omniture

Nilai Jenama Changhong Melonjak Melepasi Pencapaian 200 Bilion Yuan

Changhong
2023-07-26 21:37 76

CHiQ, jenama premiumnya, menperkenalkan proposisi jenama yang mengujakan "Pintar Bergaya"

MIANYANG, China, 26 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Changhong memperoleh tempat dalam senarai 500 Jenama Paling Berharga China 2023 dengan nilai jenama mencecah 203.968 bilion yuan, menandakan lonjakan yang penting dalam penilaiannya. Senarai ini didedahkan semasa Persidangan Jenama Dunia 2023 yang diadakan baru-baru ini oleh World Brand Lab di Beijing. World Brand Lab, subsidiari milik penuh World Executive Group, merupakan firma perunding yang terkemuka di dunia dalam pemasaran digital dan penilaian jenama.


Changhong meningkatkan R&D teknologi, berkembang dalam sektor-sektor baru muncul

Changhong menambah baik penyelidikan dan pembangunannya (R&D) secara konsisten dalam teknologi baharu sejak beberapa tahun yang lalu. Dalam bulan Disember 2022, syarikat ini membangunkan cip kawalan pintar MCU, lalu meningkatkan kecekapan tenaga peralatan rumah. Di samping itu, Changhong turut memajukan rangkaian peralatan rumah pintarnya, bagi membolehkan integrasi pelbagai perkakas dengan lancar.

Changhong turut melakukan pempelbagaian dalam bidang-bidang baru muncul seperti tenaga boleh baharu, semikonduktor dan storan pengkomputeran. Kumpulan ini melibatkan tujuh syarikat yang didagangkan secara terbuka dan tiga syarikat yang disenaraikan pada Papan Ketiga Baharu (New Third Board) China. Changhong turut menginkubasikan 15 firma teknologi tinggi, menampung keperluan kira-kira 100 jenama terkenal dan menawarkan perkhidmatan kepada lebih 200 juta pengguna seluruh dunia.

Aspek penting dalam strategi perniagaan Changhong berkisarkan pada kesalinghubungan semua operasinya. Pembangunan sistematik operasi perniagaan dan sistem keupayaan ini memacu momentum pertumbuhan syarikat dengan ketara.

CHiQ mendedahkan proposisi jenama baharu yang merangkumkan kepintaran dan gaya

Selain komitmennya kepada teknologi pintar termaju, Changhong turut menekankan reka bentuk dan estetika produknya. Baru-baru ini, jenama CHiQ premium mendedahkan satu proposisi jenama baharu - "Smart with Style" ("Pintar Bergaya"), bertujuan untuk menggabungkan teknologi pintar dengan reka bentuk bergaya untuk persekitaran rumah bersepadu.

Produk CHiQ menyediakan kawalan dan pengurusan yang mudah terhadap peralatan rumah kepada pengguna. Menerima pakai pendekatan bertumpukan pengguna, jenama ini mengupayakan saling sambungan antara semua peranti, membolehkan pengguna mengawalnya melalui arahan suara. Sementara itu, CHiQ bercita-cita untuk mentransformasikan peralatan rumah pintar menjadi produk seni yang unik dan menarik yang bukan sahaja memenuhi tujuan fungsinya, bahkan turut menjadi gambaran kepada gaya peribadi pengguna.

Changhong meningkatkan pengembangan pasaran di tengah-tengah prestasi global yang semakin meningkat

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Changhong meluaskan kehadirannya secara konsisten dalam pelbagai pasaran. Membangun berdasarkan lima loji pembuatan sedia adanya di Eropah dan Asia Tenggara, firma ini merancang untuk menambah kemudahan di Mexico dan Poland.

Changhong memperluaskan portfolionya dalam pasaran-pasaran di luar China dengan menggiatkan usahanya untuk membangunkan paparan produk baharu, mesin basuh dan terminal Internet Pelbagai Benda (IoT) termaju.

Pengembangan global berfokus pelanggan Changhong membawa kepada peningkatan hasil eksport pada tahun 2022. Dalam separuh pertama tahun 2023, jumlah output syarikat dan hasil keseluruhan dalam pasaran-pasaran tidak termasuk China meningkat sebanyak lebih 30% dan 25%. Hasil jualan di Australia, Eropah, Indonesia dan Timur Tengah juga meningkat dengan ketara.

Pertumbuhan yang luar biasa dalam nilai jenama Changhong bukan sahaja bukti kepada kedudukannya yang strategik dan kecekapan dalam teknologi pembuatan pintar, tetapi turut mencerminkan sejauh mana falsafah jenamanya sesuai dengan keperluan pelanggan.

Source: Changhong
Related Stocks:
Shanghai:600839
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Retail New products/services