NEW DELHI, India, 20 Mei 2014 /PRNewswire/ -- The Oberoi, Dubai, hotel pertama The Oberoi Group di UAE yang telah dibuka pada Jun 2013 telah diumumkan sebagai Hotel Bandar Mewah Terkemuka di Timur Tengah di majlis Anugerah Pelancongan Dunia yang berprestij serta turut dipilih sebagai Hotel Perniagaan Baharu Terbaik oleh para pembaca Business Traveller Timur Tengah. Kedua-dua anugerah tersebut diterima setelah The Oberoi, Dubai baru-baru ini diumumkan sebagai hotel nombor satu di seluruh dunia kerana perkhidmatannya oleh ReviewPro.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140519/687079-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140519/687079-b )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140519/687079-c )
En. P.R.S. Oberoi, Pengerusi Eksekutif The Oberoi Group berkata, "Saya amat berbangga The Oberoi Group telah dipilih sebagai Hotel Bandar Mewah Terkemuka di Timur Tengah dan juga Hotel Perniagaan Baharu Terbaik. Dubai merupakan pasaran yang sangat hebat persaingannya dengan pelbagai hotel yang hebat. Pemilihan The Oberoi, Dubai untuk anugerah ini hanya dalam tempoh setahun selepas pembukaannya, pastinya menjadi berita yang amat menggembirakan. Anugerah tersebut turut memperlihatkan dedikasi Oberoi Hotels & Resorts dalam menawarkan kemudahan bertaraf dunia dan perkhidmatan terbaik untuk para pelanggannya. Kakitangan kami telah berusaha gigih bagi mencipta kejayaan untuk The Oberoi, Dubai dengan memastikan para pelanggan menerima perkhidmatan yang selesa, dikhususkan serta mesra. Kakitangan kami juga merupakan aset terbesar kami dan saya mendedikasikan anugerah ini kepada mereka. Saya juga perlu berterima kasih kepada Sheikh Adel Aujan, Pengerusi Aujan Group dan juga pemilik hartanah ini atas keyakinan Kumpulan beliau terhadap kami. Kami berharap dapat membawakan pengalaman mewah Oberoi ini kepada lebih banyak pasaran di Teluk ini dan kami kini sedang berusaha untuk membangunkan dan turut membuka tempat peranginan pantai oleh Oberoi berdekatan Dubai tidak lama lagi."
En. Karim Bizid, Pengurus Besar The Oberoi, Dubai, berkata: "The Oberoi, Dubai, menyediakan perkhidmatan istimewa tanpa kompromi. Pengiktirafan ini menunjukkan kami telah menyediakan perkhidmatan seperti yang dijanjikan secara konsisten, yang merupakan sebab jenama Oberoi terkenal di serata dunia. Anugerah ini juga ialah bukti semangat dan komitmen setiap kakitangan The Oberoi, Dubai bagi menghasilkan pengalaman yang luar biasa untuk para tetamu. Oberoi Hotels & Resorts telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan termasuklah dinamakan sebagai Jenama Hotel Terbaik Dunia oleh para pembaca Travel + Leisure bagi Anugerah Terbaik Dunia 2013, maka kami amat berbangga untuk meneruskan legasi ini."
Bagi mendapatkan senarai penuh pemenang, layari http://www.worldtravelawards.com/winners2014-10
Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau bagi membuat tempahan sila layari http://www.oberoihotels.com
Maklumat lanjut kepada Editor:
Latar Belakang Anugerah Pelancongan Dunia dan Anugerah Business Traveller Timur Tengah
Anugerah Pelancongan Dunia telah mantap selama 21 tahun dan pernah digambarkan sebagai anugerah 'Oscar' industri pengembaraan dan pelancongan oleh The Wall Street Journal. Anugerah Pelancongan Dunia ini mengiktiraf dan turut menganugerahkan kecemerlangan produk dan perkhidmatan serta turut dipilih oleh ahli profesional dalam industri pelancongan. Anugerah Business Traveller Timur Tengah mengetengahkan pengendali terbaik dalam sektor hospitaliti dan turut diundi oleh pembaca majalah tersebut yang arif dan sering melancong. Majalah itu ialah penerbitan yang menerajui di rantau itu khusus untuk para pelancong korporat.
Silki Sehgal
Pengarah – Komunikasi Korporat
The Oberoi Group
Telefon: +91-11-2389-0505
E-mel: silki.sehgal@oberoigroup.com
SUMBER Oberoi Hotels and Resorts