omniture

Quintiq Lanjutkan Perbincangan "Big Data" kepada "Big Calculations" di Persidangan Eksekutif Rantaian Bekalan Gartner

Quintiq
2014-05-20 22:06 89

RADNOR, Pennsylvania, 20 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Quintiq, peneraju global dalam perancangan dan pengoptimuman rantaian bekalan (SCP&O), hari ini mengumumkan Dr. Victor Allis, pengasas bersamanya dan Ketua Pegawai Eksekutif, akan berucap di Persidangan Eksekutif Rantaian Bekalan Gartner akan datang di JW Marriott Phoenix Desert Ridge Resort & Spa di Phoenix, Arizona.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130328/606756)

Sebagai susulan pembentangan tahun lalu iaitu "Bahagian Ekonomi Keuntungan yang Hilang," Dr. Allis akan membincangkan bagaimana untuk maju melangkaui perkara utama "Big Data" bagi mencapai nilai perniagaan sebenar menerusi "Big Calculations" dalam pembentangan beliau, "Percaturan Keputusan: Perkara utama dalam menyelesaikan masalah kecekapan." Pembentangan tersebut akan memberikan perspektif dan kaedah bagi meningkatkan kepantasan, kecekapan serta daya saing dengan mengaktifkan data; ia akan berlangsung pada hari Selasa, 20 Mei pada jam 11:15 pagi MT (Waktu Pergunungan) di dewan besar 8 Grand Canyon. Selepas pembentangan tersebut, Dr. Allis akan mengadakan sesi perbincangan secara individu.

"Mitos 'Big Data' paling besar ialah ia hanya berkaitan dengan data," ujar Dr. Allis. "Big Calculations merungkai nilai data dan turut membolehkan syarikat meningkatkan prestasi. Saya tidak sabar-sabar lagi untuk berkongsi pandangan kami berkenaan 'spektrum nilai data' dan saya juga akan mendedahkan langkah untuk mengaktifkan potensi data serta turut membincangkan tentang pengalaman para pelanggan kami."

Persidangan Eksekutif Rantaian Bekalan Gartner, 20 hingga 22 Mei, merupakan perhimpunan eksekutif rantaian bekalan inovatif tertinggi bagi membincangkan keadaan industri ini serta berkongsi kaedah dan strategi untuk masa hadapan. Quintiq telah diiktiraf oleh Gartner sebagai peneraju dalam Kuadran Ajaib 2014 pada 6 Mac untuk Sistem Rekod Perancangan Rantaian Bekalan. Syarikat tersebut juga merupakan penaja utama bagi persidangan tahun ini, manakala golongan pakar pula akan berada di gerai pameran 110 bagi membincangkan cabaran rantaian bekalan dengan lebih lanjut serta mendemonstrasikan kecekapan platform perisian Quintiq.

Latar Belakang Persidangan Eksekutif Rantaian Bekalan Gartner

Persidangan Eksekutif Rantaian Bekalan Gartner merupakan perhimpunan paling penting di dunia untuk pemimpin rantaian bekalan. Acara tersebut menghimpunkan penganalisis yang pakar dalam kesemua bidang rantaian bekalan dan turut menyediakan sumber nasihat dan kepakaran yang tiada tandingan untuk ketua pegawai rantaian bekalan serta pasukan kepimpinan rantaian bekalannya dan juga platform bagi mengadakan perdebatan berdasarkan maklumat dan provokatif yang amat penting untuk meningkatkan prestasi rantaian bekalan. Bagi mendapat maklumat lanjut tentang kedua-dua lokasi persidangan, layari gartner.com/events/supplychain.

Latar Belakang Kuadran Ajaib

Gartner tidak menyokong apa jua vendor, produk atau perkhidmatan seperti yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikan serta tidak menggalakkan pengguna teknologi untuk hanya memilih vendor dengan pemeringkatan tertinggi. Penerbitan penyelidikan Gartner merangkumi pendapat daripada organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai kenyataan fakta. Gartner menolak semua waranti, tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini termasuk apa jua waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Latar Belakang Quintiq

Setiap perniagaan mempunyai masalah perancangan rantaian bekalan masing-masing. Ada masalah yang besar dan ada juga masalah yang rumit. Ada beberapa masalah yang seakan-akan mustahil untuk diselesaikan. Sejak tahun 1997, Quintiq telah menyelesaikan setiap masalah tersebut menerusi platform perisian perancangan & pengoptimuman rantaian bekalan tunggal. Pada masa kini, hampir 12,000 pengguna di lebih 80 negara bergantung pada perisian Quintiq bagi merancang dan turut mengoptimumkan tenaga kerja, logistik dan juga penghasilan. Quintiq mempunyai ibu pejabat di Belanda dan AS serta mempunyai rangkaian pejabat di serata dunia.

Bagi maklumat lanjut, layari http://www.quintiq.com atau ikuti Quintiq menerusi Twitter, Facebook, LinkedIn serta YouTube.

Maklumat Perhubungan Akhbar:

Pertanyaan Amerika Utara
Brittany Falconer
Racepoint Global
Tel: +1-617-624-3242
Quintiq@Racepointglobal.com

SUMBER  Quintiq

Source: Quintiq
Related Links:
Keywords: Computer Networks Internet Technology Transportation Trade show news