omniture

Penyelesaian Transmisi dan Pengagihan Kuasa DC 1500V BENY Perkasa Stesen Janakuasa PV Solar Terbesar Dunia

BENY
2023-07-27 15:34 103

WENZHOU, China, 27 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Stesen janakuasa PV Solar 7GW terbesar dunia di bahagian hulu Sungai Kuning, Wilayah Qinghai, yang dilaburkan oleh China National Energy Investment Group, baru-baru ini mencapai kejayaan sambungan grid. BENY menyediakan penyelesaian transmisi canggih untuk kluster stesen janakuasa solar kolosal ini, mempamerkan kebingkasannya terhadap keadaan cuaca yang buruk. Sebagai penyokong utama stesen janakuasa solar yang terbesar di dunia, BENY memberikan sumbangan yang besar kepada kemajuan industri tenaga bersih.


Dalam konteks permintaan global yang semakin meningkat terhadap tenaga boleh baharu, penjanaan kuasa fotovolta mendapat perhatian yang jelas. Sebagai penyedia penyelesaian tenaga yang terkemuka, BENY komited untuk menyampaikan penyelesaian yang canggih dan andal. Kumpulan-kumpulan Stesen Janakuasa di Qinghai menjadi bukti komitmen ini. Walaupun menghadapi cabaran seperti altitud tinggi melebihi 4,000m dan turun naik suhu yang melampau, penyelesaian transmisi BENY menunjukkan prestasi yang luar biasa. Ia memainkan peranan penting dalam memastikan operasi dan penyelenggaraan stesen janakuasa yang stabil.

Penyelesaian transmisi BENY dilengkapi dengan bahan-bahan premium serta teknologi canggih, bagi memastikan operasi yang stabil walaupun dalam persekitaran yang sukar. Ia membawakan pelbagai langkah perlindungan, melawan tekanan udara rendah dengan berkesan dan sinaran terik di kawasan beraltitud tinggi dan dalam masa yang sama mengekalkan kestabilan di tengah-tengah keadaan turun naik suhu dan kelembapan. Di samping itu, penyelesaian ini memiliki keupayaan pengesanan arus, lalu memudahkan ujian talian selepas pemasangan.

Kolaborasi antara BENY dan Huanghe Hydropower Development Co., Ltd. dalam mengubah suai stesen janakuasa fotovolta menonjolkan potensi besar tenaga fotovolta untuk memajukan pembangunan hijau dan keharmonian ekologi. Projek ini bukan sahaja meningkatkan pengeluaran kuasa, bahkan turut menyediakan pelan tindakan untuk kewujudan bersama melalui penyepaduan stesen janakuasa fotovolta dengan tadbir urus ekologi. Menunjukkan penggunaan tanah berbilang fungsi, ia menyediakan duluan bagi membina tamadun ekologi penara. Tambahan pula, ia menyediakan pengalaman dan panduan yang tidak ternilai, menggalakkan kemajuan seluruh negara dalam pembangunan tenaga hijau dan pengawasan ekologi.

Dedikasi BENY untuk memajukan penyelesaian yang canggih dan mempromosikan sumber tenaga yang lebih bersih dan lebih hijau diteruskan. Melalui perkongsiannya dengan Huanghe Hydropower Development Co., Ltd., BENY mencapai satu lagi kejayaan dalam mengusahakan penyelesaian lestari dan mesra alam. Kejayaan penyepaduan antara pertanian dan teknologi fotovolta dalam mengubah suai stesen janakuasa fotovolta Qinghai menunjukkan contoh potensi untuk inovasi dan kewujudan bersama yang harmoni dengan persekitaran semula jadi.

Memandang ke hadapan, BENY tetap memberi tumpuan untuk membentuk masa depan pembangunan tenaga hijau, dengan visi bersama untuk mempromosikan tenaga boleh baharu dan memelihara keseimbangan ekologi, menyatukan rakan-rakan kongsinya bagi membina dunia yang lebih bersih dan lebih bingkas buat semua.

 

Source: BENY
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities