omniture

Ballymore akan Mewujudkan Usaha Sama bagi Portfolio Pembangunan Kediaman London Besar-besaran Bernilai £2 Bilion

Ballymore Group
2014-05-21 01:46 113

LONDON, 21 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Ballymore ("Ballymore" atau "Syarikat"), kumpulan pembangunan dan pelaburan harta tanah antarabangsa yang bertanggungjawab untuk kebanyakan projek pemajuan kediaman berprofil tinggi di London, mengumumkan yang ia telah melantik Lazard dan CBRE untuk memberi khidmat nasihat kepada Syarikat itu tentang mendapatkan rakan kongsi bagi membiayai dan turut membangunkan tiga projek pemajuan kediaman berskala besar di lokasi menghadap air di Nine Elms, Canary Wharf serta Leamouth di Timur London dalam usaha sama. Ballymore akan bertindak sebagai Pengurus Pemajuan untuk semua projek ini.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140520/687158-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140520/687158-b)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140520/687158-c)


Tiga skema itu terdiri daripada Arrowhead Quay di Canary Wharf, Fasa II London City Island di Semenanjung Leamouth dan Fasa II projek Embassy Gardens yang berjaya di Nine Elms. Secara keseluruhannya, semua projek pemajuan itu mempunyai nilai pemajuan kasar sebanyak kira-kira £2 bilion dan akan menyediakan kira-kira 3,000 unit kediaman baharu dan ruang komersil, santai dan pejabat seluas 250,000 kaki persegi, seperti yang diperincikan di bawah:

  • Arrowhead Quay ialah projek pemajuan terancang dua menara setinggi 50 dan 55 tingkat yang terletak bersebelahan Canary Wharf, yang direka bentuk bagi memenuhi permintaan kawasan itu yang semakin meningkat untuk harta tanah kediaman. Selain kira-kira 990 unit kediaman, pemajuan menghadap sungai unggul ini juga akan mempunyai kemudahan membeli-belah, santai dan kafe serta plaza awam berlandskap yang baharu
  • London City Island Fasa II ialah kejiranan gaya pulau yang tersendiri di Semenanjung Leamouth yang terletak berhampiran Canary Wharf dan berada dalam kedudukan strategik untuk hubungan landasan kereta api, jalan raya serta udara. Pemajuan itu telah direka bentuk agar melengkapi wilayah perniagaan berdekatan dengan tawaran kediaman unggul sebanyak kira-kira 1,145 unit. Fasa I sudah pun dimulakan
  • Embassy Gardens Fasa II terletak bersebelahan Kedutaan AS baharu dan Taman Linear di Nine Elms, kawasan yang telah digambarkan oleh Datuk Bandar London sebagai "berkemungkinan kisah pembangunan semula yang paling penting di London dan di UK dalam masa 20 tahun seterusnya." Fasa I untuk pemajuan ini telah menghasilkan kadar jualan yang mencatatkan rekod di kawasan itu manakala Fasa II pula bakal menyediakan kira-kira 870 unit yang dibina di samping kemudahan membeli-belah, santai serta pejabat

Sean Mulryan, Ketua Pegawai Eksekutif Ballymore, memberi komen: "Portfolio inilah salah satu peluang pemajuan kediaman yang terbesar dan paling signifikan yang ditawarkan di tengah London. Ketiga-tiga projek ini terletak di kawasan yang sangat berbeza, menawarkan kepelbagaian daripada segi geografi dan harga. Tambahan lagi, projek Embassy Gardens dan London City Island telah mencapai nilai jualan fasa I yang memecahkan rekod yang menyerlahkan lagi potensi besar ketiga-tiga projek pemajuan ini, yang bakal menjadi kisah kejayaan terbesar dalam sejarah syarikat kami."

Latar belakang Ballymore 

Ballymore Group ialah syarikat pelaburan dan pemajuan harta tanah antarabangsa, yang bertumpu terhadap projek berskala besar di serata Eropah dan telah menjadi pakar dalam pasaran London selama lebih dua puluh tahun.

Projek pemajuan Ballymore telah mengharumkan namanya sebagai peneraju pembangunan semula bandar dengan cita rasa tinggi untuk reka bentuk dan inovasi, dengan kepakaran yang merangkumi kawasan, reka bentuk, seni bina, perancangan, pengurusan harta tanah, pemasaran dan juga kewangan. Daripada pejabatnya di London, Prague serta Dublin, ia terus merintis projek penggunaan bercampur yang lebih bercita-cita tinggi yang menggabungkan ruang kediaman, pejabat, kemudahan membeli-belah, hotel serta santai.

Ballymore telah melaksanakan kebanyakan projek pemajuan yang paling berprofil tinggi dan berjaya di London termasuk Pan Peninsula dan New Providence Wharf di Docklands, pembaikpulihan Old Spitalfields Market di Spitalfields, St Johns di Westminister serta High Point Village yang bersebelahan dengan stesen kereta api bawah tanah baharu yang diusulkan, Crossrail Station di Hayes. Projek pemajuan kediaman yang berkualiti tinggi dan menerajui pasaran yang berturut-turut telah menetapkan tanda aras baharu untuk kualiti, kadar jualan dan juga nilai kediaman dalam pasaran mereka masing-masing.

Pertanyaan: 

Ballymore Group:

Paul Keogh
E-mel: pkeogh@ballymoregroup.com

Powerscourt:

Rory Godson, Justin Griffiths, Ellie Sweeney
Tel +44(0)20-7250-1446
ballymore@powerscourt-group.com

SUMBER  Ballymore Group

Source: Ballymore Group
Keywords: Construction/Building Real Estate Residential Real Estate Joint ventures