omniture

Wanhua Chemical Dedahkan Strategi Mampan dengan Pencapaian Membuahkan Hasil Dikeluarkan Melalui Laporan ESG 2022

Wanhua Chemical
2023-07-21 17:22 129

YANTAI, China, 21 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Wanhua Chemical ("Wanhua" atau "Syarikat"; 600309.SS), mendedahkan laporan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus ("ESG") yang komprehensif pada 19 Julai 2023. Wanhua Chemical berjanji untuk mencapai emisi karbon puncak sebelum tahun 2030 dan berusaha untuk mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2048 selaras dengan Skop 1 dan Skop 2 Protokol Gas Rumah Hijau, yang merujuk kepada emisi langsung yang dimiliki atau dikawal oleh sesebuah syarikat dan emisi tidak langsung yang merupakan akibat daripada aktiviti syarikat namun masing-masing berlaku daripada sumber yang tidak dimiliki atau dikawal olehnya.


"Berpandukan misi kami iaitu 'Memajukan Kimia, Mengubah Kehidupan', Wanhua Chemical berdedikasi untuk menggunakan kuasa kimia bagi memacu evolusi kami sendiri dan menawarkan penyelesaian untuk mengatasi cabaran kolektif yang dihadapi oleh umat manusia, yang akhirnya menyumbang kepada masa depan lestari. Tindakan ESG kami memperkukuh asas untuk pembangunan mampan kami dan mendorong kami ke hadapan melalui laluan ini menuju masa depan yang lebih hijau," ujar Liao Zengtai, Pengerusi Wanhua.

Strategi mampan Wanhua meletakkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai asas usahanya dan bertanggungjawab untuk inisiatif strategik yang berkaitan dalam lapan bidang utama, termasuk keneutralan iklim, perlindungan terhadap alam sekitar, inovasi perindustrian, keselamatan dan kesihatan, pembangunan bakat, tanggungjawab sosial, tadbir urus korporat dan etika perniagaan. Pelaksanaan dan penjejakan projek akan menggalakkan pembangunan mampan bersama-sama kesemua pihak yang berkaitan.

Inisiatif Alam Sekitar Menjadi Teras Strategi Mampan Wanhua

Keneutralan Iklim memfokuskan kepada pengurusan emisi karbon dan mengoptimumkan struktur tenaga melalui penggunaan tenaga hijau. Perlindungan Alam Sekitar menekankan tentang pengurusan sumber air, rawatan sisa dan guna semula, biodiversiti, pemeliharaan tanah dan pengurangan pencemaran bunyi. Inovasi Perindustrian berkisarkan pada pengoptimuman operasi loji, kemajuan teknologi, penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) serta penggalakan ekonomi kitaran.

Wanhua telahpun mencapai pencapaian yang luar biasa dalam inisiatif ESGnya. Pada tahun 2022, emisi gas rumah hijau setiap tanan produk Syarikat ini mencapai penurunan 14% dari penghujung tahun 2021 dan akan menurun sekurang-kurangnya sebanyak 20% menjelang tahun 2030. Dianggarkan bahawa menjelang tahun 2030, kesemua projek tenaga bersih bersama Wanhua akan membolehkannya memperoleh elektrik bersih sebanyak 14.9 bilion kilowatt-jam setiap tahun dan mengurangkan emisi karbon sebanyak 8.65 juta tan.

Dalam pengurusan sumber air, Syarikat ini melaksanakan langkah-langkah yang ketat untuk mengawal atur penghasilan, pengumpulan, rawatan, guna semula dan pembuangan air sisa, menyasarkan pembuangan air sisa sifar. Berbanding tahun 2021, penggunaan air tawar Wanhua bagi seunit produk menurun sebanyak 29%. Pengurusan sisa, diambil sebagai aspek penting dalam langkah berkaitan alam sekitar Wanhua, dimasukkan ke dalam komitmen untuk mencapai penurunan ≥10% intensiti emisi gas ekzos dan intensiti emisi sisa pepejal berbanding tahun garis dasar.

Wanhua Chemical, memanfaatkan perkaitan rantaian industri, menggalakkan pembangunan ekonomi kitaran dalam kitar semula. Melalui kajian teknologi dan rantaian industri huluan dan hiliran bersama, perniagaan kitar semula melibatkan projek seperti penggantian kayu, pembungkusan dikongsi dan kitar semula bahan. Pada tahun 2022, syarikat ini melaksanakan pencapaian kitar semula dan guna semula poliuretana, membuka saluran baharu untuk memproses busa poliuretana buangan dan menggalakkan selanjutnya pembangunan ekonomi kitaran. Pada Jun tahun lalu, jenama mesra alam Waneco® dilancarkan, meliputi kitar semula pasca-pengguna, bahan terbiodegradasi dan berasaskan-bio.

