KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Mei 2014 /PRNewswire/ -- RS Components (RS) dan Allied Electronics (Allied), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar produk penyelenggaraan dan barangan elektronik dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia, telah mengumumkan yang mereka sedang mengalu-alukan pesanan am untuk Red Pitaya, platform pengalatan dan kawalan terbuka papan tunggal perintis yang menggantikan banyak peralatan makmal dan lapangan yang mahal pada harga yang jauh lebih rendah.
(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140515/8521402758-a )
(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140515/8521402758-b )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )
Para pelanggan serata dunia yang sebelum ini telah menunjukkan minat mereka dengan mendaftarkan diri untuk mendapatkan platform itu di laman web Red Pitaya, dan yang telah menunggu dengan tidak sabar-sabar lagi untuk ketersediaan produk itu, telah diberi peluang untuk membuat pesanan berkeutamaan dengan RS dan Allied, yang menjanjikan mereka penghantaran papan Red Pitaya daripada jalanan pengeluaran terhad pertama pada bulan Mei 2014. Semua pesanan lain akan dipenuhi dalam pusingan ketat oleh RS dan Allied berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat daripada kumpulan stok pertama sementara stok masih ada, dengan masa menunggu sehingga dua belas minggu bagi penghasilan komersil berikutnya.
Red Pitaya ialah penyelesaian ujian dan pengukuran yang memecah kebiasaan dengan menawarkan pendekatan ekosistem yang tersendiri, padat serta berkos rendah. Ia menggabungkan platform perkakas Xilinx berasaskan Zynq dengan repositori dalam talian sumber terbuka yang terdiri daripada beberapa aplikasi termasuk penjana bentuk gelombang, osiloskop dan juga penganalisis spektrum.
Berdasarkan sistem pengendalian GNU/Linux, Red Pitaya boleh diatur cara pada tahap berbeza menggunakan pelbagai antara muka perisian, termasuklah: HDL, C/C++, dan juga bahasa penskripan. Antara muka web berasaskan HTML membolehkan capaian kepada fungsi Red Pitaya dalam kebanyakan pelayar Web menggunakan telefon pintar, komputer tablet atau komputer persendirian.
Set standard aplikasi ujian dan pengukuran sumber terbuka disediakan dalam pustaka capaian terbuka komuniti yang dikenali sebagai pasar awan Bazaar. Selain itu, repositori Backyard menyimpan kod dan alatan pembangunan sumber terbuka bagi membolehkan pembangunan lanjut, dan untuk mengilhamkan kolaborasi dalam komuniti kejuruteraan.
"Red Pitaya telah mencetuskan keterujaan yang ketara dalam kalangan jurutera sektor ujian dan pengukuran," kata Philip Dock, Ketua Global Pengurusan Produk & Pembekal di RS. "Tiada produk pengalatan lain dalam pasaran dapat menawarkan fungsi dan kelenturan yang begitu bagus pada harga yang berpatutan walaupun untuk belanjawan yang paling kecil sekali pun. Kami menjangka akan dapat melihat permintaan yang tinggi untuk produk ini, jadi kami menggalakkan para pelanggan untuk membuat pesanan awal agar menjadi antara orang terpantas untuk mendapatkan produk ini."
"Apabila kami melancarkan projek Red Pitaya, wawasan kami adalah untuk membolehkan semua orang mula menggunakan teknologi yang sebelum ini hanya boleh didapati oleh makmal penyelidikan dan industri canggih. Hari ini kami teruja dengan maklum balas daripada para pengguna kami dan kerana kreativiti idea yang mereka semua usulkan. Inilah kuasa sebenar Red Pitaya," kata Borut Baricevic, Pengasas Bersama serta Pengurus Produk Red Pitaya.
Red Pitaya boleh didapati untuk pesanan eksklusif pada peringkat global melalui laman web RS Components di http://www.rs-online.com/redpitaya.
Latar belakang RS Components
RS Components dan Allied Electronics ialah jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar produk penyelenggaraan dan barangan elektronik dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia. Dengan pengendalian di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 500,000 produk melalui Internet, katalog serta di kaunter jualan kepada lebih satu juta pelanggan, menghantar kira-kira 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami, disumberkan daripada 2,500 pembekal yang menerajui bidang masing-masing, termasuklah barangan elektronik, automasi dan juga kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik serta komponen mekanikal.
Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan pada tahun kewangan lepas yang berakhir 31 Mac 2013, beroleh hasil sebanyak GBP 1.24 bilion.
Bagi maklumat lanjut, sila lawati laman web di http://www.rs-components.com.
Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:
@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components
RS Components di Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0
Pautan Berkaitan:
Electrocomponents plc
http://www.electrocomponents.com
RS Components
http://www.rs-components.com
DesignSpark
http://www.designspark.com
RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745
Bahagian Perhubungan Awam Edelman (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355
Sumber: RS Components