CHANGSHA, China, 19 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK), mencapai kemajuan penting dalam pasaran antarabangsa, memenuhi penghantaran produk yang banyak di Timur Tengah, Australia dan rantau Asia Tenggara. Pencapaian ini menonjolkan strategi pembangunan pengantarabangsaan dan penyetempatan Zoomlion, lalu menekankan komitmennya untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi di seluruh dunia.
Di Timur Tengah, prestasi Zoomlion adalah luar biasa. Di Arab Saudi, mesin pengoreknya digunakan untuk NEOM, "Bandar Masa Depan". Penyerahan produk ini yang berkualiti dan pantas meningkatkan kepuasan pelanggan dan membawa kepada lebih banyak tempahan. Kren trak 110-tan dan 80-tan miliknya ditetapkan untuk digunakan di Yanbu, sebuah bandar sebelah barat di Arab Saudi dan berpuluh-puluh pencampur konkrit telahpun diserahkan kepada YAMAMA Cement Co., pengeluar simen paling lama di negara ini.
Kejayaan yang serupa dialami di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait, yang mana sistem perniagaan luar negara Zoomlion yang cekap mengupayakan pemenuhan pesanan besar yang pantas. Memanfaatkan sistem perniagan luar negaranya yang kukuh, syarikat ini menyerahkan dengan lancar lapan daripada tempahan 17 pam trak ke UAE hanya dalam tempoh 20 hari. Pemenuhan pantas dipermudah oleh subsidiari Teluknya yang berpangkalan di Zon Perdagangan Bebas Jebel Ali Dubai, lalu mengurangkan masa penghantaran dari China selama lebih sebulan.
"Susun atur rangkaian tiga-peringkat kami meliputi kesemua pasaran utama di Arab Saudi, bagi memastikan respons pantas untuk alat ganti servis. Kami menyaksikan peningkatan yang jelas dari segi kepuasan pelanggan," kata Liu Jianwei, Pengurus Negara Zoomlion di Arab Saudi.
Australia menyaksikan pelancaran gedung 4S pertama Zoomlion untuk jentera tolak tanah. Kemudahan yang dilengkapi sepenuhnya ini bersedia menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan yang komprehensif kepada pelanggan, lantas menunjukkan komitmen Zoomlion terhadap kepuasan pelanggan.
Sementara itu, di Malaysia, Zoomlion menyerahkan tiga mesin penyembur basah untuk pembinaan Laluan Rel Pantai Timur yang mencabar, menonjolkan keupayaan syarikat untuk mencipta penyelesaian yang boleh disesuaikan dan berkesan untuk keadaan global yang pelbagai.
Perniagaan luar negara Zoomlion meneruskan trend menaiknya. Menurut laporan kewangannya, hasil luar negara pada tahun 2022 menyaksikan peningkatan 72.6% berbanding tahun sebelumnya, manakala suku pertama tahun 2023 menikmati kenaikan 123%, mendedahkan trend pertumbuhan yang mantap dan cerah masa depannya untuk perniagaan antarabangsa Zoomlion.
Di tengah-tengah pasaran yang semakin bersifat global, Zoomlion mempercepatkan pembangunannya, memperdalam strategi penyetempatannya, meningkatkan pelaburan penyelidikan dan pembangunan produk serta memaksimumkan kebolehsuaian dan kualiti produk bagi memenuhi keperluan kumpulan pelanggan globalnya yang pelbagai.