omniture

Asia Pasifik akan menyaksikan peningkatan sepuluh kali ganda dalam sambungan mudah alih 5G menjelang tahun 2030 disebabkan transformasi digital yang semakin pantas, dedah laporan GSMA

GSMA
2023-07-24 17:15

Walau bagaimanapun, halangan di negara-negara tertentu bermakna APAC masih mempunyai salah satu jurang penggunaan mudah alih yang terbesar di dunia 

LONDON, 24 Julai 2023 /PRNewswire/ -- 5G akan mencakupi lebih dua perlima (41%) daripada sambungan mudah alih di rantau Asia Pasifik (APAC) menjelang tahun 2030, meningkat daripada 4% pada tahun 2022, menurut Laporan Ekonomi Mudah Alih APAC 2023 daripada GSMA yang diterbitkan hari ini.

Menjelang akhir tahun 2030, APAC akan mempunyai kira-kira 1.4 bilion sambungan 5G, dengan pertumbuhan yang didorong oleh kejatuhan harga peranti 5G, pengembangan rangkaian yang pantas di kebanyakan negara dan usaha bersama oleh kerajaan-kerajaan terkemuka untuk menyepadukan teknologi mudah alih.

Laporan ekonomi mudah alih tahunan ini juga mendedahkan ketika pasaran matang, seperti di Australia, Jepun, Singapura dan Korea Selatan yang membawa kepada inovasi mudah alih 5G global, halangan terus memberi kesan kepada akses dan penggunaan mudah alih di beberapa negara APAC yang lain. Walaupun terdapat peningkatan yang ketara, namun hampir separuh daripada penduduk di Asia Pasifik (47%) masih kekurangan akses kepada Internet mudah alih, yang menyebabkan rantau ini ketinggalan berbanding bahagian lain di dunia, termasuk Amerika Latin, China dan Eurasia. Kemahiran digital yang lemah, terutamanya dalam kalangan penduduk yang lebih tua, kemampumilikan peranti dan perkhidmatan serta kebimbangan keselamatan dalam talian merupakan beberapa sebab yang menghalang penggunaannya.

Dilancarkan hari ini pada sebuah acara yang dianjurkan di Singapura oleh GSMA dan Singtel, penemuan utama laporan tersebut termasuk:

  • Pelanggan mudah alih akan meningkat sebanyak 400 juta antara tahun 2022 hingga 2030 untuk mencapai 2.11 bilion; penembusan mudah alih juga akan meningkat kepada 70% tetapi masih ketinggalan berbanding purata global yang meningkat sebanyak 73%.
  • Sektor mudah alih telah menambah nilai ekonomi sebanyak $810 bilion kepada ekonomi APAC pada tahun 2022 dan akan mencapai hampir $1 trilion ($990bn) menjelang tahun 2030.
  • 5G akan menambah lebih $133 billion kepada ekonomi APAC pada tahun 2030.
  • Industri perkhidmatan (42%) dan pembuatan (34%) akan mendapat manfaat paling banyak daripada 5G yang didorong oleh penggunaannya di bandar, kilang dan grid pintar.

Sila baca pengumuman dan laporan media yang lengkap: di sini.

M360 Asia Pasifik 2023, 7-8 September
Delegasi yang menghadiri M360 Asia Pasifik pada tahun ini di Seoul berpeluang mendengar daripada para pemimpin pemikir dan menghadiri ucaptama yang meliputi topik-topik utama daripada laporan Ekonomi Mudah Alih, termasuk Pecutan 5G, AI, Teknologi Imersif dan Kemasukan Digital. M360 Asia Pasifik dianjurkan melalui kerjasama dengan Penaja Hos, KT serta menghimpunkan tokoh-tokoh industri yang terkemuka dan pembuat dasar dari seluruh rantau. Pihak media kini boleh melakukan pendaftaran awal untuk M360 Asia Pasifik yang akan berlangsung di Westin Josun, Seoul.

Hubungan: Pejabat Akhbar GSMA, pressoffice@gsma.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1882833/GSMA_Logo.jpg?p=medium600

Source: GSMA
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Economic news, trends, analysis Trade show news Future Events