GENEVA, 16 Mei 2014 /PRNewswire/ --
Program Persidangan AIDS Antarabangsa ke-20 (AIDS 2014) kini dalam talian
Deklarasi yang mengesahkan usaha membanteras diskriminasi adalah penting bagi memastikan tindak balas berasaskan bukti terhadap HIV dan program kesihatan awam yang berkesan, telah diumumkan pada hari ini oleh pihak penganjur Persidangan AIDS Antarabangsa ke-20 (AIDS 2014) yang akan diadakan di Melbourne, Australia bermula pada 20 hingga 25 Julai 2014.
"Penguatkuasaan undang-undang dan dasar diskriminasi serta jenayah terhadap populasi utama yang terlibat adalah membimbangkan," ujar Profesor Françoise Barre-Sinoussi, Pengerusi Antarabangsa AIDS 2014, Presiden Persatuan AIDS Antarabangsa (IAS) dan juga Pengarah Unit Kawal Selia Jangkitan Retrovirus di Institut Pasteur, Paris. "Amalan seperti ini jelas melanggar hak asasi manusia dan turut menjejaskan program HIV secara melampau dengan mewujudkan halangan capaian pencegahan, rawatan serta penjagaan terhadap HIV."
Kesemua individu dan organisasi yang terlibat dengan tindak balas global terhadap HIV dan AIDS adalah digalakkan untuk menandatangani deklarasi tersebut di: http://www.aids2014.org/declaration.aspx dan untuk dikongsi bersama rangkaian mereka.
Sebagai persediaan untuk persidangan tersebut, sejumlah besar program AIDS 2014 yang berkaitan boleh didapati secara dalam talian: http://www.aids2014.org/WebContent/File/AIDS2014_Sessions_by_Date_and_Time.pdf
Program AIDS 2014 yang interaktif sepenuhnya, berserta kesemua abstrak yang disenaraikan boleh didapati pada penghujung Mei ini menerusi pautan Programme-At-A-Glance (PAG) di http://www.aids2014.org.
Video bagi tujuan sambutan telah pun dilancarkan yang memaparkan Yang Berhormat Tony Abbott, Perdana Menteri Australia, Yang Berhormat David Davis, Menteri Kesihatan dan Penuaan Victoria; Robert Doyle, Datuk Bandar Melbourne; Sam Venning, Presiden bagi Individu yang Dijangkiti HIV/AIDS, Victoria; dan juga dua Pengerusi Bersama Persidangan, Profesor Françoise Barré-Sinoussi serta Profesor Sharon Lewin.
Video tersebut boleh ditonton di sini: http://youtu.be/ZvK9jxPMWgs
Bagi membaca teks penuh siaran akhbar ini, sila layari: http://www.aids2014.org/WebContent/File/AIDS2014_Melbourne_Declaration_16May2014.pdf.
Bagi maklumat lanjut:
Sian Bowen (Geneva, Switzerland)
Pengurus Kanan, Komunikasi, IAS & AIDS 2014
E-mel: Sian.Bowen@iasociety.org
Tel: +41-22-710-0864
Francesca Da Ros (Geneva, Switzerland)
Penyelaras Kanan, Komunikasi dan Media, IAS & AIDS 2014
E-mel: Francesca.Daros@iasociety.org
Tel: +41-22-710-0822
Lucy Stackpool-Moore (Melbourne, Australia)
Penyelaras Komunikasi Tempatan, AIDS 2014
E-mel: lucy.stackpool-moore@aids2014.org
Tel: +61414448253
SUMBER Persatuan AIDS Antarabangsa (IAS)