omniture

Harbour City, Times Square dan Plaza Hollywood bersatu untuk menganjurkan acara Ulang Tahun ke-100 Disney terbesar di Hong Kong

Harbour City Estates Limited
2023-07-21 17:45 219

Disney 100: Mengembara Bersama-sama Wharf Malls

HONG KONG, 21 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Acara ulang tahun ke-100 Disney yang terbesar di Hong Kong dihoskan di tiga pusat membeli-belah di bawah Wharf Group mulai 14 Julai hingga 3 September! Harbour City, Times Square dan Plaza Hollywood, kesemuanya terletak di tempat bersiar-siar terbaik, berganding bahu untuk mencipta perjalanan bertema yang menampilkan 18 tempat bergambar dan watak-watak daripada Disney Classics, siri Princess, Duffy and Friends, Pixar, Marvel dan Star Wars. Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti seperti permainan reruai dan bengkel serta membawa pulang koleksi eksklusif daripada kedai pop timbul. Sama ada mereka merupakan pelancong tempatan atau pelancong antarabangsa, acara ini membawakan keajaiban dan ketakjuban Disney kepada peminat daripada semua peringkat usia.

Harbour City
Harbour City, pusat membeli-belah terbesar Hong Kong di Tsim Sha Tsui, mencipta perjalanan pengembaraan yang mengujakan merentas masa dan ruang, meneroka daya tarikan sepanjang abad bagi Disney. Peminat boleh mengambil gambar di pelbagai tempat, di mana lebih 30 watak ditempatkan merentas lapan lokasi. "Sea Explorer" sepanjang 25-meter yang terletak sepanjang kawasan dermaga Victoria Harbour, di mana pengunjung boleh menaiki kapal itu untuk bertemu Mickey dan Rakan-rakan. Di Dek Balai cerap, pengunjung boleh menaiki belon udara panas bertema Disney 100 di "Enchanted Balloon Odyssey" bersama Woody dan Stitch bagi menikmati pemandangan panoramik 270-darjah Victoria Harbour. Bersebelahannya ialah dunia hutan seluas 10-meter luas Duffy dan Rakan-rakan yang mencipta semula adegan kisah comel dalam skala 1:1. "Time Travel Theatre" menampilkan Pinocchio setinggi 3.5-meter, membolehkan pengunjung untuk mengimbau kembali detik-detik Disney yang klasik dan terhibur dalam nostalgia.

Times Square
Terletak di Causeway Bay yang sibuk, Times Square menjemput pengunjung untuk mengalami perjalanan fantasi dengan lagu klasik tempatan yang mengalu-alukan pelanggan dalam pelbagai zon tema. Seni pemasangan watak-watak kegemaran, termasuk Mickey, Sulley dan Buzz Lightyear akan memimpin orang ramai ke dunia yang penuh dengan detik Disney yang ajaib. Teruskan perjalanan ke galeri seni interaktif untuk mencari harta karun petikan kata-kata Disney yang biasa didengari daripada Oswald Lucky Rabbit, Peter Pan dan Aurora – dengan bantuan daripada alat ajaib!

Plaza Hollywood
Terokai kehebatan muzikal alam Disney di Plaza Hollywood di Diamond Hill, sebuah kawasan kejiranan yang meriah di Kowloon! Disney 100 Gate yang amat besar dan Panda Mei yang sedap dipeluk daripada "Turning Red" mengalu-alukan pengunjung di pintu masuk. Di dalamnya, pengunjung boleh mengasyikkan diri mereka dalam arena muzikal yang sangat besar dan menikmati permainan yang interaktif. Figura-figura ikonik termasuk Mickey, Peter Pan dan Stitch memeriahkan pentas dengan persona pemuzik untuk ekstravaganza simfoni.

#HarbourCity #TimesSquare #PlazaHollywood #Disney100HongKong #TravelTogether

Muat turun siaran akhbar dan imej: https://bit.ly/3qqnZ15

Temui Mickey dan Rakan-rakan di atas "Sea Explorer" sepanjang 25-meter di Harbour City
Temui Mickey dan Rakan-rakan di atas "Sea Explorer" sepanjang 25-meter di Harbour City

Temui Duffy dan Rakan-rakan dalam suasana hutan Ajaib di Harbour City
Temui Duffy dan Rakan-rakan dalam suasana hutan Ajaib di Harbour City

Nikmati pemandangan yang memukau di Victoria Harbour dengan Watak-watak Disney di Harbour City
Nikmati pemandangan yang memukau di Victoria Harbour dengan Watak-watak Disney di Harbour City

Kunjungi pemasangan seni fotogenik watak-watak Disney dan ungkapan-ungkapan kata biasa mereka di Times Square
Kunjungi pemasangan seni fotogenik watak-watak Disney dan ungkapan-ungkapan kata biasa mereka di Times Square

Semarakkan pengembaraan muzikal Disney yang Panjang di Plaza Hollywood
Semarakkan pengembaraan muzikal Disney yang Panjang di Plaza Hollywood

Source: Harbour City Estates Limited
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Travel