TAIPEI, 19 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Kepimpinan luar biasa Ketua Pegawai Eksekutif Peter Karsten telah membawa STARTRADER untuk mencapai pertumbuhan dan pengembangan yang luar biasa. Dengan kepakaran beliau yang ekstensif dan pendekatan berdaya cipta dalam teknologi dan teknologi kewangan (fintech), Karsten mengemudi STARTRADER untuk menjadi salah satu broker yang berkembang paling pantas yang memenuhi keperluan pasaran global.
Peter Karsten, seorang ahli fizik dan penginovasi, memiliki koleksi mengagumkan lebih lima belas paten menggunakan nama beliau. Dengan pengalaman luas bekerja untuk syarikat-syarikat terkenal seperti Citibank dan Nokia, beliau memainkan peranan penting dalam penciptaan teknologi perintis mendahului zaman mereka. Khususnya, beliau menyumbang kepada pembangunan nada dering yang boleh disesuaikan, kad perniagaan yang boleh dimuat turun serta aplikasi inovatif.
Sepanjang kerjaya beliau, Peter begitu konsisten mempamerkan kebolehan beliau mencari penyelesaian teknologi yang dipacu oleh pendekatan berpusatkan pelanggan. Mengiktiraf potensi besar STARTRADER, beliau mengambil keputusan untuk menyalurkan kembali kepakaran dan kepintaran beliau yang berwawasan ke dunia perdagangan.
Memanfaatkan latar belakang beliau yang terdahulu dalam teknologi dan teknologi kewangan, beliau menggunakan taktik yang dapat meningkatkan kepuasan pelanggan dan membuka jalan untuk menawarkan perkhidmatan tersendiri. Peter Karsten menegaskan bahawa memupuk hubungan yang berkekalan penting untuk kemajuan yang pesat dan bukannya sentiasa menjalin hubungan baharu. Lantaran itu, STARTRADER memperkenalkan akaun dagangan sen bagi membantu pelanggan dalam memulakan usaha niaga mereka dengan akaun dagangan yang sederhana lagi tulen dan bukannya bergantung pada akaun demo yang mungkin memberi persepsi keselamatan yang mengelirukan.
STARTRADER menunjukkan komitmennya untuk memenuhi keperluan unik setiap pelanggan melalui rangkaian luas dengan kira-kira 200 pilihan pembayaran disediakan kepada pelanggan. Penekanan oleh syarikat ini terhadap pengeluaran pantas, pemprosesan transaksi yang berkesan, platform dagangan mesra pengguna dan sokongan pelanggan khusus berperanan sebagai asas dalam usaha STARTRADER untuk mendapatkan keyakinan pelanggan di bawah kepimpinan Peter, mengukuhkan kedudukannya untuk muncul dengan pantas sebagai salah satu broker yang berkembang pesat.
Di bawah bimbingan Peter, STARTRADER bersedia untuk melancarkan aplikasi dagangan yang amat dinanti-nantikan. Aplikasi ini bertujuan untuk mentransformasikan proses dagangan dengan menggabungkan teknologi termaju dengan ciri-ciri mesra pengguna, seterusnya memperkasa pedagang dengan cara yang belum pernah terjadi sebelum ini. Dilengkapi dengan antara muka intuitif dan keupayaan termaju, aplikasi dagangan ini akan menyediakan kepada pelanggan dengan sumber yang diperlukan untuk mengemudi pasaran kewangan dengan tepat dan terjamin.
STARTRADER ialah salah satu broker yang berkembang paling pantas di dunia yang melaluinya pelanggan boleh memperdagangkan CFD dalam ratusan instrumen merentas enam kelas aset – forex, logam, indeks, bon, komoditi dan saham. STARTRADER memberi keyakinan kepada pelanggannya untuk berdagang secara cekap dengan menawarkan tahap sekuriti dana yang tinggi dengan modal berbayar tinggi. Terkenal dengan pendekatan berpusatkan pelanggan kami, mereka memastikan agar pelanggan memiliki semua alatan dan maklumat yang diperlukan oleh mereka untuk memulakan perjalanan perdagangan mereka, termasuk persekitaran dagangan yang fleksibel dengan pelaksanaan yang amat pantas.
Laman Web Rasmi: WWW.STARTRADER.COM
Media Sosial: Linkedin l Facebook
Hubungi: info@startrader.com
Berdagang dan melabur dalam Forex dan produk CFD adalah berisiko tinggi. Kerugian boleh melebihi deposit.