omniture

NEIWAI Perkenal Kedai Utama Menarik di Tengah-tengah Singapura di Raffles City

NEIWAI
2023-07-26 21:04 15

KUALA LUMPUR, Malaysia dan SINGAPURA, 26 Julai 2023 /PRNewswire/ -- NEIWAI, jenama gaya hidup premium yang terkenal dengan gembiranya mengumumkan pembukaan kedai utamanya yang amat dinanti-nantikan di Raffles City Singapura yang berprestij, terletak secara strategik di #01-13. Ditubuhkan pada tahun 2012, NEIWAI, bermaksud 'di dalam dan di luar', jenama ini menyediakan penyelesaian pemakaian selesa sepanjang hari kepada wanita moden yang juga merupakan gabungan unik antara estetika dan fungsian yang 'Dibuat Untuk Sentiasa Dipakai.'

NEIWAI SG Flagship Store
NEIWAI SG Flagship Store

Terletak di destinasi membeli-belah Raffles City yang ikonik, pengembangan NEIWAI ke Singapura dan pembukaan kedai utamanya menonjolkan komitmen jenama ini untuk menyampaikan pengalaman pemakaian luar biasa yang membolehkan tubuh wanita bernafas dengan bebas sepanjang hari.

Pembukaan besar-besaran kedai utama NEIWAI di Raffles City membawakan peluang yang tiada tandingan kepada pelanggan di Singapura untuk mengasyikkan diri mereka dalam reka bentuk unggulan jenama ini. Koleksi yang dipilih susun dengan teliti ini menampilkan rangkaian pakaian dalam, pakaian santai, keperluan wanita dan pakaian sukan daripada NEIWAI ACTIVE, yang merupakan jenama aktif bebas di bawah NEIWAI dengan fokus pada keselesaan, fungsian serta fabrik berteknologi tinggi, NEIWAI ACTIVE menawarkan pelbagai kategori termasuk tarian, gimnasium dan pakaian luar olahraga santai (athleisure).

NEIWAI SG Flagship Store in Raffles City
NEIWAI SG Flagship Store in Raffles City

Barely Zero Collection daripada NEIWAI, rangkaian paling laris terjual, akan turut tersedia di kedai utama. Koleksi ini menawarkan saiz adaptif, bagi memastikan setiap gaya sesuai dengan pelbagai jenis tubuh, lalu menghapuskan kekecewaan memilih saiz baju dalam secara dalam talian. Barely Zero Collection memberi segala sokongan daripada baju dalam tradisional tanpa sebarang ketidakselesaan. Tanpa wayar sepenuhnya dan amat elastik, diperbuat daripada CloudFit©: campuran yang lembut dan amat anjal yang lut udara & menyerap kelembapan demi keselesaan kulit sepanjang hari.

Selaras dengan komitmen NEIWAI terhadap kelestarian, kedai utama ini akan menghantar produk dalam bungkusan yang dikitar semula 100% dan boleh guna semula dengan mudah. Pendekatan mesra alam ini mencerminkan dedikasi NEIWAI untuk mengurangkan impak alam sekitarnya.

Bagi meraikan pembukaan besar-besaran NEIWAI di Singapura, pelanggan berpeluang untuk menikmati promosi istimewa. Mulai 11 Julai hingga 31 Ogos, pelanggan boleh menerima diskaun 10% bagi pembelian mereka sempena meraikan pembukaan besar-besaran NEIWAI di Singapura. Di samping itu, dengan pembelian minimum $400, pelanggan akan menerima beg jinjing boleh guna semula yang eksklusif.

Made to Live In
Made to Live In

Latar Belakang NEIWAI

Ditubuhkan pada tahun 2012, NEIWAI, bermaksud 'di dalam dan di luar', menggabungkan estetika dan fungsian dengan lancar untuk gaya yang 'Made To Live In' ('Dibuat Untuk Sentiasa Dipakai'). Rangkaian pakaian dalam, pakaian santai dan pakaian aktif kami yang difikirkan dengan teliti mengutamakan kualiti dan keselesaan yang bergerak bersama anda sepanjang hari anda. Kami menyatukan rasa mewah daripada fabrik premium kami dengan reka bentuk inovatif, mendorong keadaan yang senang dan harmoni, di dalam dan di luar.

Latar Belakang NEIWAI ACTIVE

NEIWAI ACTIVE, ditubuhkan pada tahun 2018, ialah jenama pakaian aktif moden yang menggabungkan kelembutan dan kekuatan pada pakaiannya dengan lancar. Dengan fokus pada keselesaan, fungsian dan fabrik berteknologi tinggi, NEIWAI ACTIVE menawarkan pelbagai kategori termasuk tarian, gimnasium dan pakaian luar olahraga santai (athleisure).

Untuk maklumat lanjut tentang NEIWAI dan NEIWAI ACTIVE, sila kunjungi https://neiwai.life.

Source: NEIWAI
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Retail Textiles