omniture

Saphnelo kini boleh didapati di Malaysia untuk rawatan tambahan bagi pesakit dewasa yang menghidap penyakit sistematik lupus eritematosus (SLE atau Lupus) tahap sederhana sehingga serius

Astrazeneca Sdn Bhd
2023-07-21 10:00 16

KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Saphnelo (anifrolumab) oleh AstraZeneca kini boleh didapati di Malaysia untuk merawat pesakit-pesakit dewasa yang menghidap penyakit sistemik lupus eritematosus (SLE, atau lupus) tahap sederhana sehingga serius bagi mereka yang tidak mendapat respons yang memuaskan daripada terapi yang sedia ada. Kelulusan telah diperolehi awal tahun ini untuk pengedaran di Malaysia. 

SLE merupakan penyakit autoimun kronik yang boleh menjejaskan mana-mana organ badan. Pesakit biasanya menghadapi kesukaran mengawal penyakit ini serta mengalami kerosakan organ jangka panjang dan kualiti hidup yang terjejas.

Kelulusan ini diberi berikutan keputusan positif daripada program pembangunan klinikal Saphnelo, termasuk ujian-ujian Fasa III TULIP.1-2 Kesemua ujian klinikal menunjukkan bahawa pesakit yang mendapat rawatan Saphnelo mengalami pengurangan aktiviti penyakit secara keseluruhan di kebanyakan sistem organ yang disasarkan, serta penurunan berterusan dalam penggunaan oral steroid (OCS) berbanding plasebo.1-2

Vinod Narayanan, Presiden Negara, AstraZeneca Malaysia berkata: "Kelulusan dan ketersediaan Saphnelo di Malaysia merupakan peristiwa penting dalam usaha kami untuk membolehkan pesakit mengakses ubat-ubatan inovatif yang mampu mengubah kehidupan dan memperbaiki kesihatan pesakit."

"Pesakit SLE yang layak kini boleh mendapatkan rawatan untuk penyakit yang kronik, kompleks dan menyebabkan ketidakupayaan ini," jelas Vinod.

Saphnelo mensasarkan laluan interferon jenis I yang diketahui umum memainkan peranan penting dalam patofisiologi SLE.

KKLIU: KKLIU 1988

Tarikh Tamat Tempoh: 31 Disember 2025

References:

1.     Morand EF, et al. Efficacy and Safety of Anifrolumab in Patients With Moderate to Severe Systemic Lupus Erythematosus: Results of the Second Phase 3 Randomized Controlled Trial. N Engl J Med. 2020; 382 (3): 211-221.

2.     Furie R, et al. Anifrolumab: Type I Interferon Inhibition in Active Systemic Lupus Erythematosus in TULIP-1, a Phase 3, Randomized Controlled Trial. Lancet Rheumatol. 2019; 1 (4): e208-e219.

Source: Astrazeneca Sdn Bhd
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services