omniture

GCL dan LandSpace Berganding Bahu Memacu Roket Berkuasa-Metana Pertama Dunia ke Orbit

GCL Group
2023-07-24 07:52 12

JIUQUAN, China, 24 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Membawa slogan GCL iaitu "Menghidupkan Kuasa Hijau", Zhuque-2 (ZQ-2 Y2), roket bahan api metana yang dibina oleh LandSpace dengan kerjasama GCL System Integration Technology Co., Ltd. ("GCL", SHE:002506), berjaya memasuki orbit selepas dilancarkan jam 9 pagi (0100 GMT) dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China.

Bringing Green Power To Life
Bringing Green Power To Life

GCL, penyedia perkhidmatan tenaga boleh baharu sehenti yang terkemuka, merupakan salah satu rakan kongsi utama yang membantu LandSpace membina Zhuque-2, menjadikan China sebagai negara pertama di dunia yang menghantar pembawa roket ke angkasa yang dipacu oleh metana cecair, iaitu bahan api yang lebih bersih, lebih murah dan lebih berkuasa yang sesuai untuk roket boleh guna semula.

LandSpace, melalui penyelidikan dan pembangunan bebas, telah mencapai kejayaan besar dalam teknologi yang digunakan untuk Zhuque-2, membawa kepada kemajuan penting dalam aplikasi roket pembawa bahan dorong cecair yang berkos rendah.

Memandangkan pertimbangan alam sekitar telah menjadi tumpuan penting dalam penyelidikan dan pembangunan roket, negara-negara di seluruh dunia sedang mencari pengganti kepada teknologi insentif-karbon sebagai sebahagian daripada usaha untuk memerangi perubahan iklim. Metana menonjol sebagai alternatif rendah-karbon, jenis baharu kepada bahan api tradisionalnya dalam banyak aspek, termasuk berat yang lebih ringan, ruang yang sedikit dan penyelenggaraan yang diperkemas.

Pencapaian dalam mencipta dan menguji roket yang dikuasakan oleh bahan dorong yang mesra alam, berdaya maju dari segi ekonomi dan selamat ini, hasil daripada sokongan padu GCL, menempatkan China di kedudukan yang mendahului perlumbaan global. Pencapaian ini membuka jalan untuk industri aeroangkasa swasta negara ini membangunkan penyelesaian roket pembawa berkos rendah, berprestasi tinggi, tugas berat generasi seterusnya.

Sebagai peneraju industri baharu yang telah mempelopori inovasi boleh baharu bagi memperkasa peralihan dunia menuju tenaga bersih, misi GCL sepadan dengan komitmen LandSpace untuk membangunkan penyelesaian hijau, lebih cekap dan berkesan kos demi pembangunan mampan peringkat global.

GCL melihat adanya peluang untuk kedua-dua pihak menggabungkan kepakaran teknologi mereka bagi mendorong inovasi dalam sektor tenaga boleh baharu dan aeroangkasa. Gandingan ini akan mempererat kerjasama untuk menyerlahkan potensi Kecerdasan Buatan (AI) Generatif bagi mendigitalkan seluruh rantaian nilai dalam industri aeroangkasa.

Berdedikasi untuk mengintegrasikan tenaga boleh baharu dalam kehidupan harian, GCL merupakan salah satu kuasa utama yang memacu transformasi digital industri tenaga dan inovasi e-mobiliti. Bagi membantu China dan selanjutnya mempercepatkan langkah ke arah sasaran rendah-karbon, syarikat ini mewujudkan pelbagai taman industri karbon-sifar dan bandar pintar karbon-sifar.

Kini, GCL memaksimumkan potensi sumber kuasa boleh baharu dengan membina ladang angin dan solar di kawasan padang pasir, bagi membawa faedah alam sekitar dan ekonomi yang bermakna kepada penduduk yang tinggal di kawasan sekitar. Sementara itu, penyertaan syarikat ini dalam Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) telah mempercepatkan pembinaan infrastruktur tenaga baharu di seluruh dunia, seterusnya menyahkarbon dan merancakkan ekonomi wilayah-wilayah di tempat ia beroperasi.

Source: GCL Group
Related Stocks:
Shenzhen:002506
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Alternative Energies Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Conservation/Recycling New products/services