Terus Mencipta Nilai Sosial dengan Mengutamakan Kakitangan

Dalam bidang sosial, Wanhua meletakkan kepentingan yang ketara terhadap kesihatan dan keselamatan, menjamin keselamatan bahan kimia dan mendorong kesejahteraan pekerjanya. Pembangunan bakat memfokuskan untuk meningkatkan pengurusan pertumbuhan pekerja, memupuk kepelbagaian, kesamaan dan keterangkuman (DEI) serta melaksanakan dasar anti-diskriminasi yang ketat. Tanggungjawab sosial merangkumi pembangunan komuniti, pengurusan pembekal dan keselamatan maklumat. Menjelang tahun 2022, kadar kemalangan kecederaan pekerja yang boleh direkod menurun kepada 0.082 kali bagi setiap 200,000 jam bekerja dan kadar pusingan kecederaan pekerja berkaitan kerja menurun kepada 0.042 kali bagi setiap 200,000 jam bekerja. Bilangan pekerja baharu adalah melebihi 5,000 orang pada tahun 2022 dan kadar pusingan adalah 3%, lalu menunjukkan status bakat yang stabil untuk pembangunan jangka panjang.

Wanhua memenuhi tanggungjawab sosialnya secara aktif dengan menyokong pembangunan komuniti dan terlibat dalam pendidikan kebudayaan serta aktiviti kebajikan sosial di tempat ia beroperasi. Syarikat ini menyumbang lebih daripada 12 juta yuan untuk sumbangan luar dan projek kebajikan awam, memfokuskan pada pembasmian kemiskinan, penggiatan semula luar bandar, pendidikan, perlindungan alam sekitar dan sumbangan amal melalui persekutuan amal. Wanhua turut menganjutkan pelbagai acara komuniti, termasuk Enterprise Open DayWonder Lab dan anugerah pengajaran biasiswa, bagi meningkatkan kesedaran awam.

Pencapaian Etika Luar Biasa Menggambarkan Dedikasi Kukuh terhadap Kelakuan Beretika

Penambahbaikan tadbir urus menjadi keutamaan untuk Wanhua Chemical dengan tumpuan untuk meningkatkan struktur tadbir urus, menambah baik mekanisme pengurusan dan mendukung etika perniagaan. Operasi pematuhan dan pencegahan anti-rasuah ditekankan untuk mengekalkan standard etika. Pada tahun 2022, Syarikat ini menyelaraskan dan menstrukturkan semula dengan melandaikan tahap pengurusan dan pengurangan kakitangan kerajaan di luar peranan R&D, pengeluaran dan penjualan. Lebih 95% pemindahan perniagaan dalaman telah diperkemas dalam langkah 1-3, lalu meningkatkan kecekapan pengurusan dengan ketara. Syarikat ini turut mengukuhkan etika perniagaan, operasi pematuhan dan pencegahan anti-rasuah melalui program latihan yang dipertingkat untuk pekerjanya. Menjelang tahun 2022, Wanhua Chemical memiliki liputan 100% latihan etika perniagaan dalaman dan 100% liputan latihan anti-rasuah.

Memandang ke hadapan, Wanhua tetap komited terhadap laluan pembangunan hijau, rendah-karbon dan mampan. Syarikat ini akan mempercepatkan peralihan kepada sumber tenaga baharu seperti kuasa angin, fotovolta dan hidrogen hijau, bagi mengurangkan pergantungan kepada tenaga tradisional. Melalui inovasi teknologi, Wanhua akan terus memajukan teknologi pengeluaran kimia maju, mencapai penggunaan tenaga rendah dan emisi sifar. Syarikat ini akan melabur dalam teknologi pengurusan tenaga, meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga yang komprehensif dan mewujudkan taman perindustrian rendah-karbon dan karbon-sifar. Dengan tumpuan pada R&D dan inovasi, Wanhua akan mengambil tindakan jangka panjang ke arah kemampanan, mengintegrasikan sepenuhnya pembangunan mampan ke dalam operasi perniagaannya dan berkolaborasi dengan semua pihak berkepentingan demi mencipta masa depan lestari.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://en.whchem.com.

Latar Belakang Wanhua Chemical

Wanhua Chemical (600309.SS) merupakan antara pembekal produk kimia inovatif bertaraf global yang terkemuka. Dengan bergantung pada inovasi yang berterusan, kemudahan dikomersialkan dan operasi yang cekap, syarikat ini menyediakan produk dan penyelesaian yang kompetitif kepada pelanggan.

Source: Wanhua Chemical
Related Stocks:
Shanghai:600309
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Green Technology Corporate Social Responsibility Survey, Polls & Research