omniture

Otis Malaysia Mengubah Ruang Pejabat sebagai Sebahagian daripada Masa Depan Kerja

Otis
2023-07-25 10:15 9

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Otis (NYSE: OTIS), syarikat yang terkemuka di dunia bagi pembuatan, pemasangan dan perkhidmatan lif serta eskalator, baru-baru ini memperkenalkan ruang pejabatnya yang baru diubah di Malaysia. Projek tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif global Otis untuk mereka bentuk semula bagaimana dan di mana rakan sekerja bekerja bagi mengupayakan lebih banyak kolaborasi, mengukuhkan hubungan komuniti dan mendorong inovasi. Ia turut mendemonstrasikan komitmen berterusan Otis untuk mengurangkan impak alam sekitar daripada operasinya sambil meningkatkan prestasi perniagaan.

Terletak di Menara Symphony Petaling Jaya, pejabat yang diubah suai itu direka bentuk untuk berfungsi sebagai hab bagi memupuk budaya syarikat dan menggalakkan amalan terbaik untuk lebih 600 rakan sekerja Malaysia daripada Otis dan jenama subsidiarinya, Sigma.

Berserta ruang sambutan yang baharu dan moden, pejabat itu menyediakan pelbagai tempat kerja yang berbeza termasuk stesen kerja dengan monitor, meja panjang serta meja yang boleh dikongsi, untuk menggalakkan ketangkasan dan menyokong interaksi dan kolaborasi rakan sekerja yang lebih baik. Rakan sekerja juga boleh terlibat dalam aktiviti santai dan kesejahteraan di kawasan yang ditetapkan di sekitar pejabat.

"Penggunaan ruang pejabat kami yang terpelbagai memperkukuh komitmen teguh Otis untuk mewujudkan persekitaran kerja yang pelbagai dan inklusif untuk rakan sekerja kami," kata Pengarah Urusan Asia Tenggara Otis, Grant Mooney. "Selain daripada ruang kerja baharu kami, kami turut menggalakkan pengaturan kerja hibrid, yang memberi lebih fleksibiliti dan kawalan kepada rakan sekerja kami terhadap jadual mereka sendiri. Kami percaya inisiatif ini akan mendorong produktif yang lebih tinggi dan kepuasan kerja-kehidupan."

Ditubuhkan di Malaysia sejak tahun 1909, Otis membantu membina dan mentransformasikan bandar-bandar seluruh Malaysia dengan peralatan dan penyelesaian lif serta eskalatornya yang selamat, berkualiti tinggi dan andal. Otis bekerjasama dengan pelanggan untuk beberapa projek yang paling ikonik di Malaysia, termasuk sistem Transit Laju Massa Lembah Klang (KVMRT) dan Transit Rel Ringan (LRT), dua hab pengangkutan yang paling sibuk di negara ini.

"Projek transformasi pejabat kami merupakan bukti komitmen teguh kami untuk membangunkan kakitangan dan budaya kami, agar kami dapat menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian terbaik buat pelanggan kami di Malaysia," kata Pengarah Urusan Otis Malaysia & Vietnam K.Manivannan. "Di samping itu, kami melabur dalam teknologi pintar dengan melengkapkan golongan profesional lapangan kami dengan telefon bimbit dan aplikasi proprietari yang terikat dengan data dan analitis beraneka. Ini akan membolehkan mereka bekerja dengan lebih selamat, menawarkan tahap perkhidmatan terperibadi yang tinggi dan memacu produktiviti serta pertumbuhan."

Melangkah ke hadapan, Otis Malaysia akan terus memperkenalkan penyelesaian mobiliti vertikal baharu dan teknologi terhubung yang terkini – termasuk Internet Pelbagai Benda (IoT), kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin – bagi menyediakan kepada pelanggan di Malaysia dengan pandangan yang prediktif, proaktif dan telus terhadap operasi lif.

Latar Belakang Otis

Otis memberi kebebasan kepada orang ramai untuk berhubung dan berkembang maju dalam dunia yang lebih tinggi, lebih pantas dan lebih pintar. Peneraju global dalam pembuatan, pemasangan dan penyediaan servis lif dan eskalator, kami menggerakkan lebih daripada 2 bilion orang sehari dan mengekalkan kira-kira 2.2 juta unit pelanggan di seluruh dunia – portfolio Servis terbesar dalam industri ini. Anda akan dapat menemui kami di struktur paling ikonik di dunia, serta bangunan kediaman dan bangunan komersial, hab pengangkutan dan di mana-mana sahaja orang ramai bergerak. Beribu pejabat di Connecticut, AS, Otis memiliki 69,000 orang pekerja yang mantap, termasuk 41,000 ahli profesional lapangan, kesemuanya komited untuk memenuhi keperluan pelanggan dan penumpang kami yang pelbagai di lebih 200 negara dan wilayah. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.otis.com dan ikuti kami di LinkedInInstagramFacebook dan Twitter @OtisElevatorCo.

 

Source: Otis
Related Stocks:
NYSE:OTIS
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building New products/services