omniture

ZALORA Tawar Penyelesaian Padanan Maya Pertama yang Memenangi Anugerah -- Virtusize

ZALORA
2014-05-15 20:16 180

SINGAPURA, 15 Mei 2014 /PRNewswire/ -- ZALORA (http://www.zalora.com), destinasi fesyen dalam talian yang terunggul di Asia, telah mengumumkan perkongsiannya bersama servis padanan pakaian maya yang telah memenangi pelbagai anugerah, Virtusize. Servis padanan pakaian dalam talian tersebut akan memudahkan pemilihan oleh pelanggan bagi mendapatkan saiz pakaian yang tepat dan sesuai sebelum membuat pembelian.

Justeru, Virtusize boleh didapati menerusi pelbagai jenama ternama di ZALORA termasuk label persendirian ZALORA iaitu EZRA by ZALORA. Servis tersebut sedia untuk digunakan oleh pelanggan ZALORA di Singapura, Malaysia, Vietnam, Thailand, Filipina, Indonesia serta Hong Kong. Para pembeli juga dapat mengakses alat bantuan padanan tersebut dengan hanya menekan 'Fit Visualiser' bersebelahan pemilih saiz.

Servis perbandingan pakaian 2D Virtusize juga dapat menunjukkan perbezaan daripada segi saiz dan padanan pakaian secara dalam talian. Alat bantuan tersebut membolehkan para pembeli dalam talian membuat perbandingan pakaian yang ingin dimiliki dengan pakaian yang telah pun dibeli dengan membuat tindihan maya antara kedua-dua pakaian tersebut.

Panduan padanan pakaian yang lebih baik pula merupakan permintaan nombor satu oleh para pembeli dalam talian dan lebih separuh daripada semua pakaian yang telah dikembalikan adalah disebabkan oleh padanan dan saiz yang kurang tepat. Dengan mengatasi ketidaktentuan yang berpunca daripada padanan pakaian dalam talian, Virtusize membantu para peniaga untuk mengurangkan kadar pengembalian, meningkatkan pengalaman membeli-belah, membina kesetiaan pelanggan serta menambahkan kadar jualan.

Michele Ferrario, Pengarah Urusan Serantau ZALORA: "Tawaran pengalaman membeli-belah yang terbaik kepada para pelanggan  merupakan kriteria utama perniagaan kami. Menerusi Fit-Visualiser, kami mampu memberikan keyakinan tambahan kepada para pelanggan kami apabila mereka membuat pemilihan produk. Fungsi Fit Visualiser telah pun tersedia secara meluas bagi seluruh label persendirian Ezra by Zalora serta jenama-jenama utama yang lain. Kami merancang untuk meneruskan servis baru ini secara besar-besaran bagi seluruh rangkaian kami dalam beberapa bulan akan datang."

Andreas Olausson, Pengurus Serantau APAC Virtusize: "Perkongsian bersama beberapa peniaga fesyen dalam talian yang menerajui Asia Tenggara merupakan langkah penting bagi membawa pemadanan maya ke dalam pasaran e-dagang Asia yang kian berkembang pesat. Kini, kami berharap dapat terus melanjutkan tawaran di Zalora serta meneruskan usaha kami bagi kepentingan perniagaan dan juga para pengguna dengan menetapkan piawaian antarabangsa dalam memahami saiz dan padanan pakaian yang dijual secara dalam talian."

Maklumat Perhubungan Media:

Jaime Desilva, Ketua Bahagian Komunikasi di ZALORA
Telefon bimbit: +65-8121-5223
E-mel: jaime.desilva@zalora.com

Bagi maklumat lanjut, sila layari ZALORA.com

Zalora merupakan destinasi membeli-belah secara dalam talian dengan pelbagai pilihan fesyen, menawarkan sehingga 100 hari pemulangan secara percuma, penghantaran pantas dalam hanya 3 jam untuk beberapa pasaran, penghantaran percuma bagi jumlah perbelanjaan tertentu serta pelbagai kaedah pembayaran termasuk pembayaran tunai waktu terima.

Source: ZALORA
Keywords: Electronic Commerce Fashion Internet Technology Multimedia/Online/Internet Retail Textiles