omniture

Skrin Sfera LED Gergasi Mengagumkan Dunia, Unilumin Menerangi Riyadh Season di Arab Saudi

Unilumin Group., Ltd.
2023-07-21 02:37 27

RIYADH, Arab Saudi, 21 Julai 2023 /PRNewswire/ -- MSG Sphere, tempat hiburan berbentuk sfera yang terbesar di dunia, menyalakan skrin LEDnya yang menakjubkan buat julung kalinya sempena sambutan Empat Julai (Fourth of July) pada tahun 2023. Dilaporkan bahawa Unilumin Group menyertai sebahagian daripada penciptaan sistem kawalan MSG Sphere.

Ia bukanlah kali pertama Unilumin membina skrin LED berbentuk sfera. Dalam Riyadh Season 2022, Unilumin mencipta skrin LED berbentuk sfera dengan diameter berukuran 35-meter secara bebas, memecahkan Guinness World Record 2022. Dalam projek ini, Unilumin menyediakan penyelesaian bersepadu yang lengkap untuk skrin berbentuk sfera LED, termasuk reka bentuk kreatif projek, reka bentuk struktur keluli luar berskala besar, modul skrin LED disesuaikan, kandungan kreatif digital berbentuk sfera, dsb.

Skrin berbentuk sfera itu bukan sahaja merupakan karya seni estetik yang menakjubkan, tetapi juga tempat fungsian yang dapat menganjurkan acara hiburan. Bahagian luar sfera itu dinyalakan setiap hari dan malam dengan kandungan digital imersif, menggamit perhatian pelancong dari seluruh dunia. Di samping itu, bahagian dalam skrin berbentuk sfera itu boleh digunakan sebagai tempat untuk persembahan muzik secara langsung, sukan, pengalaman imersif di dalam pawagam dan persembahan, dsb., yang menyokong beribu-ribu pekerjaan dan memberi faedah ekonomi berbilion-bilion pound kepada Arab Saudi. Kini, ia telah menjadi mercu tanda komersial baharu untuk Arab Saudi.

Unilumin Spherical Screen for Riyadh Season 2022
Unilumin Spherical Screen for Riyadh Season 2022

 

Riyadh Season 2022, a project created with the participation of Unilumin
Riyadh Season 2022, a project created with the participation of Unilumin

Selain daripada skrin berbentuk sfera, Unilumin menyediakan sejumlah lebih daripada 10,000 meter persegi skrin siling LED, kandungan digital kreatif berdefinisi tinggi luar serta sistem kawalan perisian untuk projek Riyadh Season 2022. Di samping itu, dalam projek Riyadh Season 2021, Unilumin turut membekalkan hampir 7,000 meter persegi paparan luar berdefinisi tinggi LED dan kandungan kreatif.

Riyadh Season 2022, a project created with the participation of Unilumin
Riyadh Season 2022, a project created with the participation of Unilumin

Menurut agensi berita negara Arab Saudi, dengan bergantung pada pengalaman imersif yang dicipta oleh teknologi LED Metasight, Riyadh Season dapat menarik minat 30 juta pelancong secara kumulatif dari serata dunia dan mencipta 335,000 peluang pekerjaan yang menghasilkan nilai komersial dan sosial yang sukar dibayangkan.

Sebagai wakil perusahaan-perusahaan Cina, Unilumin akan terus menyumbang teknologi dan kebijaksanaan China kepada dunia.

 

 

Source: Unilumin Group., Ltd.
Related Stocks:
Shenzhen:300232
Keywords: Art Banking/Financial Service Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components Internet Technology