CHANGZHOU, China, 26 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Trina Solar telahpun disenaraikan dalam kategori AAA teratas untuk suku kelima berturut-turut dalam Penilaian Keupayaan Menjana Keuntungan (Bankability) PV ModuleTech PV Tech bagi S2'2023, menonjolkan status kepimpinan syarikat ini dari segi keandalan yang tinggi, teknologi termaju, penghantaran serta prestasi kewangan yang kukuh.
Kini, Trina telahpun diiktiraf sebagai 'Pencapai Tinggi Keseluruhan' ('Overall High Achiever') oleh RETC selama tiga tahun berturut-turut dan diberi kedudukan sebagai 'Pelaksana Terbaik' ('Top Performer') selama sembilan tahun berturut-turut oleh PVEL. Modul Vertex syarikat ini juga diperakui oleh TÜV Rheinland baru-baru ini atas prestasinya dalam persekitaran marin yang sukar, manakala modul siri 700Wnya melepasi ujian pembanting RETC.
Trina Solar melabur dengan banyak dalam inovasi teknologi. Menggabungkan teknologi 210mm dan teknologi i-TOPCon Termaju jenis-n, output kuasa modul keluaran besar-besaran diramalkan melebihi 700W pada tahun hadapan.
Penghantaran kumulatif bagi modul 210mm syarikat ini mencapai 65GW+, memberikannya kedudukan teratas bagi penghantaran modul 210mm di seluruh dunia. Pelanggan terus menunjukkan kepercayaan mereka terhadap Trina Solar melalui pesanan mereka, yang terkini termasuk perjanjian untuk membekalkan modul Vertex 800MW kepada Aquila Clean Energy EMEA.
Trina Solar berusaha sedaya upaya untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran modul jenis-n yang terjamin. Menjelang akhir tahun ini, kapasiti pengeluaran modulnya diramalkan mencecah 95GW sementara kapasiti pengeluaran selnya mencapai 75GW, dengan 40GW dikhususkan untuk sel jenis-n.
Dalam bulan Julai Trina Solar, bersama lapan pengeluar modul yang lain, mencapai kata sepakat untuk menyeragamkan dimensi, menyampaikan nilai pelanggan yang tinggi, membawa industri ini selangkah ke hadapan ke arah menerima pakai teknologi 210mm.
Trina Solar komited untuk menyampaikan produk rendah-karbon kepada pelanggannya. Kilang Yiwu di wilayah Zhejiang, China telah menjadi yang pertama dalam industri PV diperakui secara rasmi sebagai 'karbon sifar'.