omniture

SolarFlow Zendure Peroleh TÜV Mark Pertama untuk Sistem Storan Tenaga Balkoni

Zendure USA Inc.
2023-07-22 01:40 43

SHENZHEN, China, 22 Julai 2023  /PRNewswire/ -- Zendure, syarikat pemula EnergyTech global yang mengkhusus dalam penyimpanan dan pengurusan tenaga rumah, baru-baru ini mengumumkan bahawa sistem storan tenaga balkoni SolarFlow mereka telahpun diperakui oleh TÜV Rheinland Rantau Besar China. Pensijilan ini menjadikan SolarFlow sebagai sistem storan tenaga balkoni pertama di dunia yang menerima sijil TÜV Mark yang berprestij.


Pensijilan ini menandakan kualiti dan prestasi keselamatan SolarFlow yang cemerlang. Pengiktirafan ini meningkatkan dengan ketara kehadiran global Zendure dan memupuk hubungan pelanggan yang kukuh.

Bryan, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Zendure, Kevin, Ketua Pegawai Teknologi dan wakil-wakil daripada TÜV Rheinland menghadiri majlis pensijilan. "Tanda Kelulusan Jenis TÜV Rheinland akan memangkinkan pengembangan global kami dalam mengukuhkan kepercayaan pelanggan dan menarik minat rakan niaga yang berpotensi," kata Bryan.

Kemunculan teknologi fotovolta pasang-dan-pakai di Eropah serta dasar industri yang menyokong memacu permintaan global terhadap storan tenaga balkoni. Tanda Kelulusan Jenis TÜV Rheinland memperkukuh kredibiliti dan inovasi Zendure sebagai penyedia penyelesaian tenaga rumah, seterusnya menyampaikan keandalan dan keselamatan kepada pengeluar swaguna.

"Syarikat-syarikat luar biasa mengutamakan kualiti produk dan pensijilan ini merupakan bukti kekuatan komprehensif mereka." Andy Chen daripada TÜV Rheinland berkata, "Kami menjangkakan untuk membina hubungan yang lebih teguh dan berkolaborasi dengan syarikat-syarikat yang luar biasa seperti Zendure bagi menggalakkan inovasi yang berterusan."

SolarFlow mempunyai permulaan yang luar biasa, menjana jualan sebanyak lebih €1.2 juta pada hari pelancaran pertamanya lantaran ciri-cirinya yang mengagumkan. Ia membolehkan pengguna menyimpan tenaga solar yang diperoleh pada siang hari dan bukannya menyalurkannya kembali ke grid tanpa imbuhan, mengurangkan pembaziran dan mengurangkan bil sebanyak 32%. Berbanding dengan tenaga tradisional, sistem solar balkoni adalah lebih mesra alam, tidak mengeluarkan bahan berbahaya dan mempunyai jejak karbon yang lebih rendah. Dengan kuasa solar yang semakin meningkat kebolehcapaiannya, pengeluar swaguna mengambil inisiatif untuk memasang panel suria, mengurangkan pergantungan mereka kepada sumber tenaga tradisional serta kemudaratan kepada alam sekitar.

Latar Belakang TÜV Rheinland

TÜV Rheinland mewakili keselamatan dan kualiti dan hampir kesemua bidang perniagaan dan kehidupan selama lebih 150 tahun. Pakar-pakarnya menguji sistem dan produk teknikal di seluruh dunia, menyokong inovasi dalam teknologi dan perniagaan, melatih individu dalam pelbagai profesion dan memperakui sistem pengurusan mengikut piawaian antarabangsa.

Latar Belakang Zendure 

Ditubuhkan pada tahun 2017, Zendure ialah salah sebuah syarikat pemula EnergyTech berkembang paling pesat yang terletak di hab teknologi Silicon Valley, AS serta Kawasan Teluk Besar, China, Jepun dan Jerman. Misi kami adalah untuk menyampaikan tenaga bersih yang andal dan berpatutan kepada isi rumah di seluruh dunia dengan mempopularkan EnergyTech yang terkini.

 

Source: Zendure USA Inc.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Utilities Awards