BEIJING, 27 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Persidangan Komunikasi Internet Antarabangsa "Hello, Silk Road" yang pertama telahpun diadakan pada 23 Julai di Karamay, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China.
Lebih 200 tetamu, termasuk pakar dan cendekiawan dari lebih 20 negara, wartawan Cina dan asing serta individu berpengaruh dalam talian berhimpun untuk merealisasikan kerjasama masa depan antara China dan negara-negara sepanjang Jalur dan Jalan dalam bidang komunikasi antarabangsa.
Wang Jianxin, pengarah Jabatan Publisiti Jawatankuasa Parti Komunis China (CPC) di Xinjiang, menjemput dengan tulus Ikhlas wartawan Cina dan asing serta pempengaruh dalam talian untuk melawat Xinjiang, bagi menerokai Xinjiang yang indah dan turut menceritakan kisah hubungan sesama rakyat sepanjang Jalan Sutera.
Mederbek Shermetaliev, ketua Kabar News Agency of Kyrgyzstan, berkata negara-negara Asia Tengah menikmati prospek pembangunan yang cerah hasil daripada kerjasama BRI. Media hendaklah menyampaikan maklumat yang ekstensif tentang tujuan dan objektif membina perkongsian strategik peringkat tinggi antara China dan negara-negara Asia Tengah kepada orang ramai dengan cara yang mudah difahami.
"Kita perlu kekal fokus dan terlibat dalam pertukaran yang mendalam untuk menggalakkan kerjasama dan hasil yang saling menguntungkan," kata Duta Argentina ke China Sabino Vaca Narvaja dalam satu ucapan video.
Chen Kai, datuk bandar Karamay, menyatakan bahawa bandar tersebut akan menyumbang untuk merealisasikan impian penyepaduan budaya yang pelbagai di dunia, impian untuk menghubungkan dunia dan mencapai kemajuan bersama-sama di bawah BRI dan impian besar untuk membina sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia.
Semasa perbincangan meja bulat mengenai komunikasi antarabangsa & pembentukan nilai serta utusan budaya & kesejahteraan bersama, para tetamu berkongsi pandangan mereka tentang komunikasi antarabangsa dan juga topik-topik lain.
Zhang Weiwei, pengarah China Institute of Fudan University, menyatakan bahawa berbanding dengan media tradisional, ambang penyertaan dalam komunikasi antarabangsa telah diturunkan hari ini dan hasil daripada kepelbagaian budaya, kisah yang baik dapat diceritakan di mana-mana sahaja.
Persidangan Komunikasi Internet Antarabangsa "Hello, Silk Road" yang pertama dianjurkan secara bersama oleh pejabat penerangan kerajaan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, kerajaan Karamay serta Global Times Online dan disokong oleh Special Fund for Positive Online Communication of the China Internet Development Foundation.
Syarikat: Global Times Online
Individu untuk Dihubungi: Yu Jiayi
Emel:yujiayi@huanqiu.com
Laman Web:http://www.chinapda.org.cn/eng/
Telefon:18001026933