omniture

Sangfor Technologies Melancarkan Wi-Fi Paling Selamat di Dunia

Sangfor Technologies
2014-05-15 10:38 212

SHENZHEN, China, 15 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Sangfor Technologies telah melancarkan Wi-Fi paling selamat di dunia kepada pasaran antarabangsa sewaktu Jerayawara APAC 2014 mereka pada bulan April.

Wi-Fi paling selamat

Dengan sehingga 8 jenis kaedah capaian pengguna, ia mewakili kombinasi sempurna keselamatan & pengalaman pengguna. Wi-Fi Sangfor mempunyai pelayan pengesahan Radius terbina dalam dan pusat pengesahan sijil (CA) digital. Selain kekunci prakongsi, ia juga menyokong sijil Portal, 802.1x, SMS, CA serta kaedah pengesahan lanjutan lain, dan turut menyokong secara inovatif WeChat dan pengesahan kod QR, yang selamat dan mudah digunakan.

Polisi keselamatan gabungan yang menerajui: Kebenaran berubah dengan suasana berbeza

Melalui Wi-Fi Sangfor, pentadbir boleh melakukan konfigurasi polisi capaian yang lebih terperinci berdasarkan kedudukan pengguna, terminal, lokasi dan juga masa. Misalnya, jika pengguna daripada Jabatan Jualan merayau dalam seksyen Jabatan Penyelidikan & Pembangunan dalam pejabat itu, mereka hanya boleh mengakses Internet tetapi bukan Intranet. Bagi sesetengah pengguna lain, mereka mungkin mempunyai kebenaran peringkat tinggi dalam komputer peribadi pejabat mereka semasa mengakses Wi-Fi, tetapi kebenaran peringkat lebih rendah dengan komputer peribadi persendirian mereka atau telefon pintar.

Fungsi Pengurusan Capaian Internet yang paling berkuasa

Wi-Fi Sangfor mempunyai pustaka URL jutaan tahap dan pustaka protokol aplikasi ribuan tahap, yang dikemas kini setiap minggu dan telah terbina dalam. Berdasarkan pustaka yang sangat besar itu, para pentadbir boleh menetapkan polisi capaian beraneka pada laman web dan aplikasi, lalu meningkatkan keselamatan Intranet dan kecekapan perniagaan.

Teknologi "pemecutan tindanan protokol" berpaten: Loncatan hebat untuk kemajuan dalam kelajuan penghantaran Wi-Fi

Melalui pengoptimuman mendalam ke atas tindanan protokol penghantaran wayarles, produk Wi-Fi Sangfor meningkatkan kecekapan penghantaran rangkaian dengan hebatnya. Ia meningkatkan lagi kepantasan capaian pengguna secara signifikan dalam persekitaran rangkaian berbeza, terutamanya dalam persekitaran rangkaian tidak selamat, dengan peningkatan kelajuan purata sebanyak 3 hingga 8 kali, lalu membawakan pengalaman Wi-Fi pengguna ke tahap yang lebih tinggi.

Bagi maklumat lanjut tentang Wi-Fi, lawati:

http://www.sangfor.com/topic/wi_fi/index.html

Latar belakang Sangfor Technologies.

Sangfor Technologies ialah vendor yang menerajui daripada segi keselamatan web, pengoptimuman WAN serta pengurusan capaian Internet di rantau Asia Pasifik dengan pertumbuhan pesat selama 13 tahun berturut-turut. Sangfor sentiasa mementingkan inovasi teknologi dan pengoptimuman produk, dan juga telah membina 3 pusat penyelidikan & pembangunan lanjutan di Lembah Silikon, Shenzhen serta Beijing. Kami mempunyai 21,000 pelanggan syarikat seluruh dunia. Bagi mengetahui lebih lanjut, sila lawati www.sangfor.com.

Ikuti kami di

Facebook: http://www.facebook.com/sangfor 
Twitter: https://twitter.com/SANGFOR
Linkedin: http://www.linkedin.com/company/sangfor-technologies

Naik Taraf Rangkaian Anda dengan Sangfor!

Source: Sangfor Technologies
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet New products/services