omniture

E Fund Management Sambut Ulang Tahun Pertama ETF Connect dengan Kemasukan Empat Produk ETF

E Fund Management
2023-07-22 01:36 65

HONG KONG, 22 Julai 2023 /PRNewswire/ -- E Fund Management ("E Fund" atau Syarikat), syarikat pengurusan dana terbesar dengan pejabat-pejabat di tanah besar China dan Hong Kong, menyambut ulang tahun pertama program ETF Connect dengan meluaskan penyertaannya. Dengan kehadiran penting dalam industri pengurusan aset, Syarikat ini terus memperkukuh peranannya dalam program ini dengan kemasukan empat produk ETF tambahan, iaitu E Fund SSE 50 ETF, E Fund STAR 50 ETF, E Fund CSI 1000 ETF dan E Fund CSI SEEE Carbon Neutral ETF. Tawaran yang diperluaskan ini berkuat kuasa pada 17 Julai 2023.

Program penting ini, yang memudahkan aliran modal dua hala antara tanah besar China dan Hong Kong bagi dana dagangan bursa ("ETF") yang layak, memainkan peranan penting dalam memperdalam integrasi pasaran-pasaran modal. Dilancarkan pada Julai 2022, ETF Connect bersedia untuk memasukkan ETF dalam Stock Connect, yang sering dirujuk sebagai program akses pasaran bersama. Ini membolehkan pelabur Hong Kong dan antarabangsa memperdagangkan ETF yang layak yang disenaraikan di tanah besar China melalui firma-firma sekuriti Hong Kong dan secara berhubung kait, pelabur tanah besar mendapat akses untuk memperdagangkan ETF disenaraikan di Hong Kong yang layak melalui brokeraj tempatan.

ETF Connect berkembang dari segi saiz dan skop sepanjang tahun lalu. Menurut Bursa Saham Hong Kong, sejumlah 137 ETF boleh didagangkan melalui program ini bermula dari 17 Julai 2023. Setakat 14 Julai 2023, jumlah volum dagangan ETF Arah Utara (Northbound) — pelaburan ETF yang mengalir dari Hong Kong ke Tanah Besar — berjumlah kira-kira RMB53 bilion (US$7.3 bilion) sejak penubuhannya, manakala ETF Arah Selatan (Southbound) (dari Tanah Besar ke Hong Kong) mencapai jumlah volum dagangan sebanyak HK$382 bilion (US$48.7 bilion).

Lin Weibin, Keua Jabatan Pelaburan Indeks di E Fund Management berkata, "Bagi pelabur luar negara, ETF Connect menawarkan cara yang mudah dan cekap untuk mengakses pasaran saham-A China. Kami akan berusaha untuk mendorong lebih banyak produk dimasukkan ke dalam program ini, menyediakan kepada pelabur antarabangsa dengan pelbagai peluang pelaburan yang malah lebih luas."

E Fund menyertai ETF Connect seawal permulaannya pada Julai 2022 dan menambah tiga lagi ETF pada Januari 2023, meliputi indeks CSI Dividend, STAR dan ChiNext 50, serta MSCI China A50. Kini, dengan pengembangan yang terkini pada Julai 2023, ketika ini E Fund memiliki 13 produk yang tersedia dalam program ini.

Latar Belakang E Fund Management

Ditubuhkan pada tahun 2001, E Fund Management Co., Ltd. ("E Fund") ialah pengurus dana komprehensif yang terkemuka di China dengan hampir RMB 3 trilion (USD 414 bilion) di bawah pengurusan. Ia menawarkan penyelesaian pelaburan kepada pelanggan di darat dan luar pesisir, membantu pelanggan mencapai prestasi pelaburan mampan dalam tempoh jangka panjang. Pelanggan E Fund termasuk kedua-dua individu dan institusi, bermula daripada bank pusat, dana kekayaan berdaulat, dana keselamatan sosial, dana pencen, syarikat insurans dan insurans semula, hinggalah syarikat korporat dan bank. Berorientasikan jangka panjang, ia telah memfokuskan pada perniagaan pengurusan pelaburan sejak penubuhannya dan percaya akan kuasa kajian yang mendalam dan masa dalam pelaburan. Ia merupakan perintis dan pengamal terkemuka dalam pelaburan yang bertanggungjawab di China dan diiktiraf secara meluas sebagai salah satu pengurus aset Cina yang paling dipercayai dan cemerlang.

Sumber: E Fund AuM ialah anggaran awal dan termasuk subsidiari-subsidiari. Data setakat 30 Jun 2023. Kadar FX diperoleh daripada PBoC setakat penghujung Jun 2023.

 

 

Source: E Fund Management
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mutual Funds Financial Technology