eletrolar Show di São Paulo

TCL Electronics
2023-07-18 16:47 14

SAO PAULO, 18 Julai 2023 /PRNewswire/ -- SEMP TCL, sebuah syarikat perintis dalam pasaran elektronik Brazil, mengambil bahagian dalam Eletrolar Show ke-16 di São Paulo, Brazil, mulai 10 hingga 13 Julai. Semasa pameran itu, jenama ini membentangkan butiran tentang penajaan, perkongsian dan portfolio 2023nya untuk kategori-kategori TV QD-Mini LED, AC, bar bunyi, peranti mudah alih dan penampilan sulung dalam kategori barangan putih dan monitor pemain – yang sepatutnya tiba di Brazil dalam separuh kedua tahun ini.

"Penampilan sulung Monitor Permainan merupakan sebahagian daripada strategi pengembangan kami dalam pasaran Brazil dan, dengan itu, kami berharap dapat menjadi lebih dekat bersama pemain, mencipta hubungan, menawarkan sumber yang pelbagai dan pengalaman unik," kata beliau. Yue Haiping, Ketua Pegawai Eksekutif SEMP TCL.

Selain daripada monitor, syarikat ini turut memperkukuh komitmennya kepada pasaran Brazil dengan ketibaan produk barisan putih dalam beberapa bulan akan datang.

"Di Eletrolar Show, kami telahpun memberi sedikit gambaran tentang apa yang bakal muncul, mendedahkan Peti Sejuk Berbilang Pintu C512CD kami, dengan kapasiti 518 liter dan pemampat Twin Eco Inverter, selain daripada Side by Side (Peti Sejuk Sebelah-Menyebelah) C513SB dengan kapasiti 513 liter, juga dengan pemampat Penyongsang, antara ciri-ciri lain yang akan menarik minat pengguna," tambah beliau.

Semasa Eletrolar Show, SEMP TCL turut membawakan beberapa pengalaman unik untuk memperkukuh aspek ketersambungan, menerusi perkongsian dengan Google dan Roku, selain daripada pengalaman untuk peminat permainan dengan monitor baharu dan TV 4K QD-Mini LED TCL C845 yang mengejutkan – menampilkan HDR10+, Dolby Vision IQ dan 144Hz VRR, lalu memberi pengalaman permainan yang luar biasa, antara barisan penuh TV QD-Mini LED 2023 TCL.

Bagi kategori penyaman udara, TCL mempersembahkan Penyongsang Berbilang Pisah, selain daripada Penyongsang Kaset Pisahyang sepatutnya tiba lewat tahun ini di Brazil. Bagi bar bunyi pula, syarikat ini membawakan S522W, dengan saluran 2.1 dan subwufer tanpa wayar.

Jenama tersebut, yang telahpun memiliki sejarah dengan bidang bola sepak, merupakan penaja bagi Pasukan Kebangsan Wanita CBF, antara perkongsian lain dan sedang bersiap sedia untuk berinteraksi dengan pengguna semasa acara besar bola sepak wanita pada bulan Julai, memberi inspirasi kepada mereka untuk mengikuti permainan itu melalui kaca televisyen mereka. Di samping itu, SEMP TCL melancarkan promosi 'Me Leva Pra Final'*, yang akan membawa pemenang dan seorang rakan ke peringkat akhir CONMEBOL Libertadores 2023, di Rio de Janeiro.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi 'Me Leva Pra Final', lihat peraturan di laman web promosi: https://promo.semptcl.com.br/

Latar Belakang SEMP TCL:

SEMP TCL ialah sebuah syarikat perintis dalam pasaran elektronik pengguna Brazil, membina trajektori inovasi yang tidak putus-putus sejak tahun 1942. Ia bertanggungjawab bagi pengilangan set TV dan radio pertama di Brazil. Pada Julai 2016, SEMP menulis semula sejarahnya, dengan syarikat multinasional Cina TCL Corporation. Satu usaha sama yang baharu kini bermula dengan peneraju global TV Android dan pengeluar televisyen kedua terbesar di dunia, dengan syarikat ini dinamakan semula sebagai SEMP TCL dan menawarkan kepada pasaran Brazil produk daripada dua jenama utama: SEMP dan TCL. Pada tahun 2019, SEMP TCL menggabungkan perkongsiannya yang paling relevan dalam bidang sukan, selepas menyertai Brazilian Football Confederation (CBF) untuk menaja Pasukan Bola Sepak Brazil dan para atlet seperti Rodrygo Goes. Keberanian, kreativiti dan inovasinya menjadikan SEMP TCL sebagai salah satu jenama yang paling andal dan disegani di Brazil, sentiasa mempersembahkan produk dengan kualiti dan reka bentuk terunggul, dengan teknologi pintar yang menyediakan pengalaman hiburan dan hubungan yang terbaik kepada pengguna. Untuk maklumat lanjut: semptcl.com.br.

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan peneraju dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan peralatan kediaman pintar. Kunjungi laman web TCL di https://www.tcl.com.

 

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment New products/services Trade show news