omniture

Filem Pendek Ditonton Jutaan Kali Menjelang Akhir Pertandingan Melukis

Kerala Tourism
2014-05-16 15:16 108

THIRUVANANTHAPURAM, India, 16 Mei 2014 /PRNewswire/ --

Filem Pendek Mendapat Empat Juta Tontonan sebelum Menjelangnya Tarikh Tutup Pertandingan Seni 

Filem selama lima minit tentang prodigi kanak-kanak India Edmund Thomas Clint, yang telah meninggal dunia tiga dekad lalu, telah ditonton sebanyak lebih empat juta kali di seluruh dunia. Kanak-kanak itu dikenali kerana hasil karya beliau yang prolifik dan kualiti hasil kerja beliau yang luar biasa. Dalam tempoh hayat beliau yang pendek selama 2,522 hari, beliau telah menghasilkan lebih 25,000 gambar. Edmund Thomas Clint, yang dianggap sebagai genius oleh ramai orang, hidup selama kurang tujuh tahun sahaja pada zaman ketika pertukaran media global sangatlah minimum.

Tiga puluh tahun selepas kematian beliau, Kerala Tourism telah bercadang untuk menganjurkan Pertandingan Melukis Kanak-kanak Antarabangsa Dalam Talian bagi memperingati pelukis tersebut. Filem pendek itu telah dibuat sebagai salah satu usaha mempromosikan pertandingan itu dan telah dimuat naik pada laman web Kerala Tourism, http://www.keralatourism.org, serta kepada pelbagai saluran media sosial. Filem itu telah ditonton sebanyak lebih empat juta kali dalam masa empat bulan selepas pelancarannya dan telah menghimpunkan penyertaan pertandingan dari seluruh dunia.

Clint telah dinamakan sempena nama Clint Eastwood oleh bapa beliau, M.T. Joseph, yang begitu meminati filem Hollywood. Kebetulan pula, selepas kematian Clint yang menyedihkan, Clint Eastwood sendiri telah menonton dokumentari yang mengisahkan karya pelukis cilik itu yang dihasilkan oleh Sivakumar, pembikin filem terkemuka dari India, dan beliau menyatakan beliau sangat kagum dengannya.

Pertandingan Melukis Dalam Talian Antarabangsa untuk Kanak-kanak Sempena Memperingati Clint, yang mungkin merupakan satu-satunya pertandingan melukis dalam talian besar-besaran untuk kanak-kanak yang pernah diadakan, telah mendapat sambutan hangat daripada orang awam.

Pertandingan itu mempunyai hadiah yang lumayan (seperti percutian percuma ke Kerala untuk para pemenang dan ibu bapa dari mana-mana pun di dunia) serta beberapa hadiah lain yang menguja. Hadiah juga ditawarkan kepada sukarelawan yang mempromosikan pertandingan ini.

Pertandingan melukis dalam talian ini akan berakhir pada 31 Mei 2014.

Invis Multimedia, perunding IT serta penyedia penyelesaian untuk Kerala Tourism ialah agensi rasmi untuk menganjurkan Pertandingan melukis dalam talian antarabangsa untuk kanak-kanak.

Hubungi 

Jayan P. Nair
Invis Multimedia
Pandits Colony
Kaudiar, Thiruvananthapuram
Kerala 695003, India
Telefon Bimbit: +91-85478-15256
E-mel: jayan@invis.in
Laman web: http://www.invismultimedia.com

Source: Kerala Tourism
Keywords: Art Entertainment Film & Motion Picture Multimedia/Online/Internet Children-related news