omniture

Terapi Stretta untuk GERD dipaparkan dalam rancangan TV The Doctors

Mederi Therapeutics
2014-05-20 19:11 830

NORWALK, Connecticut, 20 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, rancangan TV yang memenangi Anugerah Emmy, The Doctors telah memaparkan kes "Jenny", pesakit berusia 29 tahun yang menghidap penyakit refluks gastroesofagus (GERD) teruk. Jenny bertarung dengan penyakit tersebut selama tiga tahun sebelum beliau bertemu dengan Dr. Kenneth Chang daripada Universiti California Irvine bagi mendapatkan penyelesaian dalam bentuk terapi Stretta®.

Logo- http://photos.prnewswire.com/prnh/20130211/NY56794

Jenny menghidap GERD kronik yang hanya mampu dikawal menerusi ubat-ubatan, selain turut menderita akibat ketidakselesaan dan juga kesakitan yang berterusan. Dalam episod The Doctors, Dr. Chang memberikan gambaran keseluruhan tentang Stretta dan menjelaskan ia berfungsi dengan merawat otot sfinkter di bahagian atas perut menggunakan tenaga radiofrekuensi (RF) bagi menghasilkan otot yang lebih kuat dan pejal. Penambahbaikan fungsi otot mengembalikan halangan semula jadi refluks dan mengelakkan isi perut daripada refluks naik ke dalam esofagus yang merupakan punca simptom kesakitan Jenny.

Dr. Chang dilihat sedang melakukan prosedur Stretta terhadap Jenny, menunjukkan otot yang lemah sebelum terapi Stretta dan juga otot yang lebih pejal selepas rawatan Stretta, yang menunjukkan pengurangan simptom GERD yang dialami oleh Jenny.

Selang beberapa bulan selepas rawatan Stretta, simptom Jenny telah mula menghilang dan beliau tidak lagi mengambil ubat-ubatan bagi mengawal refluks yang dialami beliau sebelum ini. "Saya rasa hebat," kata beliau. "Saya kini boleh menikmati makanan semula buat kali pertama sejak sekian lama."

Hos rancangan tersebut, Dr. Travis Stork dan Dr. Rachel Ross menyatakan kerana Jenny masih muda serta sihat, beliau tidak menggambarkan ciri pesakit GERD yang biasa menurut pandangan mereka. Dr. Chang menjawab, "Dua puluh peratus daripada rakyat Amerika mengalami refluks setiap minggu, kira-kira empat juta individu mengambil ubat-ubatan kronik untuk mengawal refluks. Penyakit refluks yang berlaku wujud dalam pelbagai bentuk dan juga saiz." Dr. Chang terus menjelaskan mengapa Stretta merupakan terapi "pertengahan" yang ideal. "Sejak sekian lama, pilihan yang wujud hanyalah ubat-ubatan ataupun pembedahan yang invasif, namun prosedur Stretta mewakili prosedur mudah yang pantas, berkesan serta selamat untuk pesakit luar."

Lihat rancangan tersebut di http://www.thedoctorstv.com/videolib/init/11495.

Bagi maklumat lanjut sila layari www.stretta-therapy.com.

LATAR BELAKANG STRETTA® DAN MEDERI®

Stretta merupakan rawatan GERD invasif secara minimum yang terbukti sebagai rawatan alternatif selamat dan berkesan kepada ubat-ubatan atau pembedahan dan implan tempoh jangka panjang. Stretta melibatkan penghantaran tenaga RF kepada otot esofagus yang lebih rendah, lalu memberikan pilihan tahan lama yang tidak menghalang langkah lanjut menerusi prosedur yang lebih invasif jika perlu. Banyak pelan insurans memberi perlindungan terhadap Stretta.

Mederi Therapeutics mengeluarkan Stretta dan Secca iaitu peranti perubatan inovatif yang menyampaikan tenaga RF untuk merawat pelbagai penyakit pencernaan. Terapi Mederi boleh didapati di seluruh dunia.

Hubungi:
Julia Brannan
+1-908-464-2470
julia@pascalecommunications.com

Source: Mederi Therapeutics
Keywords: Entertainment Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Television