KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Jadilah pemburu naga yang hebat dalam dunia Dragon Nest 2: Evolution yang mengujakan, kini tersedia pada HUAWEI AppGallery. Nikmati pengembaraan memburu naga yang mendebarkan dalam mana-mana 4 kelas unik termasuk Pahlawan yang tidak mengenal gentar, Pemanah yang tangkas, Pemimpin Agama yang taat atau Tukang Sihir yang penuh enigma, dengan corak permainan yang ditingkatkan serta ganjaran untuk pemain bagi permainan MMORPG yang klasik ini!
Bagi meraikan ketibaan yang amat dinanti-nantikan bagi permainan MMORPG imersif ini pada peranti mudah alih, AppGallery menawarkan ganjaran eksklusif untuk semua pengguna Huawei dan Android yang memuat turun permainan ini pada AppGallery, termasuk rebat 10% bagi perbelanjaan dalam-permainan dan pek hadiah eksklusif seperti Gold, Glazed Amber dan Tiket Pet Summon!* Log masuk di sini untuk maklumat lanjut: https://bit.ly/3Q8nO5q
Mulakan Perburuan Naga Besar-besaran
Dragon Nest 2: Evolution ialah versi yang dinaik taraf daripada siri terdahulu yang menggabungkan corak permainan klasik, pertempuran sengit dan mercu tanda yang signifikan. Permainan ini menawarkan pengalaman menarik untuk pemain dalam perjalanan epik mereka melalui dunia fantasi dengan grafik yang menakjubkan, naratif yang menarik serta 4 kelas karakter unik untuk dipilih.
Sempena meraikan pelancaran permainan baharu ini, pemain dijemput untuk berkumpul bersama dalam usaha berpasukan bagi menumbangkan naga jahat dalam Perburuan Naga Besar-besaran (Grand Dragon Hunt).
Naga Laut, Serpentra, telah dikurung oleh enam wira yang berani sedekad yang lalu, tetapi kini telah bangkit semula. Memandangkan kini ia telah kembali, Serpentra yang dibangkitkan semula mengancam semua dari sarangnya yang terletak di lokasi yang strategik, menunggu peluangnya untuk membalas dendam ke atas semua umat manusia!
Kembalinya naga jahat mencetuskan suasana yang menakutkan untuk permainan ini dan keperluan mendesak untuk pembunuh turut serta dalam perjuangan menewaskan musuh bersama.
Semasa peristiwa itu, setiap pemain boleh menjejaki kemajuan mereka baik dari segi usaha solo mahupun sebahagian daripada komuniti. Tugasan harian yang mengandungi hadiah seperti cabutan dan tunggangan percuma dapat menggalakkan peningkatan penyertaan dan dalam masa yang sama, carta kedudukan global akan memaparkan pembunuh terbaik yang beraksi.
Selain daripada matlamat utama, para pemain boleh membentuk pasukan dengan lapan orang untuk bersaing dalam pertandingan yang menguji kepantasan dan kecekapan seseorang, dengan insentif tambahan untuk direbut.
Keseronokan Menjelajah-Penjara Bawah Tanah untuk Semua
Selain daripada Perburuan Naga Besar-besaran, Dragon Nest 2: Evolution akan menjadi suatu pengembaraan yang boleh diakses oleh semua pemain, didorong oleh pertempurannya yang sengit dan aksi menjelajah-penjara bawah tanah yang mengujakan.
"Walaupun Dragon Nest 2: Evolution ialah judul mudah alih, pasukan ini mendekatinya sebagai suatu pengalaman menyeluruh bagi memastikan para pemain dapat menikmati kandungan yang terbaik. Penjara bawah tanah, khususnya menjadi tumpuan utama, maka nantikan untuk menempuh perjalanan panjang reka bentuk tahap yang menarik dan mengujakan, melawan bos yang unik dengan mekanik yang berbeza-beza dan merasai pengalaman menjelajah-penjara bawah tanah yang membawa kepuasan dari awal hingga selesai," kata Oliver Ye, Ketua Pengeluar Penerbitan Global Dragon Nest 2: Evolution, Level Infinite.
Bermain mengikut cara anda menerusi 4 kelas unik
Pemain baharu tidak perlu bimbang berasa amat tertekan kerana kombinasi aksi berasaskan kelas dan pengembaraan Dragon Nest 2: Evolution menjadikannya mudah untuk meneroka dan bermain mengikut kehendak anda, sama ada bermain sendiri atau bersama rakan-rakan yang anda temui sepanjang perjalanan. Banyak yang boleh dinantikan oleh para pemain, termasuk treler cerita serba baharu, perseikatan untuk disertai, pendamping comel untuk dicari, perdagangan bebas serta sokongan kandungan yang akan diperoleh.
Altea, dunia amat luas dengan kemungkinan yang tiada penghujungnya, membawakan pelbagai pilihan kelas untuk pengembara berani yang bersedia untuk memulakan pencarian epik mereka. Antara pilihan-pilihannya ialah Pahlawan yang tidak mengenal erti gentar dengan semangat juang, Pemanah tangkas yang melepaskan anak panah dengan pantas, Pemimpin Agama yang taat dan memanfaatkan kuasa suci serta Tukang Sihir yang penuh enigma yang menggunakan kuasa sihir.
Muat turun Dragon Nest 2: Evolution pada HUAWEI AppGallery sekarang: https://bit.ly/3O6cZ1b
HUAWEI AppGallery tersedia untuk pengguna telefon Android.
Untuk memuat turun aplikasi, ikuti langkah-langkah ini:
1. Pergi ke pautan muat turun dan klik pada "Pasang" untuk memiliki AppGallery pada peranti Android anda.
2. Muat turun HMS Core dan klik pada "Pasang".
3. Cipta ID HUAWEI dan log masuk.
4. Mula memuat turun aplikasi serta permainan dan nikmati faedah dan ganjaran eksklusif daripada AppGallery.
Muat turun AppGallery sekarang: https://bit.ly/40VRapY
Sertai saluran AppGallery Discord untuk mendapatkan faedah tambahan dan manfaat eksklusif: https://discord.gg/6C3fyEsQt3
*Siapa cepat, dia dapat. Sementara stok masih ada. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Latar Belakang HUAWEI AppGallery
AppGallery ialah pasaran aplikasi rasmi bagi telefon pintar Huawei, membawakan aplikasi yang dipilih susun merentas pelbagai jenis kategori termasuk permainan, pendidikan, gaya hidup dan fesyen. Di samping itu, pengguna AppGallery mendapat akses kepada pelbagai jenis hadiah percuma, rebat, kupon dan juga keistimewaan VIP yang eksklusif.
Ikuti Huawei Mobile Services APAC untuk maklumat lanjut:
Laman Web Rasmi: https://consumer.huawei.com/my/mobileservices/
Facebook: https://www.facebook.com/HuaweiMobileServicesAPAC
YouTube: https://www.youtube.com/@HuaweiMobileServicesAPAC/
AppGallery Discord: https://discord.gg/6C3fyEsQt3
Muat Turun AppGallery: https://bit.ly/40VRapY
Latar Belakang Dragon Nest 2: Evolution
Dragon Nest 2: Evolution ialah MMORPG dunia-terbuka baharu yang dibangunkan oleh Shengqu. Ia menggabungkan corak permainan klasik, grafik visual yang mengagumkan serta komuniti sosial dalam-permainan bagi menawarkan pengalaman corak permainan yang imersif kepada pemain.