BEIJING, 20 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Pada 18 Julai, EACON, penyedia yang terkemuka bagi teknologi perlombongan berautonomi dan perkhidmatan pengangkutan yang komprehensif di China, mengadakan majlis pelancaran bagi penggunaan 100 trak perlombongan berautonomi hibrid.
EACON akan menggunakan trak ini di lubang Selatan TBEA, lombong arang batu berkapasiti tertinggi China, menandakan kumpulan trak perlombongan berautonomi yang terbesar dalam satu lombong di seluruh dunia. Pemanduan berautonomi dalam proses perlombongan dapat meningkatkan keselamatan, kecekapan dan juga pengurusan.
Ditubuhkan pada tahun 2018, EACON mengkhusus dalam menyediakan penyelesaian berautonomi untuk lombong lubang-terbuka. Pada tahun 2022, EACON meningkatkan tumpuan pada trak perlombongan tenaga baharu dan menubuhkan sebuah pasukan kejuruteraan kenderaan pakar untuk sistem kuasa dan reka bentuk casis.
Trak perlombongan hibrid berautonomi yang akan digunakan oleh EACON menggabungkan penyelesaian pemanduan berautonomi komprehensif dan teknologi proprietari EACON. Teknologi-teknologi ini termasuk sistem pemacu elektrik hibrid pemalam, sistem pengurusan tenaga seluruh-kenderaan pintar, sistem pemanjang jarak khusus untuk trak perlombongan tanan-besar, brek dikawal wayar dan sistem stereng dikawal wayar hidraulik sepenuhnya. Dengan 25 teknologi berpaten, trak ini menawarkan ciri keselamatan, kecekapan dan keandalan yang dipertingkat.
Semasa beroperasi, unit kuasa tambahan (APU) trak ini memenuhi tuntutan kuasa biasa kenderaan, manakala bateri kuasa dapat mengimbangi keperluan kuasa sementara seperti pendakian atau pemecutan. Sistem brek regeneratif mengupayakan pemulihan tenaga semasa proses brek. Melalui strategi kawalan pengurusan tenaga pintar bersepadu dan sistem pengurusan terma, trak perlombongan ini mencapai penjimatan bahan api maksimum yang luar biasa sehingga 30% dalam pelbagai keadaan operasi. Trak perlombongan ini mempunyai kapasiti muatan mantap iaitu 90 tan dan hayat reka bentuk produk melebihi 8 tahun. Dengan rangkaian pemacu yang berkuasa, ia dapat mendaki cerun sehingga 35% dan mencapai kelajuan maksimum 45 km/j.
Penyelesaian pemanduan berautonomi EACON berjaya digunakan merentas lima model trak daripada tiga pengilang peralatan asli (OEM), termasuk trak elektrik, diesel dan hibrid.
Setakat 30 Jun 2023, EACON telah mengumpul rekod keselamatan yang mengagumkan dalam pemanduan berautonomi, meliputi jarak keseluruhan sejauh 1.93 juta kilometer dan menyempurnakan lebih 460,000 perjalanan. Pencapaian ini meletakkan EACON sebagai peneraju dalam perbatuan dan pengalaman operasi pemanduan berautonomi di China.
Ketika ini, EACON telah menggunakan lebih 70 trak pemanduan berautonomi di dua lombong arang batu lubang-terbuka dan satu kuari batu kapur. Sejak tahun 2023, EACON memulakan pengembangan luar negara yang strategik, menubuhkan subsidiari Australia dan menyasarkan untuk berkembang di peringkat global, termasuk pasaran-pasaran di Australia, Amerika Selatan dan Timur Tengah.
Perhubungan Media: overseas@eacon.com