omniture

Shandong Energy dan Huawei Lancar Model AI Besar Komersial Pertama Dunia untuk Sektor Tenaga

Huawei
2023-07-20 01:14 85

JINAN, China, 20 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Pada 18 Julai 2023, Shandong Energy Group (Shandong Energy), Huawei dan Yunding Technology bersama-sama melancarkan Pangu Mine Model, model AI besar komersial pertama dunia untuk sektor tenaga. Tujuan model tersebut adalah untuk meningkatkan aplikasi AI dalam industri perlombongan dan mentransformasikan pembangunan model AI skala-bengkel kepada pembangunan skala-kilang.

Li Wei, Pengerusi Shandong Energy, berkata, "Rakan-rakan pengembara berfikiran sama. Sebagai penyedia infrastruktur ICT dan peranti pintar yang terkemuka di dunia, Huawei berkongsi matlamat Shandong Energy dalam transformasi digital. Kedua-dua syarikat ini saling melengkapi antara satu sama lain dan juga saling memperkukuh. Kami bermatlamat untuk meningkatkan tahap kecerdasan industri perlombongan dengan memperluaskan kedalaman dan keluasan aplikasi AI dalam senario yang berbeza dan terus menggunakan AI untuk menyampaikan lebih automasi, mencapai kecekapan lebih tinggi, mengurangkan intensiti buruh dan meningkatkan keselamatan dalam industri perlombongan."

Li Wei, Chairman of Shandong Energy Group Co., Ltd shared speech
Li Wei, Chairman of Shandong Energy Group Co., Ltd shared speech

Sebagai perintis bagi penggunaan komersial yang pertama dunia bagi model-model AI besar dalam sektor tenaga, Shandong Energy, Yunding Technology dan Huawei mula melaksanakan set pertama aplikasi AI untuk perlombongan. Ini dibangunkan berdasarkan kepada pengesahan perintis model AI besar dalam pengeluaran industri. Secara keseluruhannya terdapat 21 senario aplikasi yang berkaitan dengan 9 aktiviti operasi, iaitu perlombongan arang batu, penerowongan, pengangkutan utama, pengangkutan tambahan, pengangkatan, pemantauan keselamatan, pencegahan redakan batuan, penyediaan arang batu dan pengekokan.

Redakan batuan merupakan isu yang mencabar terutamanya dalam perlombongan. Kaedah utama untuk mencegah redakan batuan ialah menggerudi lubang nyahtekanan dengan mementingkan kualitinya. Shandong Energy mampu menangani cabaran ini di lombong arang batu Lilou dan Xinjulong dengan menggunakan model AI besar. Dengan keupayaan pengecaman visualnya, model ini dapat menganalisis kualiti penggerudian pelepas tekanan dengan pintar dan membantu kakitangan pencegahan redakan batuan dalam pengesahan kualiti, lalu mengurangkan beban kerja semakan mereka sebanyak 82%. Kebiasaannya, tiga hari diperlukan untuk menyelesaikan semakan sedemikian; kini masa telah dapat dipendekkan kepada 10 minit, dengan kadar penerimaan 100%.

Shandong Energy, Yunding Technology dan Huawei menubuhkan sebuah pusat inovasi bersama pada awal tahun 2022. Bagi menjadikan lombong lebih pintar, mereka memperkenalkan Pangu Model, yang menampilkan pengurusan operasi terpisah dan pengeluaran pintar, pemprosesan data dalam-kampus, kebolehulangan berskala besar serta pembelajaran dan analisis daripada sampel kecil. Sistem operasi AI pusat inovasi bersama itu memanfaatkan latihan berpusat, inferens pinggir, penyelarasan awan-pinggir, pembelajaran melalui penggunaan serta pengoptimuman tanpa henti. Sistem pengurusan AI pusat berkenaan terdiri daripada pengurusan kumpulan dan pelaksanaan lombong arang batu. Pengurusan pengeluaran arang batu ditransformasikan daripada reaktif dan intensif-manual kepada proaktif dan pintar.

Zou Zhilei, Pengerusi Huawei Mine BU, berkata: "AI akan terus memperkasa penaiktarafan industri perlombongan dan memainkan peranan penting dalam menjadikan pengeluaran arang batu lebih selamat, lebih mesra alam dan separa atau automatik sepenuhnya. Huawei akan terus meneroka transformasi industri dengan mendalam dan menjadikan keupayaan berkuasa Pangu Model tersedia untuk rangkaian industri yang lebih luas. Kami akan mengupayakan rakan kongsi dan bekerjasama dengan mereka untuk menyelesaikan masalah industri dalam senario tertentu, lalu mencipta nilai yang lebih besar. Pelancaran Pangu Mine Model komersial pertama telah menyuntik dorongan baharu ke dalam pembangunan berkualiti tinggi industri perlombongan dan sektor tenaga secara keseluruhannya."

Source: Huawei
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Mining Mining/Metals Oil/Energy Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Utilities Wireless Communications New products/services