omniture

110 tahun peperiksaan Cambridge English

Cambridge University Press & Assessment
2023-07-21 18:12 42

Cambridge University Press & Assessment telah mendalami arkib bagi memberi gambaran betapa banyak yang telah berubah untuk individu yang belajar dan mengajar bahasa Inggeris dengan Cambridge.

SINGAPURA, 21 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Pada Jun 1913, tiga calon di UK menduduki peperiksaan C2 Proficiency yang pertama seumpamanya, yang ketika itu dikenali sebagai  Certificate of Proficiency in English. Peperiksaan tersebut yang berharga £3 setiap calon, sangat berbeza daripada peperiksaan pada hari ini. Ia merupakan peperiksaan selama 12 jam yang merangkumi terjemahan, imlak dan transkripsi fonetik. Peperiksaan pertama diduduki oleh individu yang ingin menjadi guru bahasa Inggeris. Perubahan peperiksaan Cambridge English  sungguh nyata,  tetapi masih menumpukan pada kemahiran komunikasi dan tetap didorong oleh komitmen untuk membantu orang ramai mempelajari bahasa Inggeris dan membuktikan kemahiran mereka kepada dunia. Hari ini, ia memfokuskan untuk membantu orang ramai untuk bersedia untuk peringkat pengajian tinggi, mencapai impian kerjaya mereka dan memberi bakat yang diperlukan oleh majikan dalam dunia hari ini. Peperiksaan Cambridge English, termasuk C2 Proficiency kini diduduki oleh 6.1 juta orang setiap tahun dan diiktiraf oleh lebih daripada 25,000 organisasi di serata dunia sebagai bukti kebolehan berbahasa Inggeris.

'Sejak 110 tahun yang lalu, peperiksaan Cambridge English telah mengalami kemajuan yang memberangsangkan. Kejayaan ini didorong oleh minat terhadap pendidikan, inovasi yang berterusan dan komitmen untuk menyediakan peperiksaan yang berkualiti tinggi,' ulas Francesca Woodward, Pengarah Urusan untuk Bahasa Inggeris di Cambridge. Beliau menyambung: 'Daripada hanya tiga calon, kini kami membuka peluang kepada berjuta-juta orang setiap tahun untuk belajar dan mengajar bahasa Inggeris. Kertas peperiksaan terdahulu daripada arkib kami memberi gambaran yang menarik betapa banyak perubahan yang berlaku dalam  pembelajaran bahasa Inggeris dengan Cambridge. Kertas peperiksaan asal merupakan revolusi dalam penilaian bahasa Inggeris, menetapkan matlamat yang jelas dan menekankan kebolehan menggunakan bahasa ini. Hari ini, kami sentiasa berusaha untuk mengubah cara kami menyampaikan penilaian dan produk pembelajaran melalui inovasi digital. Ini termasuk cara kami menyampaikan lebih banyak penilaian dalam talian dan cara kami memanfaatkan sepenuhnya teknologi seperti AI dan pembelajaran Mesin.'

Francesca Woodward, Pengarah Urusan untuk Bahasa Inggeris, melihat kertas peperiksaan C2 Proficiency pertama yang diadakan di arkib di Cambridge University Press & Assessment.
Francesca Woodward, Pengarah Urusan untuk Bahasa Inggeris, melihat kertas peperiksaan C2 Proficiency pertama yang diadakan di arkib di Cambridge University Press & Assessment.

Pada tahun 2023, peperiksaan C2 Proficiency masih berjalan dengan mantap dan  merupakan Cambridge English Qualifications peringkat tertinggi. Ia menunjukkan anda merupakan penutur bahasa Inggeris yang amat cekap dan menguji kemahiran selaras dengan Common European Framework of Referencetahap C2 , yang merupakan standard antarabangsa bagi kebolehan berbahasa. Berhubung pendekatan moden terhadap pembelajaran dan penilaian dengan Cambridge, Woodward berkata:

Adalah penting bagi kami untuk berada di barisan hadapan dalam pendidikan bahasa Inggeris. Kini, kami dipercayai oleh puluhan ribu organisasi dari seluruh dunia dan memberi tumpuan untuk membangunkan pengalaman pembelajaran unik yang hanya boleh diperoleh daripada Cambridge. Hasil usaha kami disokong oleh pasukan berdedikasi yang pakar dalam pembelajaran bahasa, penilaian dan penyelidikan pendidikan. Bidang yang kami tumpukan termasuk bagaimana kami memperibadikan pengalaman pembelajaran, bagaimana kami memanfaatkan AI dan pembelajaran mesin selaras dengan keperluan manusia dan bagaimana kami mengintegrasikan sepenuhnya pembelajaran dan penilaian ke dalam perjalanan pembelajaran orang ramai.'

Bolehkah anda menjawab soalan peperiksaan bahasa Inggeris yang berusia 110 tahun?

Sebagai sebahagian daripada perayaan tersebut, Cambridge bertanya: adakah anda memiliki kemahiran yang diperlukan untuk menjawab soalan peperiksaan bahasa Inggeris yang berusia 110 tahun? Ini hanya untuk berseronok, jadi tolong jangan hantar jawapan anda, namun selamat berjaya!

Can you answer a 110-year-old English exam question?
Can you answer a 110-year-old English exam question?

 

 

Source: Cambridge University Press & Assessment
Keywords: Art Banking/Financial Service Education Higher Education