omniture

Platform Kejuruteraan Generatif berkuasa-AI Motion G Peroleh Tambahan AS$16 Juta

Motion G, Inc.
2023-07-24 18:58 59

SINGAPURA, 24 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Motion G, Inc. yang berpangkalan di Singapura telahpun menutup pusingan pendanaan baharu yang dipimpin oleh Episteme, Inc., memperoleh tambahan AS$16 juta. Dengan memanfaatkan kemajuan dalam pembelajaran mesin, AIGC, sains data dan teknologi kembar digital, firma ini menyasarkan untuk merevolusikan proses kejuruteraan bagi memacu produktiviti dengan ketara. 

Melalui platform kejuruteraan generatif berkuasa-AInya, Motion G menyampaikan penyelesaian bersepadu perintis untuk aplikasi industri termasuk kawalan pergerakan dan pengangkutan yang fleksibel, meningkatkan standard untuk produktiviti dengan mempercepatkan projek-projek bermula daripada konsep menjadi realiti dengan kelajuan dan ketepatan yang tiada tandingan. Penyelesaian ini telahpun diaplikasikan dengan pantas dalam pelbagai industri.

Menerusi usahanya untuk mengubah amalan ujian tradisional, Motion G turut mencipta sistem ujian pintar yang akan membolehkan para jurutera menggabungkan percubaan maya generatif dengan ujian lapangan masa sebenar dengan lancar, lalu meningkatkan kecekapan keseluruhan secara mendadak.

Melalui inovasi yang dapat dicontohi ini, Motion G menumpukan perhatian untuk menerobos sempadan apa yang mungkin dapat dilakukan dan merekayasa revolusi produktiviti merentas industri-industri.

 

 

 

Source: Motion G, Inc.
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Venture Capital Data Analytics