omniture

Regulation Lab UAE Jalin Kerjasama dengan Futurise, Majukan Kawal Selia Inovasi

Futurise Sdn Bhd
2023-07-24 19:00 19

CYBERJAYA, Malaysia, 24 Julai 2023 /PRNewswire/ -- UAE Regulation Lab (RegLab), agensi di bawah Sekretariat Agung Kabinet UAE, menjalin kerjasama dengan Futurise Sdn Bhd (Futurise), sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia, untuk mewujudkan persekitaran perundangan yang kondusif dan cekap dalam bidang kawal selia inovasi.

Rosihan Zain Baharudin, Chief Executive Officer of Futurise with H.E. Maryam Alhammadi, Minister of State and Secretary General of the UAE Cabinet.
Rosihan Zain Baharudin, Chief Executive Officer of Futurise with H.E. Maryam Alhammadi, Minister of State and Secretary General of the UAE Cabinet.

Dalam usaha membentuk pakatan kukuh membina solusi baharu melalui peraturan sandbox dan lain-lain inisiatif pemangkin di Malaysia dan UAE, rakan kerjasama baharu itu telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk perkongsian pengetahuan teknikal dan pengalaman masing-masing dalam pelbagai peringkat.

Majlis menandatangani MoU yang diadakan di UAE itu menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama antara Menteri Negara dan Setiausaha Agung kepada Kabinet UAE, Yang Berbahagia Maryam Alhammadi  dan Ketua Pegawai Eksekutif Futurise, Rosihan Zain Baharudin.

Maryam Alhammadi berkata; "Memorandum persefahaman ini akan membolehkan kami bersama-sama membincangkan cabaran, pendekatan dan idea yang inovatif untuk memperkukuhkan pengawalseliaan yang mencapai standard serta penanda aras global dalam mewujudkan ekosistem kawal selia inovasi yang mampu membawa transformasi kepada sektor berkaitan".

Selain daripada perbincangan aktif mengenai strategi memupuk persekitaran yang kondusif dan membolehkan pembangunan teknologi baharu untuk usahawan dan perniagaan di kedua-dua negara, perjanjian itu juga merangkumi penyelarasan antara kedua-dua pihak dalam meneroka kerjasama serta inisiatif penyelidikan dan pembangunan (R&D) rentas sempadan.

Rosihan Zain berkata, jalinan kerjasama melibatkan dua negara itu menandakan satu langkah penting yang akan memberi impak positif kepada landskap inovasi negara dalam mencapai Dasar Pelaburan Negara dan aspirasi MyDIGITAL.

"Kami sangat teruja dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan RegLab UAE dalam menyediakan semua ramuan penting untuk merangsang ekosistem teknologi Malaysia. Ia akan membantu memperhalusi lebih banyak inisiatif di Futurise dan seterusnya membawa kami ke arah yang betul dengan mempelajari amalan terbaik di negara lain.

"Gabungan pengetahuan Futurise dam RegLab UAE akan membina lapisan asas yang kukuh untuk kedua-dua negara mendapat manfaat dan membuka lebih banyak peluang dalam jangka masa panjang, dan seterusnya membangunkan solusi inovatif yang lebih dinamik serta mampu membuahkan hasil," kata Rosihan.

Kerjasama itu juga akan mengaktifkan aktiviti penyelidikan bersama mengenai bidang yang mempunyai kepentingan bersama seperti reka bentuk, pembangunan dan pengurusan program 'sandbox' kawal selia dan platform inovasi terbuka untuk kegunaan pelbagai industri. Ini seterusnya akan memacu pembangunan solusi kawal selia yang boleh direplikasi, disesuaikan mengikut kawasan setempat dan berskala mengikut keperluan ekosistem.

Majlis menandatangani MoU itu disusuli dengan perbincangan panel dan pembentangan oleh pakar-pakar industri mengenai pelbagai topik mobiliti anjuran RegLab UAE.

Sepanjang tiga hari lawatan delegasi Malaysia ke UAE, sesi pertemuan dan rangkaian dengan agensi berkaitan di UAE turut diadakan bagi menyediakan akses dan pertukaran yang diperlukan dalam menggalakkan perbincangan dan kerjasama masa depan yang akan merevolusi bidang mobiliti di negara masing-masing.

Majlis menandatangani MoU itu disusuli dengan dua sesi RegTalk yang disertai oleh pakar industri mengenai pelbagai topik mobiliti yang dianjurkan oleh UAE Regulations Lab dan Futurise. Sepanjang tiga hari, lawatan delegasi Malaysia ke UAE turut mengadakan pertemuan dan sesi networking dengan badan ekosistem dalam UAE untuk menyediakan akses dan pertukaran idea yang diperlukan untuk menggalakkan perbincangan dan kerjasama yang akan merevolusikan masa depan mobiliti.

Mengenai Futurise
Futurise ialah anak syarikat milik penuh Cyberview Sdn Bhd di bawah Kementerian Kewangan.

Futurise diberi mandat oleh Kerajaan Malaysia untuk menguruskan Sandbox Kawal Selia Negara (NRS). Futurise menyediakan khidmat nasihat dasar awam, bertindak sebagai penyedia penyelesaian kawal selia yang boleh mempercepatkan inovasi dan ekonomi Malaysia masa hadapan.

NRS menyediakan pendekatan berpandangan ke hadapan terhadap peraturan, membenarkan halangan minimum dengan mewujudkan persekitaran ujian pengawalseliaan terkawal. Inisiatif ini juga akan membantu kerajaan lebih memahami kepentingan kesan teknologi terhadap pertumbuhan ekonomi dan pembangunan modal insan berdasarkan prinsip 'pengenalan polisi dipacu data'.

Ikuti media sosial Futurise untuk maklumat terkini:
FB: https://www.facebook.com/futurise.cyberjaya
Instagram: https://instagram.com/futurisemy
Linkedin: https://www.linkedin.com/company/futurise/
Twitter: https://twitter.com/futurisecyber?lang=en

Source: Futurise Sdn Bhd
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Contracts Licensing/marketing agreements